Sampai Bila?

Hai semua. Moga semuanya tenang tenang saja dan berlapang dada untuk baca confession ini. Agree to disagree okay baby?

Saya perhatikan masyarakat kita ada satu sifat yang sangat baik, iaitu menjaga adab, dan air muka orang lain.

Ya, ianya bagus. Tetapi haruslah sesuai dengan keadaan. Kita kenalah berlaku adil dalam menilai, dan paling penting, meletakkan sesuatu di tempatnya. Jika kita gagal, maka kita akan menzalimi orang lain tanpa sedar.

Hari ini saya nak ajak kita semua fikir, perasan tak, dalam kalangan kita, mengkritik seseorang atau sesebuah organisasi, atau sesebuah jabatan kerajaan, atau apa sahaja, secara terbuka adalah sesuatu yang taboo.

Contohnya, jika kita beri komen atau kritik gaya kerja petugas kesihatan di fasiliti kesihatan kerajaan mesti ramai yang akan bangkit mempertahankan. Mesti akan ada yang cakap weh kita tak boleh kata macam tu, depa frontliner.

Ya, mereka frontliner. Mereka adalah hero heroin kita semua. Tapi kita lupa, mereka juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.

Dan kesilapan haruslah ditegur supaya ia tidak menjadi satu norma, atau budaya yang tidak sihat dalam pengurusan kerja.

Berapa ramai antara kita yang berhadapan dengan situasi jururawat yang tak menyenangkan?

Bayangkan (jika klinik kesihatan) sepatutnya pendaftaran sepatutnya ambil masa yang tak lama tapi sebab mereka terlalu sibuk bergosip maka kita disuruh tunggu hingga terkadang sejam lamanya.

Itu belum lagi nak hadap mulut mulut laser jururawat tua yang kadang menyakitkan hati dan perasaan.

Benda ini, kita kena tegur, kena kritik supaya ada usaha penambahbaikan. Tapi bila ditegur, terus mencuka.

Kita yang muda ni, ok lah boleh tunggu. Tapi bayangkan mak ayah kita yang dah tua, berjam lamanya di klinik hanya sebab rantaian ketidakcekapan ini?

Ini belum kita sembang tentang pegawai di badan beruniform yang lain. Belum lagi kita sentuh tentang institusi pondok yang tidak diselia.

Belum lagi tentang budaya raging budak asrama, perangai ustaz ustazah islamis yang toksik, imam yang tidak mencerminkan karakter jawatan yang disandang, YB yang tak berfungsi, MP yang haru dan sebagainya

Sebab mereka SELESA. Mereka rasa semuanya OK. Sebab ketiadaan kritikan yang bernas ni dah jadi budaya silap silap kita pula yang dipandang pelik.

Maafkan saya, tapi kita kena bezakan antara Kritik dan Kutuk. These are two different things baby.

Kritik, untuk penambahbaikan. Kutuk, untuk menjahanamkan.

Budaya kritik haruslah diluaskan supaya semua pihak dapat menambahbaik mutu perkhidmatan.

Kalau tak, jangan bising bila pergi klinik lama, budaya raging bermaharajalela, kecelaruan institusi pondok bermaharajalela, kurangnya orang mengimarahkan masjid dan surau kerana kebejatan AJK dan imamnya,

Mutu perkhidmatan UNIFI yang teruk, terpaksa menunggu masa yang lama untuk aduan diselesaikan, polisi ekonomi tidak mapam seperti membalak bersama ulama’ hingga banjir besar dan sebagainya.

Maaf kalau ada yang terasa, posting ini bukanlah pukul rata semua, tapi khas untuk sesetengah pihak yang tak menjalankan amanah dengan sebaiknya.

Yang baik dalam kalangan yang saya sebut di atas TERLALU RAMAI tapi kerisauan saya adalah YANG SEDIKIT BERBUAT ONAR inilah yang akan membuatkan anda semua dipandang rendah.

Ini belum kita sentuh tentang asatizah asatizah lagi yang hukum dan komennya berubah mengikut kasta.

Untuk orang kebanyakan, haram hukumnya bersanding. Tapi untuk rakan rakan, halal, dipakejkan sekali dengan menyanyi buat tontonan rakan ajnabi.

Ok sekian saja dulu, saya minta maaf awal awal ya tapi kita perlu budayakan BUDAYA KRITIK untuk penambahbaikan kita semua.

Peace.

– Payung Kuning (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *