Aku sudah berkahwin selama hampir tiga tahun. Perkenalan kami agak singkat sebelum kami membuat keputusan untuk berkahwin. Sebelum kahwin, dia nampak sangat caring dan bertanggungjawab.
Tapi selepas kahwin, aku mula rasa tak happy. Hal rumah, bersihkan rumah, dari luar ke dalam rumah, settlekan baju, basuh tandas, buang sampah—semua aku yang buat. Kalau aku minta tolong, baru dia buat.
Sebelum ini, aku bekerja dan memang ada shift malam semua, jadi memang penat bila aku uruskan semua kecuali kalau aku minta dia buat. Masak on-off sebab kadang-kadang terlalu sibuk untuk masak.
Dulu aku kerja dan memang ada duit sendiri, baru je tak kerja dalam beberapa bulan ni. Awal-awal kahwin memang aku nampak dia jenis yang nak bagi duit belanja nafkah kena remind setiap bulan. Kalau tak remind, buat tak tahu je.
Barang-barang rumah pun kalau aku beli guna duit aku dulu, cukup susah nak claim balik. Banyak barang rumah yang aku nak memang aku beli je guna duit aku, tak minta kat dia pun.
Nak beli apa-apa keperluan seperti baju, tudung baru pun semua memang guna duit aku sendiri. Kuatnya dia berkira dengan aku.
Baru ni dia bayarkan sesuatu untuk aku dulu secara advance, aku cakap nanti aku ganti balik duitnya. Tapi sejak dari bulan satu, aku dah tak diberi duit belanja katanya sebab dah guna duit yang hari tu.
Tapi kan aku dah cakap tu aku pinjam dari dia dan memang aku kena bayar balik. Kemudian dia kata bulan ni kena bayar servis kereta lah, itu inilah. Aku pun akur. Bila aku cakap aku tak ada duit dah nak belanja, dia mula cakap, “Dah tahu tak ada duit, pergilah kerja.”
Aku cakap, “Habis tu kalau aku ni suri rumah dan tak kerja, memang aku tak ada duit la nak beli apa-apa?”
Aku rasa stress betul dengar dia cakap macam tu sebab bulan puasa ni semua aku yang uruskan. Memang hampir setiap hari aku masak kecuali bila aku tak sihat. Macam aku duduk rumah ni goyang kaki pula. Aku rasa tak dihargai betul.
Gaji dia dalam RM10k, ada komitmen sebiji kereta je buat masa sekarang. Tapi bab ni aku masih boleh tolerate lagi.
Selain aku rasa stress bila dia tak reti nak tolong buat kerja rumah dan berkira dengan aku, aku pun kecewa sebab dia selalu menolak bila diajak ‘bersama’.
Tahun lepas boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja. Itu pun aku yang minta. Setiap dua hingga tiga bulan sekali. Tahun ni baru sekali. Dah banyak kali aku tanya kenapa, aku nak tahu apa sebabnya tapi selalunya katanya penat. Tapi kalau tak penat pun sama je.
Suami aku ni introvert dan tak sosial sangat pun di luar. Lebih banyak main mobile game hampir setiap malam sampai aku tidur sendiri sementara dia main game.
Aku dah give up nak ajak bersama. Kadang-kadang aku tak rasa ada intimacy lagi antara kami. Dia tak suka aku pegang-pegang, cium-cium dia, ditolaknya aku.
Dalam satu tahun setengah pertama, aku selalu meluahkan apa yang aku rasa dan menangis. Tapi dia seolah-olah tak memahami aku. Dia cakap aku demanding terlalu banyak dari dia.
Bila aku buat luahan perasaan, dia mula cakap aku marah dia dan lama-lama memang akan berakhir dengan gaduh besar. Aku memang banyak kali minta cerai dengan dia, hampir setiap bulan.
Yang aku lagi baran, bila aku nangis, dia buat bodoh je, tak ada nak peluk atau pujuk aku. Kemudian, perlahan-lahan aku yang akan bercakap dengan dia balik dan kami akan okay. Aku selalu sangat menangis dulu, tapi itu dulu.
Lepas-lepas tu, aku mula tawar hati dan boleh tolerate semua benda ni. Aku buat bodoh je. Aku dah rasa malas nak ulang benda sama. Aku tak minta dah sebab aku tak nak rasa sedih ditolak.
Bila dia nampak aku okay, dia pun buat tak tahu. Sebab aku tak minta, dia pun macam biasa tak ada apa-apa je. Dalam otak aku masih ada rasa nak bercerai dan memang rasa ready je.
Last point, sejak nak raya ni, kan aku cakap suami aku introvert. Aku pula suka berkawan dan sebelum kahwin, aku ramai gila kawan. Jadi bila beraya, aku memang jenis akan ke sana sini untuk ziarah semua orang—saudara-mara, kawan, cikgu, semua orang.
Masalahnya, dia pula tak suka benda tu. Cukup raya, duduk rumah je. Pergi lawat dua hingga tiga rumah pak sedara aku, itu sahaja. Benda tu buat aku stress sebab kawan-kawan ajak aku beraya, tapi sebabkan suami aku, aku tak dapat jumpa diorang.
Bukan masa raya je, bila-bila pun kalau aku ajak dia jumpa kawan-kawan rapat aku nak kenal-kenal sejak kahwin, dia tak nak. Dia suruh aku pergi sorang.
Jadi, aku rasa sekali je aku pernah bawa dia jumpa kawan aku. Lain-lain semua dia tak nak. Padahal aku nak introduce dia dekat kawan-kawan aku dan suami kawan aku.
Stressnya hidup aku, sampai bila aku nak bagi alasan untuk cover kenapa suami aku tak boleh datang?
Aku sedih bila aku ajak dia pergi jemputan apa-apa, selalu dia tak nak. Penatlah hidup macam ni. Aku rasa aku tak mampu nak hidup berpuluh tahun dengan dia macam ni (kalau umur panjang).
Sampai sekarang, aku tak ada anak lagi sebab aku pun tak rasa nak ada anak. Aku tak nampak masa depan perkahwinan aku.
Tolong, aku nak buat apa? Orang nampak kami macam happy je. Mula tanya bila nak ada anak, sedangkan mereka tak tahu apa yang aku hadapi sebenarnya.
– Rosacea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis, kita alami hampir benda sama. Kadang kadang tertanya, suami kita ni betul ke sayangkan kita? saya tak berani nak sebut perkataan cerai, tapi deep inside hari hari meratib nak cerai sebab tak nampak masa depan perkahwinan kami even baru setahun lebih kahwin :(
Ramai betul lelaki zaman ni, x ada hala tuju dlm perkahwinan. X tau nk layan isteri & x tahu tgjawab sb suami selayaknya yg digariskn islam. Patut jgn kawin klau mcm sengaja mndera perasaan & emosi isteri. Dgn gaji RM10k tu, klau dpt pd lelaki yg tahu mnilai harga & maruah seorg isteri, mmg bahagia tahap permaisuri dah.
Adulah ke pejabat agama jika itu yg terbaik. Mngadu ni bkn utk bercera semata, tp utk dptkn keadilan bg seorg yg berstatus isteri.
Sakit pulak hati baca kisah ko..laki ko ni mcm patung tak bernyawa.Feelingless .
Dia khwin dgn ko pon atas dasar ok org ajak kawen so kahwin.Tp takda tanggungjawab.Kwin sekadar nak kahwin ..spark takde.
Kesian ko smpai kena meminta2 bab nafkah batin.Ishh kalu aku la..dpt laki cmni..aku x tggu lama sis.Patut lelaki yg meminta dgn kita.
Ke laki ko ni gayboy?alasan main gane penat tp tah2 ada lelaki blkg dia yg perlu dipuaskan.Atau..ada betina lain dlm online yg layan nafsu dia secara melancap..zmn skrg mcm2 tau.
Dah la berkira bab duit..ternyata dpt laki gaji 10k pun x bahagia kan..
Sis ..ko p mahkamah la serai…
Gaji 10k tapi sangat berkira dengan isteri.. risau je tak berkat sumber gaji dia tu.. Dan macam susah nak percaya juga cuma ada komitmen hutang kereta sj.. Ntah2 ada komitmen2 lain di luar pengetahuan isteri tu yang duk berkira.
Pastu selalu tolak ajakan isteri. Isteri tak minta, lagi dia tak kisah. Samada dia mati pucuk, songsang, ada skandal atau layan p*rn?
Last sekali, curious juga macam mana cara korang berkenalan dulu.. dan siapa yang approach dulu dan ajak kahwin… Sebab suami sis macam bunyi tak ikhlas pun nak berkahwin. Macam seakan terpaksa. Bila sis minta cerai, dia buat tak kisah dan tak lepaskan, kan? Kalau dah tak suka ceraikan je lah dan cari lain. Bagi saya, dia macam terpaksa kahwin, mngkin sebab pressure dari family? Atau nak ada imej/status berkahwin? Tapi dalam hati sebenarnya taknak pun.. Tapi ntah lah. Kalau saya jadi sis pun boleh mental dilayan camtu. Baik pisah je kalau suami dah taknak saya. Kalau nak ada orang uruskan makan minum pakai dia, dia boleh upah je bibik balik hari. Gaji 10k kan.
Kalau saya, akan usaha untuk diceraikan. Mungkin sis boleh jumpa orang di pejabat agama tanya pendapat dan cara untuk diceraikan.. kaunselor ke peguam syarie ke..
kemungkinan besar kenapa suami dia jadi macam tu: 1. Suami dia mungkin ada orientasi seksual lain (gay/bisexual) – Sebab dia tak ada keinginan langsung untuk bersama isteri, elak keintiman, dan tak tunjuk kasih sayang walaupun hubungan mereka halal dan sah. Kalau dari awal dia dah macam tu, boleh jadi dia cuba “bersembunyi” dalam perkahwinan. 2. Gaji RM10k lesap entah ke mana – Kalau bukan sebab hutang atau komitmen biasa, boleh jadi duit tu habis dekat benda lain yang isteri tak tahu. Contohnya: Perempuan lain (skandal) atau sugar baby Hobi mahal (judi, pelaburan berisiko, atau ketagihan tertentu) Kawan-kawan atau keluarga yang dia tanggung secara senyap Kalau aku jadi isteri dia, aku akan cari bukti dulu sebelum buat tuduhan. Check transaksi bank, tengok gaya hidup dia, dan kalau boleh, cuba bincang secara jujur tanpa bergaduh. Kalau dia terus mengelak, memang ada benda yang dia sembunyikan.