Assalamualaikum. Saya terpanggil nak confess lepas baca confession “Antara keluarga dan suami, aku pilih suami” (https://iiumc.com/antara-keluarga-dan-suami-aku-pilih-suami/). Confession ini agak panjang. So, hold on to your seat ye, hehe.
Jalan cerita confessor tak sama 100 peratus macam cerita family saya, but I can relate. Main point kita sama”Toxic Family”.
Sebab pilih untuk terus hidup dalam environment dan family macam tu lah, kesihatan mak saya merosot, ayah berlaku curang pada mak dan kami adik beradik terpaksa hidup berdikari sendiri.
So, mak saya seorang anak perempuan sulung yang ditinggalkan ayahnya sedari umur belasan tahun. Arwah nenek saya pegang title ibu tunggal atas tiket gantung tak bertali selama berpuluh tahun, sehingga ke akhir hayat beliau.
Disebabkan kasihan melihat arwah nenek terpaksa menggalas semua tanggungjawab sendiri, mak saya memilih untuk membantu nenek menggalas tanggungjawab itu bersama. Yelah, orang dulu dulu, mana tau pasal turun naik mahkamah, tuntutan fasakh, nafkah dan sebagainya.
Jadi bila kena tinggal, terpaksa teruskan hidup sendiri dengan anak2. Adik beradik mak saya 8 orang semuanya, 2 orang je perempuan. Tapi seingat saya, semua adik beradik mak, bergantung solely pada mak saya dari kecik sampailah dah kahwin, dah beranak pinak.
Cut the story short, adik beradik mak saya ni terlalu bergantung pada mak saya sampaikan nak kahwin, mak saya tanggung, nak beli kereta, rumah, carik mak saya untuk down payment dan guarantor.
Bini nak beranak pun mak saya sponsor. Anak dah lahir, nak masuk sekolah pun mak saya tanggung.
Bayangkanlah. Bila mak saya taknak tanggung, mulalah diorang mengamuk, maki hamun sampai tahap pernah nak parang mak saya.
Oh ya, mak saya memang dikurniakan rezeki yang baik, dia bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah multinational company.
Walaupun hidup susah lepas ‘kehilangan’ atok saya, mak tetap dapat melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Mak sorang je dalam family dia yang berpeluang ke universiti. So memang dia punya pendapatan yang agak lumayan antara adik beradik yang lain.
Disebabkan keluarga kami dan keluarga adik beradik mak tinggal di daerah yang sama, setiap hujung minggu mesti ada adegan “tumpangkan anak kejap boleh”.
Itu belum lagi diorang buat sesi terjah “masak apa tengahari ni? Aku malas masaklah, makan sini jelah”. Setiap weekend ye, without miss. Keluarga belah ayah saya tinggal di selatan tanah air. Agak jauh. Jadi jarang mereka datang bertandang ke rumah kami.
Lagipun keluarga belah ayah tak ambik tau sangat hal kami. Ayah saya bekerja sebagai seorang engineer di syarikat oil and gas dan memang dia jarang ada dirumah, kerap outstation, kadang naik ke pelantar sampai berminggu minggu.
Pada mulanya, masa arwah nenek masih ada, oh arwah nenek tinggal bersama kami sedari awal perkahwinan mak dan ayah, ayah saya memang tak kisah adik beradik mak datang ke rumah, makan minum dirumah kami. Sebab ada nenek. So ayah paham.
Tapi lepas nenek meninggal, mereka masih kacau privasi kami sekeluarga, benda tu agak annoying sebenarnya. Saya sebagai anak ni pun rasa menyampah dan terganggu dengan kehadiran adik beradik mak bukan saja pada setiap hujung minggu, tapi boleh dikatakan hampir setiap hari.
Apatah lagi ayah saya yang kadang baru je sampai rumah dari outstation dah kena hadap adik beradik mak yang bertungku, bertangga kat rumah kami.
Dari breakfast sampai dinner lah waktu diorang duduk kat rumah kami tu. Belum part, anak balik sekolah diorang tumpangkan kat rumah kami jugak. Sebabnya? Kami ada bibik harian.
Senang katanya. Bibik pun naik muak melayan kerenah diorang yang lebih sudu dari kuah. Mak saya pulak jenis yang terlalu sayangkan adik beradik dia. She doesn’t know how to say no kat siblings dia walaupun masing2 memang sentiasa mempergunakan mak saya.
Seingat saya, isu isu macamni lah yang kerap kali buat mak dan ayah bergaduh teruk. Ya, another level of toxicity lagi dalam keluarga kami.
Ibubapa bergaduh depan anak2 dengan mengeluarkan kata2 kesat dan tindakan terjerit2 dan menengking2. It is so not a good environment to raise your kids.
Bila mula meningkat remaja, saya dapat tau ayah curang dibelakang mak. Saya yang mula terbaca text dan terjumpa resit shopping ayah di butik2 mahal barangan wanita. Tapi takde pulak ayah hadiahkan benda2 tu semua pada mak.
Tahulah saya, ayah ada perempuan lain. Saya rahsiakan dari mak dan saya perhatikan saja gerak geri ayah. Satu hari terkantoi juga dengan mak.
Pada mulanya saya memang salahkan ayah kerana berlaku curang. Rasa macam ayah tak fikirkan keluarga langsung masa berbuat perkara2 tu semua.
Tapi bila makin dewasa, saya makin faham. Benda ni terjadi, Ada kaitannya juga dengan sikap mak dan adik beradiknya yang toxic.
Saya marah sebab mak sanggup mempertaruhkan kebahagiaan rumahtangga dia demi adik beradik yang tak mengenang budi dan selalu menyusahkan tu.
Dahlah tu, adik beradik mak semua sangat suka jadi batu api setiap kali mak dan ayah bergaduh. Mak pun satu, semua benda nak kena cerita kat adik beradik dia. Mungkin ayah terasa tercabar egonya sebagai suami dengan situasi itu.
Privacy dan quality time antara ayah dan mak pun selalu terganggu. Kalau kami pergi vacation pun, ada adik beradik mak akan ikut ye. Bukan setakat ikut, menempel sekali tidur sebilik dengan keluarga kami. Nak ikut tu tak salah, tapi ambiklah bilik sendiri. Keluarlah duit sendiri.
Ni tak, selagi mak dengan ayah tak sponsor bilik lain, diorang buatlah muka tak malu tidor sekali berhimpit2 dengan kami dalam bilik tu. Faham tak kenapa ayah jadi macamtu?
Ayah dan mak takde peluang untuk bersama sama spent quality time macam suami isteri lain. Mak 24/7 hidupnya berkisar mengenai adik beradik dia sahaja.
Makin saya dewasa, makin saya meluat dengan adik beradik mak yang tak habis2 jadi parasit dalam keluarga kami. Sampailah satu hari, mak jatuh sakit, terlantar dan terpaksa berhenti kerja dengan serta merta atas faktor kesihatan. Mak kehilangan sumber pendapatan.
Adik beradik mak? Sorang pun tak nampak batang hidung. Jangankan tanya khabar, mak call diorang pun, diorang reject. Yelah, orang dah takde guna lagi kan. Nak buat apa berbaik2.
Nama nak menjenguk mak memang lambettt lagi lah. Mak sampai depression, dengan keadaan kesihatan dia, ayah curang dan dibuang adik beradik tanpa sebab. Dan disebabkan itu jugalah kesihatan mak merosot teruk sampai mak meninggal dunia.
Bila mak meninggal, wah bukan main sorang2 terpacul depan pintu, sibuk tanya pasal pengurusan harta pusaka mak. Wah, masa mak hidup pun kau kikis, mak dah meninggal pun kau nak sebat lagi ye.
Kali ni memang saya tak bagi muka. Ayah bukan tak pernah tegur adik beradik mak, tapi dulu masa mak ada, setiap kali ayah tegur dan pertahankan mak dari dipergunakan adik beradik dia, mak tak boleh terima. Mak mesti bergaduh besar dengan ayah.
Katanya, hal adik beradik dia jangan masuk campur. Bagi saya, itu silap terbesar mak. Saya sendiri pun sebagai anak dah berbuih mulut tegur sikap adik beradik mak yang memperlakukan mak macam tu, sama juga saya pun dimarahi mak.
Tapi lepas mak meninggal, saya tak bagi muka. Mereka ada juga datang, minta tolong itu ini dari ayah. Mintak pinjam duit lah, mintak langsaikan loan dengan bank lah, and the list goes on.
Tapi awal2 saya dah warning, maaf kami dah takde apa2 urusan dengan kalian lagi. Cukup sekadar ikatan silaturrahim. Lebih lebih kami tak boleh tolong. Ya, saya memang seorang yang tegas dan dibenci pakcik makcik. Hahaha.
Saya jadi macamni sebab saya benci lihat mak saya ditindas sampai memakan diri dan keluarga dia. Saya penat hidup dalam keluarga yang tak bahagia disebabkan orang sekeliling yang tak faham bahasa.
Saya penat tengok mak ayah saya bergaduh sebab orang orang yang selfish dan ignorant ni. Sebab tu saya jadi begini.
Dan sekarang saya memilih untuk berjumpa mereka pada hari raya, kenduri kendara dan majlis2 keraian sahaja. Lain2, maaf, sistur tak koser nak ambik port. Tanya2 khabar gitu jelah. Sebab diorang ni pun suka bergosip. Semua orang tak kena dimata diorang.
Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang maksum. Saya cepat panas dengar gosip2 fitnah ni. Daripada saya terlepas mulut puaka, baiklah saya jauhkan diri.
Saya juga sekarang dah selamat berumahtangga dan punya keluarga sendiri. Adik beradik saya, alhamdulillah ok. Mereka faham batas mereka mungkin sebab dah nampak apa yang jadi pada keluarga kami. Jadi mereka faham akan privacy dan boundaries dalam keluarga kami.
Tapi ipar duai belah suami pula, ada yang saya nampak dah ada bunga2 nak jadi macam keluarga saya ni. And saya terpaksa berkata dengan tegas pada suami, maaf saya tak boleh bertolak ansur dengan perkara ini.
Alhamdulillah suami faham dan hormat akan keputusan saya. Mana tidaknya, panjang lebar saya yang explain pasal family saya, hahaha.
Dan sekarang, saya juga memilih untuk terus membahagiakan suami dan keluarga kecil saya. Keluarga besar yang punya pelbagai ragam dan toxicity, saya cuba elakkan.
Bak kata pepatah Melayu, jauh bau bunga, dekat bau tahi. Jadi saya cuba elakkan terhidu bau tahi tu dengan cara sembur air purifier banyak2 sebagai langkah pencegahan. Hehe.
Pada semua yang punya keluarga toksik, tolonglah speak up for your rights. Tolonglah fikirkan diri awak sendiri dulu. Fikirkan keluarga kecil awak dulu. Jangan korbankan kebahagiaan keluarga kecil kita untuk mereka2 yang takkan pernah mengenang budi ni.
Percayalah spesis parasit ni, memang takkan sedar diri. Kita buatlah apa pun. Kesiankan diri awak dan keluarga awak dulu. Diaorang dah dewasa, pandai2lah nak hidup. Hati mau kental sikit beb. Learn on how to say no. Jangan biarkan diri terus dibuli.
Assalamualaikum.
– Nurtizen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terima kasih