‘Batal jelah sambutan raya kat sekolah tu’
Itu yang terlintas dalam kepala otak aku bila baca rungutan fasal jamuan sambutan raya ni. Banyak songehlah parentnya pun. Serba-serbi tak kena dengan selera korang.
Every year ada jelah benda tak elok dan tak enak masuk sosial media. Sampai jadi fitnah dekat pihak sekolah dan cikgu-cikgu. Tokok tambah cerita nak jadi penyedap cerita pun ada.
Mula sekali fasal makanan. Macam biasalah cerita sedih masak dari malam ke pagi. Esok pergi sekolah, bekal makanan tak luak pun. Kawan-kawan anak tak sentuh tak makan.
Lepastu menyalahkan cikgu tak pantau bekal-bekal budak-budak ni. Dah la zaman viral nanti cikgu buka beg nak check beg tuduh cikgu ceroboh privacy anak dia pulak.
Cikgu kat sekolah tu mati akal fikir cara nak taknak bazir makanan dan jimat duit parents. Bila membazir, suruh cikgu bagi list makanan minuman nak kena bawa. Buat list makanan perlu bawa marah cikgu pulak dah.
Cikgu paksa sedia bawa makanan yang anak dia tak makan pun. Kat rumah dorang tak teringin nak makan pun entah kenapa cikgu kasi suruh bawa makanan tu.
Cikgu minta duit nak makanan lagi jadi isu besar. Minta RM5 pun sampai menyumpah tak halal duit tu. Tuduh cikgu beli makanan murah tak sedap. Bihun je? Nasi tomato je? Duit banyak-banyak kutip tu je cikgu beli?
Paling teruk sekali fitnah cikgu kebulur duit budak nak makan sedap-sedap makan sesama cikgu.
Punyalah busuk hati dengan cikgu sampai macamtu sekali cikgu kena tuduh.
Cikgu ni buat list makanan nak kena bawa tak paksa pun suruh bawa. Text lah cikgu tu beradab bersopan bagitahu maaf saya tak mampu sedia semua tu. Saya tak ada masa, saya tak sempat nak sediakan.
Ada yang tanya kalau tak paksa kenapa ada list tick parents yang mana nak bawa dengan tak bawa. Cikgu kena telus dan adil. Tujuan list makanan tu senang cikgu nak semak check and balance makanan lain.
Contohlah semua nak bawa makanan viral roti letak nutella mentega lepastu siapa pula nak incharge bawa air siapa nak bawa dessert? Kau nak suruh budak-budak tu tercekik ke apa makan tak ada air? Itu contohlah.
Ada sekolah ikut tahun tingkatan contohlah tahun satu bawa lemang sebatang. Bukan ikut sedap tekak cikgu yang buat list.
Sebelum nak buat jamuan selalunya ada meeting dengan pihak PIBG dan pihak lain lah termasuklah makcik kantin. Atas persetujuan dan peruntukkan budget jugalah nak buat jamuan ni. Ada proper plan.
Ini sekolah yang memang jenis ada kerjasama semua pihak. Bukan semua benda cikgu nak kena sedia, cikgu yang nak kena fikir semua benda.
Alhamdulillah bersyukurlah cikgu yang mengajar di sekolah environment macamni. Mostly tak pun. Rare sangat nak nampak kerjasama macam ni.
Main menu pun cikgu kelas yang nak kena sedia from scratch ikut majoriti persetujuan parents dalam kelas tu. Anak kami yang nak makan katanya. Drama masam muka sesama parents pun boleh tercetus masa ni. Anak saya makan, anak saya tak makan.
Ingat senang nak tunggu jawapan sepakat parents? Makan masa dan buang masa cikgu nak kena hadap dan masuk campur hal remeh temeh macamni.
Ada sekolah yang taknak ambil risiko isu kebersihan dan sebagainya nak order main menu dekat orang luar so dorang order banyak-banyak dekat makcik kantin.
Sekolah yang buat macam ni memudahkan kerja cikgu-cikgu jugalah. Satu sekolah makan main menu yang sama. Senang cerita. Pandailah makcik kantin cari idea nak masak sendiri ke tempah ke apa. Ni tak, main menu cikgu kelas yang nak kena perah otak fikir nak tempah kat mana.
Nasiblah tahun tersebut dapat makanan yang senang sediakan tak payah masak. Kalau berkemampuan beli atau sediakan lemang, kau bagi jelah nama. Tak mampu jangan buat-buat mampu sampai nak pinjam segala. Lain pulak cerita jadinya karang.
Alasan beria nak sediakan juga lemang katanyalah takut anak malu, anak merajuk taknak pergi sekolah.
Cikgu pun faham. Kalau mampu bagi duit, text lah cikgu tanya boleh tak kalau saya sumbangkan sedikit wang? Dekat siapa saya nak kasi duit ni?
Kadang ada parents yang sporting volunteer nak masakkan untuk jamuan, boleh je selit sumbangan dekat mereka buat beli bahan nak masak. Pandai-pandailah parents dalam group whatsapp telegram deal macam mana nak handle duit parents sesama korang.
Ada parents yang pandai subjek akaun boleh serah duit dekat dia. Semua resit belanja keluar masuk semua catat dalam format excel dia kasi bukti kemana duit yang korang collect.
Selalunya cikgu malas nak deal berkaitan wang ringgit ni. Rela bocor poket sendiri guna duit raya anak sendiri pun ada daripada nak guna duit parents. Malas nak melayan ungkit halal tak halal duit yang dikasi tuh.
Kerana RM5 tu jadi bahan fitnah cikgu tak amanah la cikgu makan duit budaklah cikgu salah guna duit tersebutlah.
Alergik dengan sesetengah makanan. Ada yang sampai suruh cikgu buat label ada kacang ada susu ada telur. Buat ruang khas asing makanan pun ada. Ni masalah budak bawah 10 tahun belum baligh tak reti fikir baik buruk.
Parents yang kena main peranan ajar anak instead of harap cikgu tolong buatkan semua benda. Ini memang kena paksa budak sendiri buka mulut tanya, ada tak bahan yang dia alergik dalam tu?.
Cikgu busy kadang dia tak sempat pun nak try test semua makanan. Cikgu bukan tukang masak. Rasa sekali boleh agak bahan apa ada dalam tu.
Kalau parents concern sangat, please tanya dalam group kat other parents makanan dorang sedia ada tak bahan yang anak korang alergik?. Kalau ada, inform kat anak. Tu cara yang paling mudahlah.
Makanan tak berkhasiat samalah issuenya juga. Every year mesti ada. Sampai maki hamun parents yang bekalkan makanan tu pun ada. Ni dah berpuluh ratus dah netizen ajarkan cara nak atasi. Still nak jadikan issue viral satu negara.
Habis issue makan minum. Now ada issue baru pulak. Cikgu dengan budak berjoget menari lagu raya serumpun Mimifly. Hand gesture budak-budak menari itu ada sign language/bahasa isyarat.
Ada satu video tu cikgu aliran khas ajar sebelum mula menari maksud hand gesture sign language dekat students aliran perdana. Dalam nak berhibur ilmu pun dapat. Cikgu zaman sekarang lincah dan kreatif. Mesti ramai yang tak tahu kan info ni? Termasuklah aku.
Bagilah cikgu-cikgu dan budak sekolah nak bergembira sekejap. Tahu nak kecam je netizen ni. Cikgu bukan paksa menari pun. Siapa nak menari pergilah join. Yang taknak menari berdirilah kat tepi. Aku tak jumpa lagilah video cikgu jerkah budak suruh join. Belum ada.
Ada budak merungut tak boleh pakai shawl kena pakai kasut sekolah. Aduhai anak. Ada sebab cikgu tak kasi buat semua tu. Pakai kasut sekolah paling selamat. Selipar tu cepat tertanggal. Budak suka berlari buatnya licin ke apa jatuh tertonggeng punca selipar putus tak ke jadi problem?.
Cikgu tak bagi pakai heels bukan apa kelas kau tingkat 4 nun di sana anakku. Heels tu pun jarang sekali kau pakai. Jalan kengkang tak stabil buatnya naik tangga terpeleot satu negara kecam cikgu kau balik dik. Kenapa benarkan pelajar pakai macam tu?.
Kasut raya saya jenis sport shoes cikgu. Jenis sport shoes harga beratus korek tabung beli tertumpah lauk raya mulalah nak bergaduh dengan orang. Tuduh orang yang kotorkan kasut dia yang mahal. Kau pakai sport shoes dengan baju tradisional?
Kau nak buka peluang warga Threads dan X bahas dan kecam kau sekali heret parents kau ke apa? Tak reti nak hormat budaya Melayu pakai pakaian tradisional dengan sport shoes kata mereka. Teruk kau kena kecam nanti dik. Baik jangan. Ikut je arahan sekolah.
Masuk tajuk shawl. Aku jadi mak orang ni pun puas bebel kat anak-anak sendiri. Fesyen shawl ikut artis pelik-pelik. Baru je lagi isu artis kena kecam pakai shawl nampak tengkuk.
Tak tahulah aku jenis pesen sekarang. Apa pesen selempang malas macamtu. Depan singkat belakang labuh no pin lah less pin lah. Satu lagi pesen ikat belakang nampak tengkuk. Ajaran sesat songsang manalah korang mengikut ni anak-anak?. Aurat kelaut.
Ada sebab cikgu tak kasi pakai macamtu. Pakai kebaya jarang ketat lepastu kau nak tambah shawl melayang flowy nampak rambut tengkuk tersembul semua?
Ini selalunya masalah budak sekolah menengah lah ni. Nak berfesyen tak kena tempat. Punca-punca netizen berjemaah nak maki cikgu ustazah tuduh fitnah tak ajar adab berpakaian.
Tak percaya apa yang aku tulis? Scroll baca komen netizen tiap kali muncul isu jamuan raya ni. Mesti terlintas dalam kepala otak better cancel jelah jamuan raya kalau dah parents pun perangai macam ni macam tu.
Letih cikgu dengan pihak sekolah nak tepis issue dengan zaman viralnya lagi.
– Mak Orang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Ntah la. Aku lagi suka back to old school. Rasanya sekolah dulu2 tak de pun jamuan banyak2 ni. Dulu yg ingat ada jamuan akhir tahun. Sekarang bersepah2 jamuan. Jamuan hari guru la.. Hari jadi la. Hari Raya la. Hari kanak2 la. Bukan sekolah je. Dgn taska pun naik sekali celebrate itu ini. Benda tak perlu pun. Bazir masa, tenaga, duit.
Zaman sekarang sekolah makin merepek buat majlis yang tak perlu
Zaman aku sekolah dulu mana ada jamuan raya la apa.Yg ada hanya jamuan akhir tahun.Itu pun hasil duit kutipan kelas rm 1 ke rm2 sebulan.
Sekarang siap majlis perpisahan la majlis haram jadah macam-macam.Kena buat di hotel la apa..semua kos.
Makin merepek!Org yg tak berduit confirm stress
Aku pun setuju tak perlu ada mcm2 jamuan kt sekolah. Terapkan jamuan Hari Guru atau Jamuan Akhir Tahun saja. Entah apa2 la zaman sekarang, melantak makan je..mana la tak gemok budak2 sekarang…out of 10, 9.5 gemok..BATAKAN JE LA jamuan2 merepek tu.