Sampah Kau Pembunuh!

Assalamualaikum admin dan semua pembaca budiman. Rasanya dah lama juga aku tak menulis di ruangan iium ni. Buat yang masih ingat, aku orang yang sama menulis confession Saksi Kematian dan Kisah di sebalik panggilan ambulans. Korang boleh search di iium confession ni tajuk tu kalau masih belum baca. Kalau sebelum ni penceritaan aku berasaskan pengalaman masa pelatih dulu. Sekarang hampir 1 tahun aku di alam pekerjaan. Yaa.. baru setahun jagung. Tapi banyak juga kisah kisah dan pengalaman yang memang aku rasa tak dapat dibeli. Kisah kisah di sebalik tabir ambulans dan jabatan kecemasan masih segar dalam ingatan aku biarpun dah berbulan bulan berlalu.

Kali ni aku nak berkongsi dengan korang pembaca iium. Tapi kenapa iium? Sebab aku rasa ini je medium yang best dan sesuai. Ok. Aku nak terus kepada penceritaan. Kejadian ni berlaku hampir sebulan yang lalu. Baru hari ni aku rasa rajin nak share. Biar pun dah sebulan, masih terasa setiap detik detik cemas yang berlaku. Hinggalah saat saat yang memilukan. Allahuu..

Hari kejadian tu, aku bertugas di kaunter triage. Kami penolong pegawai perubatan, bertiga menjaga menara kawalan utama jabatan kecemasan pada pagi itu. Mulanya, keadaan agak terkawal. Pesakit masih belum ramai yang memunculkan diri. Mungkin masih tidur di hari minggu dengan hujan yang masih turun renyai. Sejuk. Cuma setakat ini seorang pesakit di zon merah, 3 di zon kuning, 2 di asthma bay dan dalam belasan orang menunggu giliran di zon hijau.

Dalam beberapa minit aku menghayati momen yang sejuk sejuk tenang itu, pihak MECC memaklumkan pada kami terdapat satu kemalangan jalan raya telah berlaku melibatkan 2 buah kerata dan 4 mangsa tercedera. 1 siren dibunyikan menandakan pemberitahuan terdapat 1 kes ambulans call perlu direspon. 2 pasukan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian. Team Pre Hospital Care (PHC) yang terdiri dari Penolong Pegawai Perubatan, PPK dan pemandu beraksi memainkan peranan mereka.

Setelah hampir 20 minit ambulans bergerak ke lokasi, sistem penghubung gern berbunyi. Pasukan PHC memaklumkan 4 orang mangsa mengalami kecederaan yang agak parah. 3 daripadanya dewasa tidak sedarkan diri manakala 1 bayi berusia 11 bulan sedar tetapi bernafas dengan laju (tacyhpnic).

Team Zon merah bersiap siaga. Katil telah tersedia bagi menyambut pesakit pesakit yang dalam perjalanan ke hospital ketika itu. Selepas 10 minit, kedua dua ambulans sampai. Kami triage terus pesakit2 tersebut ke zon kritikal selepas megenalpasti jenis jenis kecederaan mereka. 3 siren dibunyikan bagi setiap pesakit. Dalam situasi kritikal itu, masih ada juga yang dungu marah pada kami kenapa lambat sedangakn mereka sampai dulu. Malas aku melayan. Sambil menggeleng kepala aku masuk ke zon merah. Tenaga extra di perlukan di zon merah ketika itu.

Kami di maklumkan kemalangan berpunca dari sebuah kereta honda city (pemandu sahaja tiada penumpang) secara tiba tiba memasuki lorong bertentangan, merempuh sebuah kereta myvi yang membawa 3 nyawa (suami, isteri, bayi 11 bulan). Selepas hampir 2 jam beraksi, kecederaan setiap pesakit dikenalpasti.

1) Pemandu Honda City

Seorang lelaki, tidak sedarkan diri, patah tulang betis dan tangan kanan. Pendarahan dalam otak. Di intubate dan keadaan semakin stabil. Untuk makluman pembaca, ini lah sampah. Kenapa? Positif dadah methamphetamine, shabu dan alcohol. Bertatu seluruh badan dan di syaki memandu laju dalam keadaan mabuk sebelum merempuh produa myvi.

2) Pemandu Myvi, Suami. Mengalami pendarahan dalam otak, kepatahan tulang femur (peha), kecederaan intra abdomen dan kepatahan cervical (tengkuk). Meracau racau dan kami terpaksa ikat tangan dan kaki untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk. Bukan saja saja kami ikat, untuk kebaikan pesakit.

3) Penumpang Myvi, Isteri.

Sedar apa yang berlaku sebelum pengsan. Beliau yang paling banyak memberi respond dan menceritakan kejadian yang berlaku. Mengalami kepatahan tulang femur dan tangan kanan sahaja.

4) Penumpang Myvi, Bayi perempuan 11 bulan.

Masih sedarkan diri tapi agak teruk kecederaan di bahagian muka. Semasa dijumpai, bayi tercampak keluar dari kereta dari pangkuan ibunya. Selepas 1 jam di zon merah, terus di tolak ke dewan bedah.

Sebab apa sampah tu pembunuh? Selepas beberapa jam, secara tiba tiba si isteri yang tadinya paling stabil, muntah kemudian tidak sedarkan diri. Kami terus mengaktifkan resusitasi. Cpr dilakukan dan ubatan perangsang jantung diberi. Doktor pada masa itu menegaskan pesakit ini perlu diselamatkan sedaya mungkin. Dalam pada itu si suami yang semakin sedar kemungkinan perasan apa yang berlaku pada isterinya menjerit2 melaung nama isteri. Allahu.. sebak bukan kepalang. Selepas 1 jam tekanan dada dan 3 shock telah diberi, masih tiada tanda tanda kehidupan pada pesakit. Yaa.. dia disahkan meninggal dunia pukul 3.30 petang pada usia 26 tahun.

Suami menangis meraung di sebalik tirai. Sampai masa yang paling pahit. Declaration of death. Memang berat tugas untuk menyampaikan berita pahit ni. Doktor keluar ke ruangan menunggu. Nama si isteri di panggil. Tak lama kemudian, 2 lelaki dan wanita 50an datang meminpin tangan seorang budak permpuan lingkungan 8 tahun. Makcik itu memperkenalkan dirinya sebagai ibu pada pesakit. Dan mengatakan budak perempuan itu anak sulung pesakit. Kemudian secara perlahan dr mengatakan jantung pesakit terhenti. Pelbagai cubaan dilakukan tetapi tidak berhasil. Pakcik tadi mula mengelapkan air mata dari pipinya. Senyap tidak bersuara. Makcik pula mulak menangis memeluk erat cucunya yang juga menangis memanggil ibu sepertinya faham akan maksud dr.

Yaa.. disebabkan pemandu mabuk si penagih dadah itu satu nyawa terbang melayang meninggalkan suami dan anak anak yang masih kecil. Dirinya yang sedia rosak, merosakkan pula kehidupan orang lain. Ibu bapa juga perlu mengambil tindakan. Car seat adalah satu kemestian. Anak boleh tercampak keluar walaupun di pangku erat akibat dari impak yang besar dan kuat. Moga syurga tempat buat si isteri dan ibu pada 2 anak itu. Aminn ya rabb..

– Unsung Hero, Assistant Medical Officer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *