Sangka Baik dan Jangan Putus Asa

Perkongsian ini khas buat rakan-rakan, supaya kita memahami dan sentiasa bersangka baik dengan apa yang dicaturkan oleh Allah ke atas kita. Tahun 2017, 16 Mei..genap usia aku 29 tahun..seronok sangat rasa baru-baru ni kawan mai bilik buat suprise. Since hari ni office hour sampai pukul 3.30 ptg je, so sambil rehat-rehat minda keletihan mencanai idea untuk menulis paper, aku decide untuk tulis sikit confession..apa yang aku lalui dari 2011 sampai 2017.

Mengimbau semula kenangan tahun 2011, memang waktu tu musim tanam anggur. Rata-rata kawan seangkatan aku sambung belajar. Aku pulak, ke hulu ke hilir cari kerja dan akhirnya aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat jurutera perundingan swasta di Muar. Waktu mula kerja, gaji memang la ciput..RM1500..biasa pagi sebelum aku pi keje, ak hantar mak aku ke skolah tempat die mengajar..Sungguh sakit hati ni..ad juga suara sumbang mambang “Berapa je la gaji kalau keje kat bandar kecik ni, pompuan kalau amek civil payah nak cari makan”..memang terguris la hati ku walaupun wajahku tampak seperti gangster ropol-ropol.

Dalam tempoh 2 tahun setengah aku bekerja, macam-macam perangai orang aku jumpa..paling ingat “kawan makan kawan”..bila kenang balik mmg sakit hati..nak dijadikan cerita, aku bantu satu hamba Allah ni utk bekerja kat company aku keje ni..mula-mula memang baik, sopan, pijak semut x mati…sampaila satu hari kawan aku tegur.. Ah Chong (Bukan nama sbenar) “Bedah (juga bukan nama sebenar) dari tadi saya nampak kamu main fb, senang hati nampak? tak buat kerje ke???” Bedah pon jawap “ni hah, tanye dengan Kak Rapieh (bukan name aku yang sebenar) dia yang x beri!!” terkejut beruk jugak.

Berani sungguh budak yang aku train jd draftperson ni buat tuduhan melulu sembrono kat aku..jd, 2 tahun tu memang agak makan hati..bile kerje drafting design dan sekali jamak kerje draftperson pun aku terpakse buat sebab orang yang aku cadangkan bekerja ni dah gagal menerima arahan..sampai ad satu masa terpakse OT..waktu tu projek memang masyuk..tapi gaji ak pon x gerak sgt..waktu tu dalam RM1800..senang cakap, bini bos tak berapa suka aku..sampai mileage claim pon dia potong suka suki dia..sabar je la…sebab dah tak tahan sgt..aku akhirnya nekad join interview dan ditawarkan bekerja di IPT tempatan.

Teringat waktu nak berhenti kerja kat company lama, muka bos cuak sebab aku dah x boleh tahan ap yang diorg buat kat aku..waktu tu, gaji dari RM1800 bos aku terus naikkan ke RM2500..so merasala aku dapat RM2500 selama 2 bulan..tu pon kawan satu pejabat iri hati.

Lepas aku pindah ke IPT, aku kerja kat satu tempat..kira kalau kat sini macam antara tempat yang agak famous la gitu..waktu ni la aku kenal perangai orang luar dalam..dan jangan terkejut..apa yang kita buat dan disuruh buat tu semuanya untuk KPI dan achievement orang lain..Waktu mula bekerja, first task aku adalah untuk set up engagement dengan officer kat Australia..sebab waktu ni institusi aku nak tubuhkan satu centre untuk membangunkan bisnes ape jadah ntah aku x paham. Jadi nak diringkaskan, officer yang mengurus tu aku…tapi yang pergi orang lain..senang kata kene guna pakaila sebab kau ada bakat (urut dada, sabar..sabar)

Mula-mula tak perasan. Tapi lama kelamaan baru perasan..dengan meeting si polan ni aku yang ganti, bende die patut pergi untuk represent unit/ department aku yang ganti..panjang sgt bab kene guna pakai ni sampai satu masa tu ak terinvolve dengan penyelidikan dan waktu ini baru aku tahu ragam orang..macam-macam..senang kata..kau tak boleh cerita semua..nak ditakdirkan institusi aku waktu ni dalam proses mengurangkan staf kontrak bagi tujuan untuk menjimatkan kos operasi..agak meroyan juga waktu tu..berhenti on the spot..

Takde notice smue, surat perlantikan untuk mohon sambung jawatan yang aku berikan pd kawan yang aku percaya untuk diproses pon die buat macam bola tampar, senang kata, dia tak usaha pon…aku pulak siang malam kerje..orang balik rumah pukul 5.30..aku masuk balik kerja..buat proposal,proposal dan proposal..kadang bermalam kat library sampai pagi..apply geran..skali dpt geran, pergi bayar orang haram jadah mana ntah..memang kenang balik buat marah je…tapi harus percaya..ap yang jadi tu tak sia-sia..mungkin Allah nak jadikan kita lebih berhati-hati, lebih ikhlas dan inshaallah kita bertemu orang yang ikhlas sayangkan kita.

Teringat pesan kawan aku, si Diane “Apa yang jadi tu, orang yang kita marahkan tu, diorg tu smue kire perantara, kalau Allah x izin memang tak jadi..so maafkan dan teruskan hidup”..

Akhirnya lepas tamat kontrak tu, ak ad la buat sikit keje part time, meniaga, walaupun kene dengki khianat orang sailang niaga.duet simpanan kat TH pon terpakse kluarkan..waktu tu bank kejar..sebab dah lepas tarikh bayar kereta…dan akhirnya aku nekad sambung master…alhamdulillah, aku dapat penasihat yang baik..SV aku ni memang jenis tak berkira..aku memang ad satu masa takde duet langsung..nak mintak mak abah kat kampung serba salah..sebab diorg da pencen..berapa la sangat yang ada..nak buat lepas diri..untuk adik aku yang masih belajar lagi.

Teringat waktu jumpe SV aku last time …”Takpe Rapeah (memang bukan name sebenar aku) saya halalkan duet saya beri tu..” dan baru ni teringat SV aku nasihat “ada masalah, bagitau..jangan simpan” masalah tu memang ada..tapi aku percaya semua ada sebab..Allah tak datangkan semua ni dengan sia-sia..tapi sebab sakitnya di masa lalu..memang agak sukar nak bukak hati kat mana-mana orang..sebab takut dimanipulasi, takut patah hati, takut ditinggalkan.

Kemurungan dari tahun 2016 tu, kesannya sampai sem 1 aku berhuhuhu..padahal patutnya dah melaju meroket dgn literatur smue..aku pulak..sibuk niaga..cari duet saku..even sakit hati sebab tenguk benda lepas kita usahakan buat bayar org lain yang tak usaha ape pon di masa lalu..dan kita dilupakan bila masing-masing menjadi tamak.

Sebenarnya crite ni panjang lagi..tp aku habeskan sampai sini..alhamdulillah sekarang aku dah sem 2 da master aku..inshaallah boleh..walaupun bertatih…moga Allah sentiasa berikan kekuatan dan kesabaran kepada aku untuk maafkan orang masa lalu dan datangkan orang-orang yang ikhlas untuk berkawan dan sayang aku..cewahhh! So korang, Chin up and Don’t Give Up!! Allah sayangkan hambaNya yang sabar!!

– Ola Oli kuberi nama saudara saudari cikibom cikibom

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit