Sampainya Hati Suamiku

Bismillahirrahmanirrahim…

Aku tak tahu nak cerita kat siapa. In fact, aku dah try hubungi kaunselor tapi aku batalkan sebab tak pandai bercerita. So aku tulis sini.

Korang bagilah kata2 semangat kat aku. Aku tengah rapuh sangat2. Allah.

Minggu lepas aku jumpa gambar suami selfie dengan perempuan lain.. bukan selfie biasa.. memang luruh jantung aku. Terjelepuk kaki aku ke lantai.

Malam tu aku selongkar handphone suami.

Jam 2 pagi. Aku kejut suami & tanya. Suami terkejut & minta aku bertenang. Aku raup muka dengan tangan sambil beristighfar.

“Astaghfirullah hal azim.. Allahuakbar.. Allahurobbi..”.

Sebenarnya dah dekat sebulan aku ada naluri suami aku curang. Tapi aku tak ada bukti. Cuma aku tengok call history & whatsapp beliau terlalu bersih. Aku semakin curiga.

Lepas kantoi tu, suami cakap dia pastikan semua kecurangan dalam telefon dia delete..

Tapi itulah, gambar itu dia termiss & Allah betul2 nak tunjuk kat aku (tapi kadang2 aku rasa dia entah2 sengaja tinggalkan satu gambar tu supaya aku jumpa? Ah, serabutnya!).

Camera dashcam jugak semakin banyak minit2 yang hilang selepas suami keluar ke mana2.

Aku pelik dan semakin kerap cek memori card dashcam (suami cerita memang beliau cabut wire dashcam).

Akhirnya aku jumpa perbualan telefon loudspeaker suami dengan betina sundal tu. Allah nak tunjuk kan. Suamiku lupa cabut wire dashcam. Sungguh hatiku remuk.

Betina sundal itu suamiku cakap sudah berumur hampir menapous. Dia mungkin terkena guna2, katanya lah, sebab bila dia sedar tu dia pelik kenapa senang sangat dia melayan.

Dia dah block betina tu dari semua contact & soc.med beberapa hari sebelum kantoi dengan aku. Aku dah cek, semua betul sama seperti suami cakap.

Masalahnya hati aku masih tak tenang. Baru kenal sebulan, kata suamiku.

Aku cek bil telefon, memang panggilan telefon pada waktu lunch bermula sebulan lalu. Sebelum tu tak ada. Dan tiada lagi panggilan selepas suami block betina tu.

Suami cakap, beliau tersedar sebab betina tu seakan mendesak ajak kahwin. Suami pelik. Rupanya2 dia pendatang yang kematian suami, tak mahu balik negara asal jadi cuba mencari pasangan orang tempatan.

“Gambar ni awak pergi berdua?” Soalku.

“Tak, ada kawan lain,” jawabnya.

Aku dengar tapi kurang percaya. Entahlah. Susah sudah percaya pada suami. Secepat itu.

“Awak ada pegang tangan betina tu ke masa keluar dengan dia ni?”

“Ada.. time kawan tak nampak,”

“Astaghfirullah hal azim Allahuakbar Lailahaillallah!”

Sungguh hatiku disiat2. Jantungku macam nak meletup! Aku mahu nangis semahu-mahunya. Tapi air mataku setitik tidak keluar!

Suami memelukku erat walaupun aku meronta2 menepis. “Dengar sini sayang, demi Allah saya dah sedar. Saya minta maaf, saya sayang awak. Saya memang dah block semuanya. Sebab tu saya mintak awak layan saya baik2.

Awak selalu tolak keinginan saya. Tapi saya tahu saya tak boleh bagi alasan ni. Saya salah. Saya minta maaf,” dalam beliau cuba salahkan aku, beliau minta maaf berulang kali.

Betul, aku isteri yang sering mengabaikan suami. Aku dah la tak cantik mana. Obese & tak pandai masak. Pastu tunaikan hak suami 2-3x seminggu je dengan alasan penat.

Aku sedar aku yang salah dalam hal ni. Tapi.. tetap aku nak cakap.. sampainya hati beliau buat aku macam ni! Allahuakbar!

Suami hampir perfect 10 sebagai suami & ayah. Semua tanggungjawab tak pernah abai. Akulah yang salah, terlalu selesa disayangi & dimanja.

Bila aku penat & suami merajuk, aku pujuk tak bersungguh. Aku rasa suami akan ok. Rupanya syaitan sedang menjalankan kerja!

Suami minta aku tak bertanya lagi hal betina itu. Dia mahu melupakan.

Dia juga tak mahu aku terus menerus terluka kalau aku minta jawapan perkara2 yang telah berlaku. Dia mahu move on. Dia mahu aku juga move on. Dia mahu kami sama2 baiki peranan sebagai suami & isteri.

Aku cuba positive. Ujian ini tarbiah buat aku. Aku lalai pada suami, aku lalai pada Allah.

Tapi sejak kantoi ni aku tak boleh tidur malam. Aku ligat menyelongkar waze & maps suamiku. Aku dapat agak berapa banyak kali dia keluar dengan betina tu.

Dan aku ingat semua alasan2 beliau keluar hujung minggu – pergi dengan kawan itu, kawan ini, pergi sana, pergi sini . Allah. Aku hanya mengecewakan hati aku sendiri.

Bila masuk kereta, hati aku macam kena tikam2 terbayang betina tu duduk kat tempat aku. Entah dia meraba peha suamiku? Atau lebih? Allah…

Aku nak tanya,

Perlukah aku terus menyelongkar?

Bolehkah aku percaya kata2 suami yang dia takkan curang lagi?

Luaranku seperti sudah ok, suamiku juga cuba sedaya upaya berlagak seperti biasa. Tapi dalam hatiku tak tenang seperti dulu. Inilah balasan untukku, ketenangan fikiran yang Allah bagi selama ni, Allah dah tarik!

Beberapa hari ni aku rasa cukup tertekan. Berjalan seperti mahu terjelepuk ke lantai. Lemah selemah2nya.

Aku tak sangka aku termasuk golongan isteri yang dicurangi. Baru 8 tahun kahwin. Baru 2 orang anak yang belum pun sekolah. Rasa macam mimpi…. sedihnya.. sakitnya.. Allahhh… sakit sangat korang…

Aku tidak tahu mcm mana suamiku meneruskan hidup…

Aku nak tanya, adakah lelaki memang mudah move on selepas bertindak (putus hubungan dengan penyondol, block & kemudian kantoi dengan isteri)? Adakah semudah itu? Bolehkah mereka hidup seperti tak ada apa yang berlaku?

Aku teramat sayangkan suami.

Aku berdoa semoga Allah kuatkan ikatan kasih sayang kami sampai syurga.

Aku berdoa tak ada lagi orang mengganggu rumah tangga kami.

Aku berdoa agar aku menjadi isteri yang sempurna di mata & hati suami.

Aku berdoa agar aku kuat & mendapat kembali ketenangan hidup.

Doakan aku please.

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *