Assalamualaikum dan hi semua. Aku Tulip. Aku tulis ni untuk luahan hati sebab aku penat sangat. Umur aku 29, perempuan dan belum berkahwin.
Aku just nak meluah pasal kerjaya aku yang tak macam aku bayangkan. Aku grad tahun 2018 dan alhamdulillah sampai sekarang aku tak ada rasa menganggur untuk waktu yang lama.
Waktu COVID dulu, ramai yang kena buang kerja tapi aku masih ada kerja walaupun gaji minimum je. Selepas 3 tahun, aku pun try cari kerja baru sebab company aku tu memang takde career growth. Dan sejak aku resign dari company tu aku asyik job hopping.
Aku susah hati sebab sampai bila aku nak job hopping kan. Penat cari kerja dah satu hal, bila dah dapat, tak dapat nak teruskan kerja sebab rasa tak serasi.
Tak dinafikan agak down bila tengok kawan kawan sebaya yang dah figure out apa yang dorang nak buat dengan hidup dorang tapi aku masih lagi terumbang ambing dengan hidup aku.
Tapi setiap kali aku rasa down, aku selalu ingatkan diri setidaknya aku masih ada kerja, masih dapat hulur duit dekat ibu ayah setiap bulan walaupun kerja bukan yang aku nak tapi masih dapat duduk dengan parents.
Aku dapat kerja dekat company MNC, tbh kerja situ ok, gaji pun ok tapi aku rasa overwhelm so aku resign.
Dekat sini silap aku. Mungkin aku tak bersyukur kan jadi Allah tegur aku. Sebab bila masuk company baru serba serbi worst dari setiap sudut: gaji rendah, environment, boss, colleagues semua toxic nak mati.
To the point aku decide nak berhenti selepas seminggu aku join. Tapi aku terpaksa tahan sebulan sebab aku perlukan duit. Memang menyesal sangat sangat resign kerja MNC tu. Aku nak apply balik segan sebab aku resign waktu probation.
So aku ambil tu satu pengajaran dan teruskan hidup. Tapi tak mudah ya sebab nak berdamai dengan penyesalan tu pahit sangat.
Sebulan lepas tu dapat offer kerja retail, gaji ok cuma aku memang reluctant nak accept sebab kena buat sales. Tapi aku memang tengah desperate untuk kerja. Beggars can’t be choosy right. So aku terima je walaupun aku tahu memang aku akan struggle dengan sales.
And as expected memang aku sangat sangat struggle. Hari hari menangis pergi kerja, aku tension dan sedih dengan diri sendiri sebab tak boleh adapt dengan environment, bos pula jenis pushy and hot tempered. Aku susah nak masuk dengan senior.
Tapi aku tak dapat nak resign sebab aku tak berani. Aku baru resign 2 kerja dalam masa 6 bulan and simpanan aku pun dah takde. Nak tak nak aku tahankan la juga diri ni kerja situ. 6 bulan pertama memang aku nangis je, even dalam toilet pun aku nangis.
Dalam pada aku meratib tak suka kerja situ, sedar sedar dah setahun. Nak melalui 1 tahun tu Allah je yang tahu. Cukup setahun aku terus resign tanpa backup kerja sebab notis 3 bulan plus aku memang dah tak nak duduk situ lagi.
Yang kelakarnya, waktu aku nak resign, bos aku cakap dia memang dah boleh agak aku nak resign sebab nampak aku stress sangat kerja situ. Aku sengih je la. Ade orang dah resign baru cerita kan tapi aku simpan sendiri je la. Memang menghitung hari nak blah je.
Alhamdulillah rezeki, bulan yang sama aku tender, aku dapat offer baru. Masih lagi buat sales cuma dah tak hard core macam dekat retail. Kerja as medical rep, banyak kena travel and memang tak masuk office.
Aku pulak rasa nak unwind dari kerja retail and since kerja ni memang 90% akan travel so aku accept.
Compared dengan dulu memang kurang stress, jumpa bos 2-3 bulan sekali, masa flexible, tak lari dari bidang yang aku belajar dulu tapi waktu ni la aku find out yang dealing with people is not what I want. It just drains me out bila aku kena jumpa orang.
So aku tahu aku memang takkan lama dengan kerja ni. And again aku down sebab baru nak masuk 3 bulan tapi dah rasa macam ni, takkan nak resign lagi.
Aku pujuk diri teruskan sampai 1 tahun. Dulu environment lagi teruk dari ni tapi aku boleh bertahan sekarang kenapa tak boleh kan.
Cuma aku sedih sebab aku rasa selepas ni aku mungkin akan cari kerja yang bukan bidang aku belajar. Sebab bidang Aku ni memang naturally kena deal dengan orang and most vacancies yang available dekat swasta akan endup buat sales.
Setiap kali pikir nak tukar bidang, rasa sayang dengan degree yang ade tapi aku memang dah takde hati nak teruskan kerja dalam bidang ni. Nak tukar bidang pulak, bidang apa aku nak explore.
Rasa menyesal ambil course ni pun ya, sebab kalau aku tahu endup kena buat sales memang aku takkan amik. Nak buat macam mana kan. Dah tak boleh nak putarkan masa so kena la teruskan hidup.
Dulu aku muda, so bila serabut aku resign je tak pikir panjang. Tapi sekarang aku tak berani buat macam tu. Parents aku pun dah tak kerja. Aku pun tak kahwin. Kalau tak kerja macam mana aku nak hidup.
Umur nak masuk 30 pun masih belum ade kerja tetap. Sedih sangat tapi hidup kena teruskan.
Aku jadi tertanya tanya aku akan jumpa ke kerja yang sesuai untuk aku. Aku bukan tak bersyukur. Sebab aku dah rasa dulu akibat dia so setiap kali aku down, aku ingat balik “I went through the worst, but still I made it”
So aku harap semoga Allah beri aku petunjuk untuk kesulitan aku ni. And korang pun doakan aku jugak ya semoga aku dapat kerja yang baik untuk aku, dan supaya aku tak lupa untuk bersyukur dengan rezeki yang ada sekarang.
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
jangan tengok orang lagi hebat/tinggi dari kita. tengok orang bawah kita. bersyukur hari hari. kita sebaya je. lelaki. faham apa yang rasa tu. dari kita mengeluh dengan apa yang ada, baik cari jalan nak keluar dari perasaan tu.
Cemburu saya dengan mereka yang mudah dapat kerja… saya ni usia dah 30 lebih, nak dapat kerja pun payah, tak pernah merasa gaji minimum apatah lagi gaji taraf ijazah… mohon kerja taraf kerani pun kena tolak… saya cuma impikan kerja tetap untuk teruskan kehidupan… tiada impian untuk memiliki rumah dan kereta besar… apatah lagi nak fikir soal jodoh… saya doakan Allah mudahkan kehidupan tt dan tak lalui kehidupan seperti saya…
Normal utk ada rasa mcm tu. tapi kuncinya adalah bersyukur.
sy 29y/o belajar dip,deg&master. dr dlu mmg tak berhenti kerja. Ditakdirkan lepas kahwin xkeje. hari2 nangis terkenangkan belajar tinggi2 last2 duduk rumah.
sedih juga bila tgk org lain kwn2 dh ada gaji tinggi dll. tapi bila muhasabah balik banyak benda yang Allah tegur sy.
skrg dalam fasa berdamai dgn keadaan. sy yakin mungkin bukan skrg Allah bg apa sy nak. mungkin lambat sikit yang penting kena selalu baik sangka kat Allah
“Aku adalah menurut sangkaan hambaku”-Allah
awk kena banyak bersyukur & doa terus doa. smga dipermudahkan urusan aamiin