Sampai Bila Harus Begini

Hai semua. Aku kalau bercakap memang pandai, tapi kalau mengarang kurang sikit, jadi aku mintak maaf awal-awal.

Aku dah berkahwin, usia perkahwinan aku dan suami dah nak masuk 5 tahun.

Aku nak tanya pendapat semua, baru-baru ni aku ada gaduh dengan suami sebab aku tak layan die elok2 masa dekat rumah family aku.

Suami aku nak aku layan die macam ni masa dekat rumah family aku.

Contohnya, kalau nak solat sejadah kena bentang, makan kena hidang (selalu memang hidang), kalau boleh duduk je dengan dia.

Ntah la korang. Ada masa aku sempat aku buat tapi kadang aku sendiri pun tak sempat makan.

Mana nak uruskan anak, nak tolong akak aku, uruskan mak lagi.

Tapi laki aku tak nampak, yang die tahu aku banyak sembang je dengan adik beradik dengan mak aku.

Sejujurnya aku balik rumah mak sebab aku nak lepaskan lelah, bukan rehat sangat tapi lebih rasa nak recharge energy. Dia cakap aku ni macam tak layan die biarkan die sorang2.

Aku balik dengan anak-anak sahaja dan dia akan datang waktu ambil nak balik. Die marah sebab masa die datang, aku tak takde kat luar.

Rumah aku ade akak aku, ade anak sedara, so kadang diorang kan tak pakai tudung. Macam aku ni tak alert la semua tu.

Aku jawab kenapa tak call dulu bila dah sampai. Eh aku jugak yang salah sebab menjawab dan biadap.

Korang, kenapa ya aku rase laki aku memang tak suka family aku? Ni bukan first time macam ni.

Sekarang aku sedih sangat aku tak bercakap dengan dia, dia pun sama biar je aku macam ni. Aku tak tahu la sampai bila akan begini.

Korang boleh tak bagi pandangan aku terima je semua pendapat. Terima kasih.

– Purapurakuat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hi confessor, masalah laki kita sama..haha..cuma aku dah kahwin lebih 10 tahun. Laki aku mcm laki kau la, bila dtg rumah mertua, panas bontot, taknak bergaul dgn tuan rumah which is family aku, nak aku layan dia, duduk dgn dia..hello, kat rumah aku dh layan dia as a husband, tak kan kat rumah mak aku, dia tak boleh nak berdikari..pftt..hahah..tp aku jenis sound je laki aku walau lps tu kdg berperang sbb aku ckp dah ambik aku dari family aku, tak kan aku nak buang family terus, tak kan dia nak jadi kera sumbang taknak memanjangkan silaturrahim dgn family aku..tp bila turn aku balik kg dia kena overnight, kena layan family dia elok² yada²..mula² mmg kitorg gaduh/masam muka psl benda ni tp lama² aku just biarkan je dia asalkan aku blh balik rumah family aku & spend time dgn dorg..kdg² laki aku hantar, kdg² aku drive sendiri..time laki aku ada or dtg rumah mak, aku layan dia sekejap utk meraikan dia or kalau dia hantar & jemput pn sama la, layan je dia..tp sebelum dia jemput aku kat rumah mak, dia kena inform dulu, kalau tak memang boleh gaduh..haha..punca laki aku mcm tu, dia kata family aku tak suka dia..tak layan dia time datang rumah mak aku..pdhal laki aku tu muka dah la sombong, berat mulut pulak tu..nak org tegur dia dulu, lps tu baru la dia layan org tu..dia tak ikut pepatah melayu cakap masuk kandang kambing mengembik tapi dia mengaum..hahaha..tp lama² dah ok la sikit walau dia still tak stay bila aku balik rumah mak tp dia involve la juga bila kitorg ada family gathering/kenduri etc..so bila aku kat side family dia, mana yg aku boleh masuk, aku masuk tp yang tak boleh tu aku ckp jgn paksa aku sbb dia sendiri pun perangai tak semenggah kan..so bertolak ansur la..bkn kita sombong tp tak semua org kita boleh ngam especially dgn family besar..kdg kita nak jaga mental health juga sbb kita tak boleh nak tutup mulut org yg suka mengata so better kita layan biasa² or buat hal sendiri asalkan mak/mentua kita layan elok²..tu semua rezeki masing² dpt family mentua mcm mana..pandai² la bawa diri..selalu doa yg baik² semoga Allah eratkan kedua family..sorry ni bkn tips tp just nak share cerita 😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *