Sampai Mati Aku Takkan Maafkan

Hai semua. Terima kasih sebab sudi baca confession aku. 2 3 hari ni banyak yang lalu kat tt kat media sosial pasal abang B dan kisah pedo lain. Dan kebetulan aku pun baru je tengok movie korea taju officer blackbelt.

Jadi entah aku rase aku nak luahkan benda yang memang sampai sekarang aku ingat dan aku tak akan pernah maafkan binatang tu walaupun dia darah daging aku sendiri.

Kisah ni dah berlaku lama. Dalam 19 tahun yang lepas. Time tu aku berumur 9 tahun. Aku ada ramai ada beradik. Ade abang ada kakak ada adik lelaki dan perempuan. Aku di tengah2.

Kisah ni berlaku pada hari jumaat. Kenapa aku boleh ingat hari tu hari jumaat? Sebab time tu mak dan ayah aku keluar ke pasar untuk beli lauk pauk. Memang rutin mak ayah aku setiap hari jumaat akan ke pasar. Jadi aku memang ingat jelas memori tu.

Okey balik kepada cerita semula. Lepas mak ayah aku keluar dengan adik aku yang kecik. Jadi time tu tinggal laa aku dengan kakak. Adik perempuan dan abang aku yang sulong. Adik beradik aku yang lain ada di asrama.

Jadi masa mak ayah aku keluar. Aku kakak dan adik perempuan aku main sama2 kat tingkat bawah. Abang aku yang sulong tidur kat bilik dia kat atas. Tengah kami duk bermain2. Tibe2 abang aku panggil kakak aku mintak dia naik ke bilik atas.

Tapi sebab masing2 sedang seronok bermain. Jadi kakak aku mintak aku tolong naik tanya kat abang aku dia nak apa. Jadi aku pun naik kat bilik abang aku. Tiba2 abang aku tanya aku mana kakak aku? Aku cakap kakak aku malas nak naik.

Lepastu dia mintak aku baring tepi dia. Dan dia selimutkan aku. Pastu aku diam je. Sebab memang masa tu aku jadi blur dan kaku. Pastu tiba2 dia londehkan seluar aku. Dan dia usap kemaluan dia kat aku.

Ya Allah. Sampai sekarang bila aku ingat balik aku akan jadi sesak nafas dan tengah menaip ni pun tangan aku terketar2. Jap nanti aku sambung balik. Nak ambik nafas tenangkan diri.

Okey sambung balik. Lepas dia buat kerja tak senonoh tu. Aku tarik seluar aku sebab aku tak selesa. Tapi dia berkeras dia marah dia cakap diam nanti orang lain dengar. Aku mase tu memang diam je. Sebab aku tak tahu benda tu salah.

Lepastu dia cium leher aku. Dia ambil air liur dia. Dia sapu kat kemaluan aku. Aku mase tu dah nak menangis. Tiba2 kakak aku naik. Dia panggil aku ajak sambung main.

Pastu abang aku cepat2 suruh aku bangun dan baiki seluar aku. Dia pesan jangan bagitahu mak dan ayah aku. Kalau dia tahu aku bagitahu dia akan marah aku. Yelah aku kan budak mase tu. Memang takut bila kena ugut macamtu.

Aku keluar dari bilik dia. Kakak aku tanya buat apa dalam bilik abang aku lama sangat? Aku cuma diam je. Lepas kejadian tu memang aku dah start benci abang aku.

Bila aku dah besar aku tahu benda yang dia buat tu salah. Aku dah start berani lawan dia. Sampai aku pernah kena tampar dengan dia sebab dia cakap aku kurang ajar dengan dia. Tapi memang aku dah tak takut dengan dia. Aku cuma benci dengan dia.

Dan abang aku ni sekarang ada dipenjara atas kesalahan dadah. Dan aku pun sampai sekarang tak teringin nak melawat. Dan ni pun bukan kali pertama dia kena masuk penjara. Cuma sampai sekarang. Aku tak bagi anak2 aku rapat dengan dia. Aku tak bagi dia sentuh anak2 aku.

Suami aku tahu pasal ni. Dan dia pun tanya kenapa aku tak cerita kat mak ayah aku masa aku kena? Aku cakap sebab aku bodoh. Dan benda tu sampai sekarang buat aku menyesal sebab tak bagitahu kat mak ayah aku dulu.

Sekarang keluarga aku pun dah tahu kisah ni. Sebab masa time nak kahwin. Mak aku marah sangat2 kat aku kenapa aku kurang ajar dengan abang aku? Apa yang buat aku benci sangat kat abang aku. Jadi aku lepas semuaaaa sekali yang aku pendam bertahun2.

Dan ce teka apa yang berlaku? Mak aku cakap aku reka cerita. Aku reka cerita sebab memang dari dulu aku benci abang aku. Kalau betul kenapa aku tak cerita dari dulu lagi? Kenapa time nak kahwin baru nak cerita?

Aku menangis2 mintak mak aku percaya. Dan dia cakap kalau betul. Pergilah report polis biar polis tangkap abang aku. Baru aku puas hati.

Lepas kejadian aku cerita tu. Adik beradik aku semua nangis sebab kesiankan aku. Dan diorang bagi aku banyak motivasi. Sampai aku rasa aku tak buat salah yang salah abang aku m. Aku cuma cerita apa yang terpendam dalam hati aku.

Abang aku dulu pernah tanya aku. Apa yang dia buat sampai aku benci sangat kat dia? Aku tak layan. Sebab aku memang tak teringin nak bercakap dengan dia. Apatah lagi tengok muka dia. Memang aku benci sangat2. Sampai sekarang aku tak pernah maafkan dia.

Masa umur belasan dulu banyak kali aku pernah nak cuba bunuh dia dengan pisau. Aku pura2 aku histeria. Padahal memang tu diri aku sendiri. Aku pergi dapur ambil pisau. Tapi adik beradik aku sempat halang aku.

Dan lepas kejadian aku cuba nak bunuh dia. Dia dah tak berani nak dekat dengan aku. Balik rumah pun dia tak berani. Sebab bila dia balik je. Aku auto pura2 histeria. Pastu aku marah dia aku ambik barang2 aku pukul dia. Padan muka dia.

Tapi jujur aku cakap. Sampai sekarang aku tetap berdendam dan tak akan maafkan dia. Walaupun sekarang ni dia kena penjara. Tapi aku tetap tak puas hati sebab dia dipenjara atas kesalahan lain. Bukan atas kesalahan apa yang dia buat dekat aku.

Tapi sekarang bila aku dah lama tak tengok muka dia. Emosi aku dah makin stabil dan bahagia. Mak aku pun tak pernah ajak aku pergi melawat dia ke apa.

Sebab aku pernah cakap kat mak aku. Kalau nak sangat aku pergi melawat binatang tu. Mak jangan menangis kalau dia mati depan mata mak aku. Sebab aku memang benci dan sangat2 benci kat abang aku tu. Aku kadang berdoa biar dia mati kena langgar. Baru aku puas hati.

Buat yang cakap. Benda yang lepas jangan dikenang. Maafkanlah sebab dia tetap darah daging aku.

Maaf! Kau tak duduk kat tempat ni. Kau takkan pernah tahu macamana rasa bila benda ni duk menghantui hidup kau sampai kau berkahwin dan beranak pinak. Kau tak pernah kena. Sebab tu kau sedap cakap.

Yes. Aku berdendam dan aku tak akan pernah maafkan. Walaupun aku tahu. Bila berdendam lagi buat hidup kau tak tenang. Ya. Hidup aku tak akan tenang selagi mana dia tak kena hukum atas apa yang dia buat kat aku.

Terima kasih semua yang sudi baca confession aku. Maaf kalau penulisan aku sedikit terabur. Doakan aku bahagia selalu dengan suami dan anak2 aku.

Buat yang ada anak2. Tolong pesan kat anak2 jaga diri. Ajar dia sentuhan yang tak selamat. Ajar dia supaya sentiasa bercerita dengan kita. Sebab zaman sekarang lagi bahaya. Lagi2 ramai yang jenis sokong orang yang macam abang b tu. Ntahlaa.

Kadang aku rasa takut dengan dunia sekarang. Tapi nak tak nak memang kena jalani jugak. Semoga kita dan keluarga kita terselamat dari segala hal2 yang merbahaya.

– Jemah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. bnyak kes mcam nie sedih la lagi2 dalam kalangan keluarga kita sendiri.. semoga puan berbahagia dgan family tercinta..betul nasihat puan tu ajar anak2 kte tentang boundaries & bnyakkan bercerita bercakap dgan anak macam arwah bapak sy dulu selalu pesan berhati hati kalau berkawan lagi lagi dgan lelaki..

  2. Semoga Allah jaga tt sekeluarga selalu 🤲🏻 sy pun hampir kena jgk nagn jiran sy, tp alhamdulillah instinct sy ckp sy kena jerit n meronta-ronta sekuat hati, so terselamat sy dri jd mangsa, cuma bila besar baru tahu yg tu rupanya sexual assault 😅

  3. Manjakan anak jantan sampai mendadah sampai nak rosakkan adik perempuan sendiri!

    Kalau kakak kau yang naik bilik masa tuh pasti dah kena rogol jijik!

    Nasib kau yang muda lagi dan kakak kau panggil turun main.

    Abang kau tuh dah dapat balasan di dunia tapi hati kau masih sakit sebab tak confront abang Kau.

    Apa yang kau tulis ni kau kena bagi abang kau baca. Bagi dia sedar diri salah dia!

    Dia kena minta maaf dengan kau dan bertaubat sebelum mati.

    Kau perlukan ucapan maaf dan penyesalan dia.

    Dia kena diberitahu kesalahan dia!

  4. negeri belantan?
    teringat kisah kawan aku dulu, masa sekolah menegah dia pelajar baru masuk masa form 3 kalau tak silap. senyap je dalam kelas. Tiba sesi soal jawap dlm kelas bila kena turn dia kena jawap. Dia senyap je senyum. dengan kawan-kawan pon dia jarang bercakap, so dia selalu keseoragan.
    sampai form 5 dia mcm tu. senyap dan selalu kena pulau, turn up, dia penah cerita sbb kenapa dia jadi pendiam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *