Sampai Bila Aku Mampu Bertahan

Assalamualaikum wrt buat semua peminat IIUM Confession. Sekian lama aku jadi pembaca setia, tiba masa nya untuk aku menulis sedikit coretan. Cerita ku agak panjang, namun insyaAllah ku cuba ringkas kan sebaik mungkin.

Aku berusia hampir ke 40, sudah berkahwin selama 4 tahun, dikurniakan seorang anak lelaki berusia 3 tahun.

Aku merupakan seorang pengusaha restoran yang agak berjaya di daerah kelahiran ku di sebuah negeri Pantai Timur. Sebut sahaja nama restoran ku insyaAllah ramai yang mengenali dan recommended masakan aku pada semua, alhamdulillah.

Sebelum berkahwin aku merupakan seorang yang begitu komited terhadap kerjaya, aku memegang lulusan ijazah sarjana muda daripada sebuah ipta tempatan. 100% komitmen terhadap kerjaya merupakan keutamaan aku.

Ketika berusia 19 tahun, sewaktu di tingkatan 6 atas, aku berkenalan dengan seorang lelaki yang amat hensem dimataku! Tapi sayang seribu kali sayang, si dia sudah berpunya erti kata lain suami orang.

Ya Allah aku cuba nak hindari rasa cinta dihati, tetapi aku tak mampu! Bermula lah episod cinta aku dan dia tanpa pengetahuan isteri nya dan keluarga aku sendiri.

Keputusan STPM di umum kan alhamdulillah rezeki ku dapat melanjutkan kaki ke Universiti. Seluruh ahli keluarga bergembira dengan kejayaan ku, maklum lah cucu sulung pertama berjaya jejak kaki ke menara gading.

Perhubungan cinta aku dan Z semakin bersemi sehingga lah pada penghujung semester satu pengajian, hubungan cinta kami terbongkar!

Isteri nya call aku, menghina aku dengan pelbagai kata cacian, yang paling sentap hati, isteri Z call Abah dan Ma aku di kampung, mencerita kan segala hubungan ku bersama suami nya.

Abah amat kecewa kerana tak sangka yang aku bercinta dengan Z. Abah pinta ku lupakan Z, tumpu pada study. Aku cuba berkali kali, tak jawab call, text daripada Z.

Tapi begitu sulit nak lupakan dia. Memang dia lah cinta separuh matiku! Aku kehilangan dara bersama Z di usia 21 tahun. Sumpah aku bertaubat di atas segala dosaku! Sesungguh nya zina itu dosa yang berat.

Aku bertaubat Nasuha, berjanji dengan Allah Taala tidak akan sesekali lagi mengulangi kesilapan lalu.

Perhubungan cinta kami berterusan secara curi2 sehingga lah aku tamat pengajian di universiti.

Bermula lah era membina kerjaya, pelbagai borang diisi, temuduga guru, pegawai penjara, nurse dan bermacam aku tempuh berbekal kan ijazah yang aku gengam.

Malang sekali nasib ku tak berjaya dalam kerjaya yang setaraf dengan level akademik ku. Hati ku hancur sangat2,

Berbekal kan lebihan duit gaji yang aku terima dengan kerja sebagai kerani bergaji RM600 sebulan, aku bertekad untuk memulakan bisnes secara kecil kecilan.

Z adalah insan yang tak pernah jemu memberi semangat, dorongan padaku untuk berbisnes.

Pada mula nya aku rasa malu, rendah diri, hilang keyakinan apabila terpaksa berniaga di tepi jalan. Aku tak pikir mampu berdepan dengan masyarakat, orang2 kampung, serta sahabat handai ku.

Namun benar lah takdir Allah swt, kali pertama dalam hidup ku, dalam masa 4 bulan berniaga, aku mendapat keuntungan yang amat besar di luar jangkaan ku sama sekali, RM3500 sebulan gajiku waktu itu!

Maha suci Allah, sesungguhnya itu lah kali pertama aku memegang duit sebanyak itu.

Aku nekad letak jawatan kerani dan terus melebar kan sayap dalam bidang perniagaan sehingga berjaya membuka sebuah restoran yang besar.

Alhamdulillah syukur, ini lah yang membuat kan iman dan jiwaku lebih dekat kepada Allah Taala.

Dalam masa yang sama hubungan cinta ku bersama Z suami orang mula berantakan. Aku dihimpit berbagai rasa, dilema antara kekasih dan kaseh sayang kedua ibubapaku.

2018 aku membuat keputusan yang penting dalam hidupku. Perkenalan yang singkat antara aku dan A, akhirnya membawa kami ke jenjang pelamin.

Memang aku berlapang dada menerima A seada nya, dia lelaki kampung yang tidak punya kerjaya hebat seperti ku dan Z. Sekurang kurangnya A masih bujang dan bukan suami orang.

Kami diraikan dalam majlis yang cukup meriah, maklum lah ramai yang tertunggu tunggu nak tengok aku kahwin.

Ramai sahabat sekolah, rakan universiti, guru2, serta rakan2 bisnes meraikan aku. Semua orang gembira pada hari itu.

Bermula lah episod rumahtangga ku yang derita….. zahir dan batin ku tersiksa bersama A! Aku selalu dimomok kan dengan cerita indah alam rumahtangga.

Tidur berteman, hubungan intim yang indah, macam2 boleh buat sebab dah HALAL! Namun malam pertama ku tak seindah yang aku impikan.

Aku masih ingat lagi, bersiap aku mati matian tertunggu rasa A mengucup bibirku! Malang nya aku tertidur dalam esak tangis yang berterusan sehingga ke azan subuh!

Aku hairan kenapa ereksi A tak mendam berahi padaku. A seolah olah umpama patung yang bernyawa tapi tiada bernafsu. Ya Allah ujian apa lagi kau mahu berikan padaku???

Aku dan A berhoneymoon ke sebuah destinasi yang sejuk, dingin dan tenang, jauh daripada hiruk pikuk kota.

Aku tak berputus asa, aku tetap mencuba menggoda suami ku dengan penuh rasa cinta dan erotis! Tetap A tak mampu jua menunaikan nafkah batin nya pada ku!

Aku menangis dalam teresak esak dalam selimut, A tidak memujuk dan memeluk ku walau sedikit pun ketika itu. Dia boleh menonton tv tanpa sedikit pun rasa bersalah pada diri ku! (Aku menulis dalam linangan airmata).

Aku mohon kekuatan daripada Allah swt, aku sabar dan tetap berikhtiar untuk mengubati suamiku.

Duit aku habis kan untuk belanja rawatan tradisional kepada nya. Malang nya, hanya aku yang nampak terkial kial cuba memperbaiki keadaan! Emosi ku koyak teruk sama sekali.

Dalam hubungan intim yang tidak menentu, sekejap ON sekejap OFF, rezeki Allah Taala, aku disahkan hamil setelah 4 bulan berkahwin.

Alhamdulillah hasil aku bawa dia berubat, mengurut batin secara tradisional beserta dengan izin Allah swt.

Akhir nya aku selamat melahirkan baby lelaki yang amat comel, masyaallah, hilang segala kesakitan bila memandang wajah tenang anak ku.

Aku akhirnya bergelar seorang ibu, yang mana daripada awal aku tak fikir bagai kan tiada harapan untuk mendengar tangisan bayi dalam hidupku.

Aku dan A memang tiada keserasian, aku paham mungkin dia bukan daripada golongan bisnes seperti aku, mungkin tahap pemikiran kami berbeza.

Aku tak dapat berbincang apa2 pun dengan dia.

Setiap perkara pasti berakhir dengan pertengkaran. Yang paling menyedihkan hatiku, dia tetap egois dengan pendirian diri nya, tak boleh ditegur, tak boleh dikritik. Aku semakin tawar hati dengan perkahwinan ini!

Dengan masalah hubungan yang tiada kesudahan, pernah sekali aku dan A tak berhubungan intim selama berbulan bulan 5 bulan lama nya, dia tidur di tilam bawah, aku tidur bersama anak kesayangan ku di katil.

Kami umpama teman sebilik, berpura pura bahagia depan keluarga, sedangkan hati ku bagai disayat sayat!

Gelar lah aku apa sahaja, gila intim atau sebagai nya, aku sudah tidak peduli lagi. Cuma aku harap Allah swt tunjuk kan aku jalan yang sebaik baiknya untuk ku.

Aku pasrah seandainya jodoh ku dan A berakhir disini kerna selama usia perkahwinan ini, hanya aku yang selalu beria ia, sedangkan dia tetap meluka kan hatiku berkali kali……

– Lara hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *