Sang Isteri II

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan confession aku. Terima kasih kepada readers sebab sudi membaca. Ini adalah sambungan daripada confession yang terdahulu ‘Sang Isteri’

Ramai yang komen tertanya-tanya dengan soalan yang sama. Ini aku ada terangkan serba sedikit ya.

1. Terpikat sebab suara ketika menjadi imam? Cukupkah itu sebagai kayu pengukur untuk dijadikan suami?

Bukanlah berlandaskan itu semata-mata. Aku memilih jodohku pada suatu masa dahulu yang utama adalah yang menjaga solatnya. Menjaga tutur katanya dan tidak merokok. Ya, semua ciri ada padanya. Tetapi setelah aku berkahwin aku tak menyangka, bila azan berkumandang dia masih lagi duduk sehingga tunggu habis azan baru pergi mandi. Mandinya lama, mengalahkan aku. Kalau waktu maghrib, dipenghujung waktu baru dia solat. Dan pakaian solatnya tidak harus tercemar dengan apa sekalipun. Dia tak akan duduk di lantai dengan pakaian solatnya. Makanya, pakaian solatnya itu seolah alas an untuk dia tidak melakukan sebarang kerja kerana takut tercemar. Aku tahu kepentingan kita menjaga kebersihan pakaian solat tapi takkan sampai ke tahap itu sekali.

2. Kan dah pergi jumpa keluarga, takkan tak dapat menilai kebersihan keluarganya macam mana?

Kali pertama aku pergi ke rumahnya memang bersih. Semua tersusun cantik. Sehinggalah aku menjadi menantu, aku betul betul tertekan. Beli barang basah untuk masak seperti ikan atau ayam, hanya akan terletak di depan pintu. Hanya akan ambil bila nak masak nanti. Kalau petang nak masak, petanglah akan diambilnya. Kalau esok pagi nak masak, esok pagilah ayam tu duduk di pintu. Keluarga suamiku ini jenis yang makan beramai-ramai di lantai. Itu aku boleh terima. Yang aku tak boleh terima lepas makan semua bangun. Baki lauk, nasi semua ditinggalkan tak bertutup. Pinggan letak dekat sinki. Tak muat di sinki, letaklah bawah sinki. Jika masih tak muat, sebelah sinki. Semua penuh dengan pinggan mangkuk kotor. Dapur masak tak pernah berlap. Bila daki dah menebal, beli sahaja baru. Bukan aku tidak pernah menolong, tetapi apalah dayaku kalau aku sorang yang berkemas dan yang beramai-ramai tidak menjaganya. Aku kemas, korang sepah. Adik beradik suamiku ramai lelaki. Mereka semua tidur di depan tv. Alas tidur, bantal selimut tidak pernah berkemas. Dengan alasan, malam nanti kan mahu ditidurkan disitu lagi. Mengapa mahu dikemaskan?

Aku bukanlah terlalu cerewet. Tapi tak seharusnya kita hidup dalam keadaan kotor macam ni. Pernah ibu mertua aku nak bersihkan najis anak aku. Die hanya siram di lantai dapur. Lantai yang menjadi tempat lalu lalang. Aku naik angin sebab itu najis! Aku suruh suamiku tegur kelakuan ibunya. Tetapi suamiku hanya diam, tidah tahu bagaimana harus menegur orang tuanya sendiri.

Masuk tahun keempat perkahwinanku ini, aku Nampak suamiku ada perubahan. Walaupun tak banyak, tetapi masih ada. Itupun setelah berapa banyak kali aku menjadi hantu sebab melihat perangai dia. Mungkin dia jadi begitu sebab acuannya memang sebegitu. Aku ada cuba kemas rumah mertuaku setiap kali balik kampong, tetapi ibu mertuaku tidak berapa suka aku mengubah cara mereka. Aku pernah dengar sendiri dia cakap ‘best boleh lempar-lempar sampah dari pintu’ Sedangkan aku, sampah mestilah dikumpulkan dalam satu plastik dan dibuang di suatu tempat. Lagi satu, mertuaku tidak pernah menyapu rumahnya. Aku cari penyapu tak pernah jumpa. Sebab mereka jenis yang pakai selipar dalam rumah, jadi kenapa nak susahkan diri untuk menyapu. Kalau nak duduk, dia ada sediakan bangku-bangku kecil yang cukup-cukup untuk punggung. Kalau diikutkan aku memang tak selesa bila berada di kampungnya. Aku selalu mengelak untuk pulang ke kampong. Ini juga punca pergaduhan sering terjadi.

Apa nak buat, dah nasib badan….

Korang doakan aku kuat dan suamiku aku senang untuk diubah ya!

– WANI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *