Assalamualaikum. Hai! Nama aku Nina. Berusia 30-an. Sudah berkahwin.
Aku anak kedua, dibesarkan oleh atuk dan nenek semenjak aku dilahirkan. Ibu meninggal selepas aku dilahirkan. Ayah sudah berkahwin lain dan mempunyai anak bersama isteri barunya.
Aku tak tahu apa punca aku tak gembira dalam hidup. Aku ada suami yang baik dan penyabar dan anak-anak yang bijak dan comel. Tapi aku masih belum jumpa apa yang aku mahu dalam hidup ini.
Setiap yang aku lakukan mesti ada masalah. Sebelum aku berkahwin, aku bercinta dengan seorang lelaki bagai nak rak. Tapi akhirnya dia tinggalkan aku sebab perempuan lain.
Aku sedih sangat sampai aku sakit. Orang kata aku cantik. Tapi susah sangat hati terbuka untuk terima lelaki selepas tu.
Lama jugak aku single sampai aku jumpa suami aku sekarang. Alhamdulillah dia jodoh yang terbaik untuk aku.
Aku dikategorikan student yang pandai. Aku berjaya dalam SPM. Aku dapat first class masa degree.
Lepas aku habis degree. Aku ada jugak cari kerja. Pergi a few interviews, tapi bukan rezeki aku nak kerja. Aku terus sambung Master. Pada permulaan nya, everything sangat smooth.
Tapi bila part nk hantar thesis tu dah start nampak dah belang si supervisor aku ni. Lepas tangan, selfish dan suka bertangguh. Ujian demi ujian, akhirnya aku dapat jugak submit thesis. Senang cerita part aku as student memang dah settle dah.
Tetapi master aku tergendala disebabkan supervisor dan requirement university, so aku masih tak boleh grad.
So Master aku tergendala macam tu je. Dah macam cara dah aku buat. Pihak faculty hanya cakap supervisor je yang dapat tolong aku. Aku menunggu masa bertahun tahun nak grad. Aku contact supervisor hilang macam tu je.
Aku minta semua doakan supervisor tu berubah la dan menyesal mintak maaf pada aku. Dah banyak sangat masa, duit dan tenaga aku untuk Master ni. Tolong lah hargai penat lelah aku wahai supervisor.
Aku ingat lepas settle Master, kehidupan aku akan jadi lebih baik. Tapi lain yang aku sangka, lain pulak yang jadi. Master ni pulak jadi salah satu ujian dalam hidup aku.
Aku berkahwin dan tidak bekerja sebab aku buat Master full time. Aku memang tak ada pengalaman kerja langsung. Sementara menunggu time nak grad yang tak kunjung tiba tu, aku buatlah full time homebased baking business.
Aku suka dengan hobby business aku. Husband pun sangat menyokong dengan apa yang aku buat. Aku buat something yang aku minat. Tetapi aku tidak dapat sokongan daripada kawan2 apetah lagi keluarga terutama keluarga baru ayah.
Aku hanya dapat sokongan pujian dari orang luar (customer2), tapi tidak dari family dan kawan2. Jangan kata nak beli, nak like atau tolong share post berkaitan pun tak. Kadang2 tu nak free je.
Haih! Ibarat macam pandang sebelah mata je dengan apa yang aku buat. Pernah sekali aku bagi ayah rasa produk yang aku buat. Tapi ayah ibu tak sentuh pun dengan alasan ayah tak pernah makan.
Bukan mengharap pujian cume sedikit sokongan, doa dan kata2 yang baik supaya aku tak give up dengan macam sekarang.
Tapi bab business adik2 aku, bukan main support. Siap promote sana sini. Sekarang aku rase kosong dan tertanya2 apa silap aku.
Teruk sangat ke aku ni? Berpunca dari sikap aku ke? Aku tak ade skill berniaga ke? Atau belum rezeki aku ke? Atau betul ke produk aku tak sedap sebab tu mereka tak berminat?
Aku dalam golongan introvert. Aku seorang pendiam dan pemalu. Aku tak ramai kawan tapi aku ada kawan2 baik cuma berhubungan melalui media sosial je.
Kawan2 aku pun banyak ambil kesempatan. Ada bila aku senang je or bila diaorang perlukan aku. Tapi bila aku perlukan sokongan dari diorg,semua hilang.
Hubungan aku dengan family aku pun tak berapa baik. Ayah dan adik-adik ak dah macam orang asing. Dari kecil selalu je ade conflict. Kadang2 berpunca dari mereka. Tetapi aku yang dipersalahkan.
Akulah yang tak hormat ibu bapa, aku yang tak sedar diuntung, aku tak pandai bersyukur. Aku dipersalahkan hubungan aku dan adik2 tak rapat. Bukan sekali dua. Macam2 hal dah (malas nak cerita, panjang sangat).
Adik-adik aku lah yang paling hebat dimata ayah dan keluarga. Sampai aku jadi mangsa sebab salah faham atau kesalahan adik-adik.
Nenek yang menjaga aku, yang aku anggap macam ibu sendiri meninggal baru-baru ini. Aku seolah-olah hilang dah tempat mengadu. Hilang satu-satunya orang yang tak pernah putus asa dengan aku, yang sentiasa gembira dengsn keputusan aku dan sentiasa doakan aku.
Lepas tu, aku mula susah tidur malam. Aku banyak berfikir. Aku jadi murung dan selalu sakit. Pasal baking business aku tu pulak aku stop sementara sebab aku dah takda semangat.
Aku cume perlukan masa dan mood kembali. Aku harap aku tak give up sebab tulah satu-satunya kebolehan yang aku ada.
Aku akhirnya jadi bitter. Aku jadi hilang arah dan tak ada tujuan hidup. Aku cepat marah. Kadang-kadang menangis.
Kenapa aku tak hebat? Kenapa aku tak ada kerja? Kenapa hidup aku macam ini je, biasa-biasa, tak ada arah tujuan? Apa yang aku perlukan untuk hidup aku jadi Wow!?
Aku perlukan kata-kata semangat. Sampai bila aku perlu macam ni. Aku ingin keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang baik yang ada menyokong aku di belakang. Aku sedih dan rasa putus asa dengan hidup. Adakah aku depressed?
Doakan aku semua…
– Nina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit