Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, Salam Aidilfitri.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penambahan harian jangkitan covid19 yang mendadak menyebabkan sambutan hari raya terhad.
Lebih teruk lagi, bila PM kita annouced PKP untuk sekian kalinya sepanjang virus covid19 merebak di malaysia.
Disebabkan pengumuman ini maka banyaklah pendapat daripada rakyat marhaen tentang isu ini, contoh,
“Pasaipa tak habaq/ buat awai2”,
“Saja je la ni buat PKP time raya nak putuskan silaturrahim, agenda yahudi”,
“Orang kayangan boleh buat, rakyat marhaen tak boleh pulak” and so on.
Komen2 atau pendapat2 macam ni kita boleh baca dekat mana2 media sosial dan menunjukkan situasi rakyat malaysia sekarang ini sangat marah tentang pengumuman ini.
Sama macam saya, sedikit marah dan kecewa kerana pengumuman yang agak last minute menjejaskan macam2 agenda yang kita rancang.
Tapi,
Dalam kita pikirkan “kesan” PKP 3.0 ni, kita lupa “kebaikan” dia. (Disclaimer, saya bukan orang politik dan saya tak minat politik. Cuma rakyat marhaen yang ingin Malaysia kembali seperti sedia kala.)
Jadi, antara point yang saya dapat sebab rakyat marah adalah
1. Kenapa umum dah dekat raya?kalau sebelum ni buat awal2 kan boleh? Saja tak nak kasi balik kampung.
Sesuatu wabak atau pandemik yang menyerang kita tak boleh duga, mungkin harini 0 tapi esok lusa dah capai ratus2 ribu2 sebab kelalaian kita sendiri.
Saya akui semua rindu mak ayah, risau mak ayah kat kampung, tapi pernah terfikirkah kita, mungkin kita ini salah satu penyumbang kepada peningkatan covid?
Mungkin kita pembawa virus secara senyap tanpa simptom. Apa akan jadi kalau kita ada virus tersebut tanpa kita tahu dan pergi beraya merata rata tanpa sedar kemungkinan untuk menjangkiti dan dijangkiti adalah tinggi.
Dengan kes harian yang tinggi keberangkalian untuk setiap kenalan kita ada virus adalah tinggi.
Jadi, bagi menggelakkan kes makin naik dan frontliner, hospital, dan ekonomi lumpuh, saya yakin mereka terpaksa decide pegumuman ini walau pasti akan kemarahan rakyat sebab ini adalah jalan yang terbaik untuk menyekat penyebaran berlaku.
2. Rakyat dah hilang kepercayaan dekat pentadbiran.
Saya setuju. Tapi kita kena ingat, orang politik akan tetap berpolitik walau macam mana situasi sekalipun walau parti mana sekalipun, namun golongan yang bertangungjawab uruskan/ membantu pesakit covid, jangkitan covid adalah kakitangan hospital dan kesihatan.
Boleh tak dari kita salahkan pentadbiran sebab iyalah dari kes kita 0 naik mendadak hanya disebabkan PRU di sabah, kita renung sekejap, frontliners di hospital2 klinik2, masa mereka, tenaga yang mereka korbankan demi merawat rakyat malaysia.
Jadi, why not dari kita nitizen bergaduh salahkan parti itu ini,
Kita fikirkan sejenak kekacauan yang sedang berlaku di ICU setiap hospital dengan keadaan katil yang tidak mencukupi, alat bantuan kesihatan yang terhad membataskan bantuan mereka untuk menyelamatkan pesakit.
Dan cuba kita imbas balik, adakah kita dah jadi rakyat yang bertanggungjawab? Dah jaga SOP yang sebetulnya?
Semakin lama, SOP semakin longgar dalam kalangan kita. Berjalan merata tanpa tujuan yang tepat sekadar untuk lepak dan makan2. Mungkin rakyat sudah bosan dengan situasi yang tidak berkesudahan.
3. Perbezaan layanan golongan kayangan vs marhaen.
Ye, saya akui kelonggaran dalam kawalan SOP antara 2 darjat menyebabkan rakyat terkesan begitu juga saya, inilah dunia sebenarnya, yang diatas akan terus diatas dan yang dibawah akan terus dibawah, yang di bawah hanya menunduk pada yang atas. Salah siapa??? Anda ada jawapan.
Jadi, apa patut kita sebagai rakyat kena buat? Cadangan saya, kita henti kecam mengecam, bergaduh tunding jari salah siapa, tapi kita tak kisahlah kayangan atau marhaen patuh arahan PKP dan SOP supaya kita dapat turunkan jangkitan ini.
Walau PKP raya tetap raya, rayakan hari kemengan kita umat islam. Bangunkan sunnah hari raya, tapi dengan cara yang betul. Dan jangan lupa, daftar vaksin untuk kita bantu lindungi orang yang kita sayang,
Laporan media tak semestinya betul, mereka hanya jalankan tugas mereka untuk dapatkan pembaca yang tinggi and they will gain money. Tapi kita as a rakyat yang bijak, kita selidik dulu betul-betul.
Last but not least, kesedaran jangkitan covid19 dalam kalangan rakyat masih sederhana, saya cadangkan bekas pesakit covid yang berjaya sembuh mungkin boleh kongsikan kisah kepada rakyat kita untuk kita sama sama aware tentang isu wabak ini.
Dan kepada semua pembaca, follow lah facebook/ page orang orang kesihatan yang betul dan diiktiraf yang banyak berkongsi tentang covid19, vaksin dan bnyak lagi mengenai wabak ini.
Penutup bicara, jagalah SOP dan ingat orang politik tetap politik, yang menaggung adalah kita. Tapi jabatan kesihatan lah yang perlu kita bantu sekarang untuk landaikan carta jangkitan covid. Tuduhan tak berasas, konspirasi kita abaikan, fokus kepada menyelamatkan malaysia dahulu.
Anda terima atau tak confession ini, terpulang kepada penilaian kalian, kalian lagi bijak dalam memilih.
Sekian dari saya, maaf tersalah tutur kata.
– Cik Jambu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit