Aku Yang Keliru

Terima kasih admin, aku harap confession aku ini dapat di approve. Kerana aku sangat2 perlukan doa dan support korang.

Kepada semua pembaca page ini, aku sangat2 perlukan pendapat, sokongan dan cadangan dari korang.

Semakin lama aku pendam masalah aku ini, aku rasa aku semakin tidak kuat. Aku penat.

Sebelum tu, aku ingin mohon maaf kalau ayat aku tidak tersusun.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Z dan seorang lelaki. Umur biarlah rahsia.

Bekerja di sektor swasta ibu kota negara tanah airku. Seorang yang berpendapatan tinggi, ada darah campuran, dan seorang yang kuat di mata orang.

Masalah yang aku hadapi daripada kecil adalah masalah suka sesama jenis. Jujur aku katakan, naluri ini wujud sejak dari lahir lagi.

Macam mana aku boleh tahu? Aku lebih tertarik dengan lelaki dan tidak ada peristiwa hitam yang menyebabkan aku mempunyai naluri suka sejenis.

Orang luar tidak akan tahu masalah aku ini, bahkan keluarga aku sendiri. Ini kerana aku pandai menyimpan rahsia, dan susuk badan aku, perlakuan aku, memang macam seorang lelaki yang normal.

Dan aku memang sangat rajin, boleh buat kerja lelaki dan perempuan. Kalau orang tengok aku, macam lelaki ‘PERFECT’.

Aku juga pernah membawa perempuan ke rumah untuk menjadi kan calon menantu untuk ibu ku. Tetapi akhirnya tidak terjadi kerana aku memutuskan hubungan itu.

Aku rasa sangat bersalah kerana telah mempermainkan perasaan wanita itu.

Dia menangis, sampai menangis tidak keluar air mata. Sampai ke hari ni, dia tidak tahu mengapa aku menolak cintanya.

Teringat akan peristiwa itu, aku tidak mampu lagi untuk menipu seorang wanita sehingga hari ini.

Dan karma itu benar, aku sendiri yang alaminya di mana, aku terjatuh hati dekat beberapa kawan ku yang mana aku hanya mampu menyimpan perasaan itu sendiri.

Peritnya lagi, bila ko selalu buat kerja bersama dan tidak dapat meluahkan perasaan kepada dia. Peritnya rindu tidak berpenghujung. Sakitnya cinta yang tidak boleh diluahkan

Ya Allah tolong aku.

Bagusnya aku ini, aku jenis cepat move-on, sudah banyak kali aku move-on, tapi lama kelamaan aku rasa benda ini tidak patut berulang, kerana tempoh untuk move-on sangat2 menyakitkan dan aku penat.

Aku tidak mampu tanggung lagi. Yang mana pada masa ini, aku sedang alaminya dan berharap korang doakan aku, dapat terus berjuang dengan dugaan ini.

Masalah yang paling susah sekarang ni untuk move-on, aku bekerja bersamanya. Nak tak nak, tidak boleh elak daripada berjumpa atau whatsapp. Ya Allah, penat nya aku. Tolong aku Ya Allah.

Macam2 telah aku buat.

1. Jangan tinggal sembahyang, solat sunat, baca Al-Quran dan sebagainya.

2. Luangkan masa dengan sahabat2, family, perniagaan kecil2 lan dan sebagainya.

3. Pergi kaunseling? Tidak, ada cerita negatif yang aku tahu selepas pergi kaunseling menjadi lebih teruk, dan aku tidak berani.

Aku tidak kuat Ya Allah.

Dalam fikiranku, aku ingin berfamily, di kasihi sebagai seorang suami dan ayah. Tetapi apakan daya.
Aku tidak mampu Ya ALLAH.

Setiap hari aku menangis di sejadah ya Allah. Aku tidak kuat, sehinggakan aku masih menangis semasa menulis surat ini.

Pada masa ini, aku jarang keluar dengan wanita kerana, mereka mudah jatuh hati dengan ku. Aku pun tak tau mengapa, mungkin kerana aku yang senang mesra dengan mereka.

Sebabkan aku mempunyai masalah ini, aku kerap membaca perihal rumah tangga, boyfriend, girlfriend, LGBT dan sebagainya.

Mengapa? Sebab aku fikir aku kena bersedia.

Sehinggakan, aku telah fikir macam mana nak hidup, semasa hari tua nanti, jika aku tidak berkahwin.

Kalau ikutkan hukum, aku adalah seorang yang haram untuk berkahwin kerana aku tidak mempu
memberi nafkah batin.

Aku telah berusaha untuk berubah, sejak betahun yang lalu, tapi aku menemu jalan yang buntu.

Bahkan, aku telah mempermainkan ramai perasaan perempuan di luar sana, sehingga ada yang sanggup tunggu bertahun untuk berkahwin dengan ku.

Mungkin pilihan terakhir aku,

Kalau ada wanita di luar sana yang sanggup berkahwin dengan aku tanpa perlu nafkah batin. Boleh hubungi aku. Nak anak? Mungkin boleh guna rawatan IVF.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Aku akan baca komen2 korang di bawah ye.

Yang benar,

Insan yang keliru

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *