Sambut Halloween

Assalammualaikum WRWB. First and foremost, terima kasih & jazakallahu khayr jika confession ini disiarkan. Kemungkinan confession ni takkan digemari oleh orang yang berpandangan urban, hipster, dan sebagainya. Tapi sekadar berkongsi dan harapnya jadi saham akhirat Insha Allah.

Perasan tak kita orang Islam ni sentiasa bertelagah tentang sesuatu isu secara bermusim? Apabila masuk bulan Februari, ramai yang terpaksa diingatkan Valentine’s Day tak sepatutnya disambut. Bila masuk bulan Oktober, kita bertekak sama ada Halloween boleh disambut. Every year. Kemuncaknya apabila pernah sekumpulan pelajar satu universiti Islam bikin riuh satu negara apabila berpakaian dan bersolek ala hantu, badut dan macam-macam lagi.

So bayangkanlah bila pelajar universiti Islam pun boleh terpengaruh.. bagaimana dengan orang muda lain. Tambah lagi teruk apabila perayaan Halloween ini juga sering disambut artis… Dan kita tahu betapa fanatiknya orang kita dengan artis.

Sama ada haram atau tidak menyambut Halloween ni, aku sarankan cari mana-mana ulama muktabar..dan pastikan jika ada yang setuju dengan sambutan Halloween. Kalau ada antara korang yang nak sambut, aku tanya satu je – dalil Quran & Hadith mana yang korang buat jadi panduan?

Kemungkinan akan ada yang cuba menggunakan ayat “Allah SWT menciptakan kamu untuk kamu saling mengenali” – tapi untuk saling mengenali, perlu ke kita sehingga meniru budaya orang? Lupakah kita pesanan Allah SWT dan Rasulullah SAW – “Yahudi & Nasrani takkan putus asa hingga kamu mengikut mereka”
– “Mereka yang mengikut dan meniru sesuatu bangsa, mereka termasuk bangsa itu.”

Asal-usul Halloween itu sendiri daripada amalan pagan dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya dan tradisi orang Kristian. Not to mention, bila kita membelanjakan duit untuk kostum dan solekan, kita membazir duit untuk perkara lagha.

Yes, akan ada yang beralasan “Duit aku, tak kacau korang pun” tapi jangan lupa harta kita adalah milik mutlak Allah SWT yang hanya sekadar diamanahkan pada kita. “Ala, buat untuk suka-suka je” – semudah tu kita menidakkan saranan agama hanya sekadar untuk bersuka.

Unfortunately, bulan Oktober tahun depan, isu ni akan berulang lagi, dan sekali lagi kita orang Islam perlu saling beringat. Tapi nak buat camne kan, itulah tanggungjawab kita sebagai Muslim dalam mencari redha Allah SWT. Akhir kata, kalau ada orang Islam yang nak menyambut, just forget it lah, sebab banyak lagi perkara bermanfaat boleh dibuat dengan masa, tenaga dan duit kita.

– Muhammad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit