Sampai Hati Kau Along

Hi guys, aku bukanlah nak confess apa-apa pun, just nak share satu satu peristiwa yang tidak pernah aku lupakan sepanjang hidup aku, ianya juga merupakan ibrah yang memberi kesan mendalam kepada aku sendiri sepanjang aku menjadi seorang medical student.

Warning  : Aku punya entry ni panjang lebar. Kalau korang rasa rajin membaca silakan~

Sekitar bulan 9, tahun 2017 aku ditugaskan untuk berposting di sebuah hospital di tengah kotaraya yang sedang pesat dengan pembangunan. Dalam dua minggu aku ditempatkan di ward urology dan ward medical, bermakna seminggu di ward urology dan seminggu di ward medical. Kedua-dua ward ini memberikan aku pengalaman yang bernilai dan juga mempunyai kisah yang tersendiri.
.
.

Ingin aku kongsikan pengalaman yang aku katakan memberi impak mendalam tersebut,

Pada minggu kedua aku melaporkan diri dengan wardmate aku iaitu Fatimah, merangkap classmate dan juga bestie aku. Kami ditugaskan di ward medical (11U = tingkat sebelas, menara Utama) pada minggu tersebut.

.

Ward medical ini terbahagi kepada 3 wings atau 3 bahagian. Bahagian pertama ialah bahagian pesakit geriatrik (pesakit geriatrik ialah pesakit warga emas), kebanyakkan pesakit geriatrik dekat sini ‘bed ridden’ (terlantar di katil dan tidak boleh menguruskan diri sendiri, semestinya ramai yang ada risk of bed sores atau lebih dikenali kudis tekanan akibat berada dalam satu posisi yang sama dalam jangka masa yang lama). Ada juga pesakit ini telah menjadi penghuni tetap ward ini berbulan-bulan lamanya.

Bahagian kedua pula ialah bahagian pesakit palliative, bahagian pallitive ini lebih sinonim dengan gelaran ‘ward terakhir’. Kenapa? Kerana pesakit yang menghuni ward ini ialah pesakit yang telah di’diagnos’ tiada harapan untuk sembuh, dan rawatan yang diberikan ialah hanya ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan pesakit sementara menunggu ajalnya :’)

kebiasaan pesakit yang menghuni ward ini di’dominasi’ oleh pesakit kanser.

Dan bahagian yang ketiga ialah bahagian khusus untuk skin patient, kebanyakkan skin patient diletakkan dalam bilik isolation kerana sesetengahnya memberikan risiko infection. Contohnya pesakit MRSA (Methicillin-resistant Staphylococcus aureus).

.

.

.

Jam menunjukkan hampir pukul 1:00 pm. Waktu lunch hour semakin menghampiri, perut sudah berbunyi, mana tak nya.. Pagi-pagi buta aku dah terpaksa berlari dari hostel ke ward (ye, hostel aku letaknya didalam hospital. Namun jauh dihujung hospital), nak punch card lagi, nak lapor diri dekat sister di ward bertugas lagi. Mau taknya aku kena marah kaw-kaw dengan lecturer kalau lambat. Dengan bangun tidur lambatnya, aku tidur pukul 3:00 pagi kot nak siapkan report. dan semestinya pagi tu aku tak sarapan. Fuhhh… Benar-benar hari yang mencabar.

Aku dengan Fatimah baru sahaja selesai menghantar pesakit by bed ke diagnostic imaging department untuk melakukan CT Scan dan ultrasound. Apalah sangat kudrat kami dua orang perempuan yang lemah lagi lembut, ayu dan sebagainya.. (Cewahhh.. ok,ok gurau je.. huhu..) untuk menolak patient by bed tersebut yang agak besar dari ward tingkat 11 menara Utama ke jabatan pengimejan tersebut di tingkat 5 menara Selatan. (fyi, hospital tempat aku ni memang banyak menara. Menara Selatan, Menara Utama, Menara Timur dan juga Menara Wanita dan Kanak-kanak..). At the end aku jugak MERANA sebab dari satu bahagian ke satu bahagian tu jauh beb. HAHAHA… Actually kerja hantar-hantar patient ni memanglah bukan skop kerja aku, sebenarnya ada je PPK (penolong perawat kesihatan) yang ditugaskan. Tapi sebab aku ni terlebih rajin, so aku buat la semua kerja tu. HAHAHA.. Takde lah, sebenarnya aku memang volunteer nak buat kerja-kerja tu, sebab aku nak jugak belajar macam mana nak register patient dekat tempat-tempat khas tu semua. Bukankah tujuan posting itu untuk belajar? Ehems.. so why not kita try buat kan? Lagi pun aku memang tak suka orang yang jenis mementingkan kedudukan, such as…

“ aku doktor, kau tu nurse.. so kau buat kerja kau, aku buat kerja aku..”

DOUBLE NO!!! What the hell its about? Dalam kerja ni, apa yang penting is try to understanding each other and work in group, kalau kau rasa tak boleh nak bercampur, sila duduk dalam gua. ok bye.

.

.

Ok, back to da topic.

Selesai aku hantar patient semua, kitaorang balik ke ward. Ingatkan nak rehat-rehat ke apa.. Ye lah, dari pagi duk dressing patient yang ada bedsores dekat bahagian geriatrik dengan staff nurse, sampailah ke tengah hari duk pusing hospital pergi hantar patient ke sana ke sini. LETIHnya at that time hanya Tuhan yang tahu. Fuhhh… *student acah-acah rajin, ehhh memang rajin pun:P

Baru sahaja aku nak melangkah masuk ke bilik rehat, tiba-tiba aku ternampak sepasang suami isteri lewat 70-an terkapai-kapai cuba membuka pintu automatic ward tersebut. Kelihatan seorang makcik yang sedang menolak wheelchair suaminya untuk keluar dari pintu ward tersebut, dan suaminya seorang yang lumpuh.

.

Aku dengan Fatimah segera membantu makcik tersebut untuk membuka pintu dan menolak pakcik tersebut keluar dari ward. Setelah itu aku tergerak hati untuk bertanya kepada makcik tersebut,

“Makcik nak kemana ni? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”-aku

Jawabnya, “Makcik nak pergi ke jabatan fisioterapi untuk appointment pakcik (sambal menunjukkan surat temujanjinya pada aku), tapi nurse tu cakap ini bukan tempatnya. Dia bagi tahu makcik salah tempat..” kata makcik tersebut dengan nada yang naif.

“owhhh, ni jabatan fisiologi (sambil aku melihat isi kandungan surat temujanji tersebut). Ye, makcik salah tempat ni. Dekat sini tingkat 11 menara Utama, makcik sepatutnya pergi ke tingkat 11 Menara Selatan.”- aku

“Nak… makcik nak mintak tolong anak boleh tak? Makcik nak mintak tolong anak tunjuk jalan ke sana, mak cik tak tahu jalan. Nak naik lift pun makcik tak tahu nak tekan..”- kata makcik tersebut dengan nada meminta tolong.

“Boleh je makcik, takde hal.. lagipun saya dengan kawan saya nak turun pergi lunch ni, jom la saya hantarkan”-balas aku sambil memandang Fatimah.

.

.

Sejak dari dalam lift, makcik tersebut tidak henti-henti mengucapkan terima kasih pada aku dengan Fatimah. “Terima kasih nak, makcik tak tahu nak cakap macam mana..”

Aku dengan Fatimah hanya mampu tersenyum segan,

Dalam perjalanan ke menara selatan, aku mengambil kesempatan untuk berborak dengan makcik tersebut sambil menolak wheelchair yang diduduki oleh suaminya.

“Mak cik datang ke sini dengan apa? Berdua dengan pak cik aje ke?”-aku

“Ehhh tak adalah, makcik datang ke sini dengan anak makcik, dia ada datang sini hantar pakcik dan makcik, tadi dia cakap nak pergi cari parking kereta. (well, mana-mana hospital pun ada masalah parking kan?) Selalunya si adik yang datang hantar kalau pakcik ada appointment, tapi hari ni dia tak boleh cuti. Jadi anak mak cik yang sulung datang hantar kami hari ni…”-balas makcik tersebut dengan wajah sedikit tertunduk.

.

.

Sekarang waktu lunch hour, dan lift agak ‘pack’ untuk kitaorang naik ke tingkat 11 menara selatan. Hampir 15 minit menunggu, kelihatan makcik tersebut sedikit gelisah. Jadi aku membuat keputusan untuk berpecah dengan Fatimah, aku akan naik dahulu ke tingkat 11 dengan pakcik tersebut, dan Fatimah membawa makcik tersebut dengan menaiki lift lain. (terpaksa berpecah kerana lift teramat-amat ‘pack’)

.

Sampai sahaja ditingkat 11 menara selatan, aku menunggu makcik dan Fatimah di hadapan lift dengan pakcik sebelum masuk ke dalam jabatan fisioterapi.

.

.

.

Tiba-tiba…..

.

.

“wehhh!!! Ko kemana hahhh??!! Aku tunggu dekat sini hampir setengah jam!! Bodoh, dasar orang tua menyusahkan!!!” Seorang lelaki yang berkopiah dan berumur dalam lingkungan lewat 30-an menjerit-jerit seperti orang yang tidak waras ke arah kami.

Aku terkejut, ye teramat terkejut. Dari mana datangnya manusia ini? Tiba-tiba datang terjah tanpa salam dan menjerit-jerit dihadapan lift? Dengan orang ramai yang melihat kejadian tersebut, ye lah… waktu lunch hour, semestinya ramai dihadapan lift dan sedang menunggu lift. Otakku tepu dek kerana terkejut yang amat.

.

“mak mana mak? Tu sorang lagi orang tua yang menyusahkan hidup aku?! Dasar bodoh!! Kan aku dah cakap, kalau tak tahu jalan jangan memandai, tapi kau degil!! Lepas tu menyusahkan orang pulak! Setengah jam aku tunggu engko dekat sini!!!”- jeritnya dengan nada yang lebih tinggi.

Ye, lelaki itu lah anak mereka yang mencari parking tadi seperti yang dikatakan oleh makcik tersebut. Ya Allah, anak apa kah itu? Menjerit dan menengking ayahnya di khalayak awam?

Aku pantas memberikan penjelasan,

“Maafkan saya encik, saya ***** ******* pelajar perubatan **, tadi makcik dan pakcik ni salah naik ke tingkat 11 menara Utama……….”

Belum sempat aku habiskan ayat, kata-kata aku dipotong olehnya,

“arhhh, aku tak nak dengan alasan la bodoh, orang tua ini menyusahkan aku!”

Allahu, aku sabar je. Aku pantang betul bila bercakap tapi dicantas. BIADAP!!!

Aku mula bersuara lagi, kali ni dengan nada lebih kuat dan jelas. Aku dah tak kisah apa pandangan orang sekeliling, aku cuma terbayang betapa remuknya hati ayahnya dengan kata-kata si anak tersebut.

“Sorry Encik. But let me explain first. Mak cik dan pakcik ni iaitu EMAK dan AYAH encik tersilap naik ke tingkat 11 menara utama, sepatutnya mereka ke tingkat 11 menara selatan. Saya hanya bantu membawa mereka ke sini. Mereka bukan sengaja naik ke menara utama, tetapi mereka tersilap! Pasal mak encik, jangan risau, kawan saya ada dengan emak encik dekat bawah sedang menunggu lift. Lift penuh, kami tak boleh naik sekaligus. Dan ini tempat awam, tidak wajar kalau encik menengking ayah encik sendiri di khalayak awam.” – jawab aku dengan nada sedikit tegas.

.

.

Tiba-tiba pintu lift di sebelah terbuka, sedikit lega bila susuk tubuh Fatimah dan makcik keluar dari ‘perut’ lift yang pack tersebut.

“hahhh!!! Tu sorang lagi orang tua menyusahkan hidup aku, dah tak tahu jalan duduk diam-diam je, jangan memandai-mandai. Aku tunggu lama tahu tak?! Aku ada lagi banyak kerja nak buat, bukan setakat nak urus korang je! Dasar orang tua menyusahkan!!”- jerit lelaki itu lagi kearah emaknya, sambil menaikkan tangan kearah pak cik yang berada di atas kerusi roda.

Aku cepat-cepat menolak kerusi roda tersebut sedikit ke hadapan, dan badan aku betul-betul berada di hadapan anaknya yang menaikkan tangan.

Aku tak tahu kenapa aku ‘berani’ sebegitu, yang aku tahu… aku takut tangan anaknya hinggap di badan pakcik yang sudah tua dan lemah itu.

Tiba-tiba ada seorang abang PPK memegang bahu lelaki tersebut, “tempat awam ni bang… sabar…”-nasihat PPK tersebut.

.

.

Aku lihat sekeliling, ye.. ramai yang menunggu lift sedang memerhati, tetapi tiada tindakan yang diambil. Mujur abang PPK tersebut masuk campur. Alhamdulillah, terima kasih kepada abang PPK tersebut:’)

Setelah beberapa saat, si ayah yang berdiam dari tadi mula bersuara…..

.

“Sampai hati kau along… kau buat mak ayah kau macam ni, budak ni Cuma tolong mak ayah kau sendiri. Patutnya kau berterima kasih, apalah sangat waktu kau terbuang setengah jam untuk menunggu mak ayah kau sendiri. Kau tengok mak kau, mak kau jaga kau selama ni ada ke dia berkira dengan kau? Tak ada long.. tak ada.. sampainya hati kau along…”-pakcik tersebut mula bersuara.

.

.

.

Sumpah aku terkedu, ya Allah.. sebaknya mendengar luahan kekecewaan seorang ayah. Ya Allah, seorang ayah sedang kecewa dengan sikap anaknya itu..

Nauzubillahiminzalik, ya Allah, kau jauhilah aku dari sikap sebegitu. Kau jauhilah aku dan orang lain daripada bersikap yang boleh mengundang murkaMu.

Sebak, mata terasa hangat. Aku tahan air mata dari keluar, ye, aku memang hati tisu, lantak la korang nak cakap apa. (tak macho lah kalau seorang student pakai white coat nangis depan orang awam :P)

.

.

“arghhhhh sudahlah, cepat-cepat la masuk (sambil menolak ayahnya masuk ke jabatan fisioterapi) mak pun sama je! Dua-dua tak boleh diharap. Lain kali tak payah datang buat fisioterapi, duduk rumah je. Menyusahkan betul!!!”-rungut anaknya lagi.

.

.

Makcik tersebut datang kepada aku dengan Fatimah,

“mak cik mintak maaf nak, maafkan makcik dan anak makcik..”-kata makcik tersebut dengan nada yang teramat sebak.

Aku bersalam dan memeluk makcik tersebut,

“sabar ye makcik, maafkan saya tak dapat membantu.. makcik jaga diri tau..”-kataku..

.

.

Aku terus mengundur diri, menekan “button” lift untuk turun ke café.

.

Dalam lift tersebut hanya ada aku, Fatimah dan abang PPK yang ada membantuku sebentar tadi,

Kata abang PPK tersebut, “sabarlah dik, biasalah anak zaman sekarang. Benda tu normal lah dekat hospital ni.

Aku melemparkan senyuman kelat, ya.. kelat yang teramat.
Normal? Apa yang normal? Kejadian tersebut tidak boleh dianggap normal dalam masyarakat kita!

.

Aku duduk di ceruk lift, menunggu tiba di Ground Floor.

Air mata terkeluar, bukan kerana dimarahi, ditengking dan sebagainya.. tapi aku bimbang akan makcik dan pakcik tersebut. Andai dikhalayak awam anaknya sanggup memperlakukan mereka sebegitu, bagaimana pula dirumah? Allahurobbi, Kau lindungilah makcik dan pakcik tersebut. Kau lembutkan lah hati anak mereka dan kau ampunilah dosanya…

Ya Allah. Apakah yang ingin kau ajarkan padaku hari ini? *Termenung sejenak.

.

.

.

Wahai anak, ketahuilah sosok tua yang kau tengking itu adalah ibu bapamu sendiri.

Wahai anak, setengah jam masa mu menunggu mereka itu tiada nilai jika mahu dibandingkan dengan masa mereka yang korbankan untuk menjagamu ketika kecil.

Wahai anak, kau dengar luahan hati bapamu sendiri.

Wahai anak, sanggup kau menengking mereka di khalayak awam.

Wahai anak, kau tataplah wajah ibumu.. Ibumu tersenyum dalam kekecewaan saat kau menengking dan memarahinya..

Wahai anak, sedarilah perlakuanmu itu mengundang murkaNya.

Semoga makcik dan pakcik dalam lindunganNya,

Allahumma Aamiin:’)

.

Niatku hanya ingin berkongsi, supaya sama-sama kita memperingati diri ini yang tidak seberapa..

Bukan bermaksud ingin mengaibkan sesiapa.

Yang baik ambillah sebagai pedoman,

Yang buruk, jadikan sempadan.

Sesungguhnya aku, kita dan mereka maha alpa.

.

Kisah benar dari kaca mata seorang student di sebuah hospital di tengah kesibukkan kotaraya.

Lastly, maaf kekurangan aku dari segi bahasa yang digunakan. Segala komen akan aku baca. Thanks reader :*

-bukan doktor.

260318, 12:53 pm, Malaysia.

– -Bukan Doktor.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *