Sampai Bila?

Assalamualaikum semua. Semoga rahmat tuhan bersama kita. Hai, ini merupakan kali ke tiga aku hantar confession dekatt iium ni tapi tu lah tak pernah admin post. Harapnya yang no tiga ni berjaya la. Okay topik aku nak share adalah berkaitan dengan KEBERSIHAN DIRI. Nampak macam biasa orang lain dah rant on berkali-kali dah.

Aku harap pembaca tak cepat melatah dengan pendapat aku. Biasa kan dengar bila berkaitan dengan bau badan ni mostly ramai suka kaitkan dengan golongan yang bertudung labuh. Ya itulah point aku. Sepanjang aku menghabiskan sisa belajar ni 8 daripada 10 golongan bertudung labuh yakni muslimah yg biasa kita panggil ni berbau. Tak kisahlah bau badan dia atau baju tu sendiri yang hapak. Sebelum tu biar aku jelaskan aku berkawan dengan semua orang. Geng tudung labuh aku kawan, geng tudung pendek aku kawan yang penting pandai-pandai la kau nak hidup asal jangan kena pijak. Aku bukan pukul rata ye tapi ni memang kisah benar. Dari matrik sampai ke university aku berjodohan dengan wanita muslimah as roommate. Yang baik aku ikut , yang buruk aku pendam sajalah.

Oh lupa aku mestilah perempuan. Kalau tak mana golongan tudung labuh nak berkawan rapat gila sampai boleh tahu tudung diorang pakai tu bau hapak yakni kalau di campak ke dalam kolam ikan, nescaya timbullah ikan-ikan tu sejam kemudian. Persoalan aku sampai bila golongan macam ni nak biar diorang di label “busuk”. Aku kan bila topik macam ni geng-tudung-biasa membawang aku terasa jugak. Aku menyanjung tinggi wanita-wanita muslimah ni yang istiqomah mengimarahkan masjid, majlis ilmu , post story-story islamik dekat Whatsapp dan IG even member lain dah mute story diorang (terasa la tu) dan juga rajin ajak solat jemaah. Belum kira lagi warga twitter yg quote kisah deodorant vs muslimah kepam lebih kurang camtu lah. Point dia sekarang sampai bila nak jadi macam ni?

Jap karang ada la yang kecam aku tu cakap tak tegur. Dekat matrik dan 4 sem dekat U aku dapat roommate yg muslimah ni dan perlakuan diorang ni memang menyebabkan orang cakap “patutlah busuk, kat bilik pon bla bla”. Di suruh pakai minyak wangi semua tu keluarlah ayat memakai wangian sampai ajnabi terbau umpama berzina * sobb sob * terkedu aku. Tu lah tu ilmu diorang tinggi kan siapalah aku nak menyekolahkan diorang ni. Ada sekali tu masa dekat matrik dulu kan aktiviti banyak sampai malam so solat isyak lewat la. Sampai kat bilik aku ni gigih tukar baju nak mandi , bersihkan badan baru nak solat. Roommate aku ni terus pergi toilet tukar pantiliner la kot then terus ambik wudhuk dan solat. Dia ni aku tau sangat karang tu terus booommm atas katil tido tak mandi weh sampai ke pagi dah memang peel camtu. Aku pon mulakan mukadimah aku “awak mandi la dulu baru solat peluh-peluh tu selesa ke solat, kan elok bersih-bersih baru jumpa tuhan” lalu dia menjawab “nyatakan kepada saya adakah peluh itu membatalkan solat? Tak kan jadi tak salah kalau saya mempercepatkan solat daripada awak yg nak tunggu giliran mandi pastu solat lambat”. Jadi aku pon berhuhu sajalah one head shot “melewatkan solat”.

Tu belum dikira kalau dia mai bawak geng usrah dekat bilik. Aku perati je bau bilik tu slowly berubah ke bau yg kurang menyenangkan. Paling hampeh ada satu sem tu aku dpt yg ekstrem busuk yakni bilik aku pon bau sampai kengkawan aku tak selera nak lepak kat bilik aku untuk buat kerja pon. Aku ni gigih la bila spray deodorant tu saja offer kot nak try masa pagi-pagi siap nak pergi kelas kot-kot dia tertarik nak beli dan guna. Oh lupa geng dia pon sama begitu jugak. Okay biasalah sesi membawang, kawan aku pergi bilik member muslimah dia nak study dekat situ. Bilik tu kawan muslimah dia tinggal dengan 3 orang geng surau dia tak tau camne boleh duduk dekali. Masuk-masuk je bilik tadaaa bau kepam uolls ft bau stoking busuk remix bersepah. Sumpah member aku cerita dengan gaya nak muntah tapi diorang berempat rilek sahaja almaklumlah dah immune. Nampak tak masalah dia sebab sama-sama diorang ni nak pergi syurga package hantar kami yg lain ni pergi neraka sebab dosa mengumpat. Tegur pon tak jalan yakni kena cari dalil agama pasal tuhan tak suka orang busuk dulu kot baru nak dengar.

Takpelah malas nak cerita panjang-panjang karang kantoi pulak. Aku terpaksa reveal secara terperinci supaya diorang yg rajin baca iium ni terjentik di hati nak bau ketiak sendiri kepam ke tak, tudung tu hapak ke tak? Sorry semua, tak semua golongan ni macam ni. Teguran ni khusus buat mereka yg busuk sahaja. Jadi mari kita bincangkan solutions dia. Kepada golongan muslimah penegak agama, tak salah jaga kebersihan diri. Pakailah deodorant. Calitlah perfume sikit kat lipatan-lipatan kulit tu kalau tak nak bau kuat sangat sampai ajnabi terbau. Tudung tu basuh la setiap kali dah pakai. Dari pagi ke petang pakai esok tu ehh tudung sama lagi. Kita perempuan semua tahu azabnya peluh pakai tudung labuh-labuh. Innerneck tu tukar setiap hari tak kisahlah anda berpeluh ke tak ke. Sendiri mau ingatlah. Stocking tu pon tukar setiap hari, ni balik gantung kat besi katil hello buat pameran bau ke? Tu belum lagi yang lempar bawah katil je. Esok ambik pakai balik. Lepastu rajin-rajin la bau pakaian yg selalu tergantung tu sebelum pakai. Ambik, dekatkan dekat hidung dan tarik nafas dalam-dalam. Kalau muka anda berkerut masa bernafas tu petanda yang lemparkan saja pakaian tu ke bakul baju kotor. Tahu anda semua busy nak usrah, majlis ilmu dengan nak pergi qiam kat masjid tapi baju kotor tu janganlah lah kau peram nyahh sampai seminggu lebih bau nokharam satu bilik. Kakak-kakak usrah dulu takde cakap ke menjaga keharmonian orang lain pon satu kewajipan?

Anda marah ada niqabis asyik post selfie dekat IG dan main musically whhich mencemarkan imej muslimah, tapi anda yg penyumbang kepada hashtag “muslimah kepam” ni pulak macam mana? Marilah kita berubah. Seperti mana anda mahu lihat syiar islam kembali tegak di bumi Allah ni. Kita tak boleh paksa orang berubah. Tapi kita sendiri boleh mulakannya. Teruskan berjuang demi agama. Dan kepada pembaca, marilah kita doa kebaikan untuk orang lain bersama-sama. Aku mintak maaf sebab mungkin aku telah mencemarkan imej golongan ini tapi macam aku cakap teguran ni untuk mereka yg busuk sahaja. Kalau anda tidak, jangan lah terasa. Aku pon ada kekurangan . Aku cuma berharap lepas ni kurang dah sesi geng-tudung-biasa membawang pasal geng-tudung-labuh. Nak di marah memang reality nya macam tu. Kita mampu megubahnya. Yang bukan tudung labuh pon ada macam ni tapi kita tengah buat topik khusus untuk muslimah. Adios amigos okay gua gerak lu pape jangan roger pasei tak boleh pon.

– mawar syurga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *