Untuk part I, (https://iiumc.com/sangkar/).
Assalamualaikum semua. Aku Hana (bukan nama sebenar). Ini adalah sambungan confession SANGKAR yang sebelum ni. Banyak feedback and comment yang aku dapat. Ade jugak yang comment pasal penulisan aku. Okey, kali ni penulisan aku, aku improvised sikit.
Let be honest, actually this was happened to me.
Dari confession sebelum ni, ade yang komen supaya kita MOVE ON dan keluar dari SANGKAR. Tapi it real hard bila faktor penarik kurang dari luaran. Faktor penarik dari dalaman pula semakin banyak.
Maksud aku, keluarga kurang bagi dorongan supaya kita keluar dari perkahwinan ni, dengan alasan husband aku tu sedang berubah jadi baik. Aku tak cerita yang dia ade amik dadah sebelum ni. Konon nak berubah jadi lebih baik? He is not. Dia tak berubah pon.
Solat masih culas, skip tanpa rasa bersalah. Kalau azan macam buat pekak je. Alasan dia, “aku lelaki kan, dosa aku tanggung sendiri”. Cuma dia dah tak amik dadah dah macam sebelum ni.
Faktor penarik dari dalam pulak is husband sendiri, which is dia kalau boleh everyday n everytime nak get attention dari aku. Call, Video Call, Wasap kat tempat kerja. Tak kira waktu walaupun kat tempat kerja aku, mengganggu aku. Aku rasa terganggu, Honestly.
Aku tak suka lelaki yang macam ni, pada aku dia merimaskan dan tak menghormati masa aku. Aku ade komitmen terhadap kerja dan diri sendiri. Aku kerja pon untuk support hidup sendiri. Dia jugak yang demand kalau boleh nak perempuan independence.
Sebenarnye bukan nak yang independence, sebenarye nak tumpang kemewahan bini. Aku tak kisah pon kalau kene kerja. Dia selalu tarik attention aku pon lepas dia nampak aku nak menjauhkan diri dari dia, sebab perangai dia and nampak aku memang nak tinggalkan dia.
Honestly aku tak boleh hidup dengan dia, aku rasa macam dalam toxic relationship. Dia solat tak cukup, skip skip solat, itu baru baru ni je bila aku tegur and bila aku bandingkan dia dengan orang lain baru dia nak tunjuk yang dia solat. Tahu pon tak suka and takut dibandingkan dengan orang lain.
Itu pon sekali sekala sangat solat. Solat jumaat tak pernah sekali, walaupon aku pernah tegur dia. Dia tak solat, dia merayau n ikut kawan dia yang jenis tak solat jugak. Dia ade amik dadah, tapi dia tak addicted. Dia kata dia amik benda tu cuma untuk fun fun je, untuk layan layan je. Bila ade orang ajak atau orang hulurkan dia tak pernah tolak tapi dia tak pernah amik dengan kerelaan sendiri.
Means dia tak pernah willing untuk cari or dapatkan bekalan dari mana-mana pihak. Cuma bila ada orang hulur dia akan amik, and layan, high sorang sorang. Itu ape yang dia cerita kat aku laa dan aku percaya.
Aku tak macam dia kerja pon tak tetap, baru kerja kejap dah berhenti, main tukar tukar and lompat lompat kerja. Alasan dia, “saya tak boleh bertahan lama kat satu satu tempat, cepat bosan. kalau cepat bosan saya buat perangai lah.” tu alasan dia.
Kalau bab nafkah pon berkira, bukan tak pernah bagi tapi berkira. Alasan dia, dia memang tak de duit. dah bagi family dia. Kalau nak tunggu dia bagi memang kebulur laa jawabnye, nak tanggung diri sendiri pon dia takde duit.
Sebabkan ihsan aku je aku support makan dia. Itu pon bukannya cukup sampai endmonth. Dia tak kesah, “dia kata kalau hidup dengan dia, kalau aku makan kau makan la, kalau aku tak makan kau tak makan laa”, macam tu.
Tapi lately ni aku rasa nak getback to my ex dulu, aku gelarkan dia Mr A, dia belum kahwin lagi. Dia memang bukan berduit sangat tapi dia budak baik, jauh lagi baik dari husband yang sekarang. Rasa macam nak contact dia balik.
Aku rasa dari aku bela and support laki aku yang sekarang lebih baik aku support n bagi makan, bela Mr A ni. Berbaloi lah jugak and aku suka dia. Cuma dia tak tahu aku dah kawin, perlu ke aku bagi tahu dia yang aku dah kawin sekarang? Sebab nak ke dia kat janda macam aku ni? Siapa nak gelaran janda kan?
Ade ke laki lain yang nak kat aku ni. Bujang lah terutamanya, sebab aku muda lagi, baru 26 tahun. Ade ke lelaki bujang yang nak kat aku, sebab takkan aku nak rampas laki orang atau jadi bini no 2 pulak. Dah jadi pengacau rumah tangga orang.
Dan kalau aku MOVE ON, go to someone better that wanna hold my hand, patutkah aku? Sebab memang ade pon someone better yang nak kat aku, cuma aku tak bagi tahu status aku sekarang, yang aku ni bini orang.
Aku dicop isteri derhaka ke? Sebab curang?
Sebab yelaa ade je orang cakap isteri yang baik adalah isteri yang jaga aib suami, sentiasa ada di sisi suami waktu susah dan senang, support dan bagi dorongan terhadap suami. Macam dalam cerita Adellea Sofea tu.
Dari confession sebelum ni, ade yang komen ‘lepas hujan ade pelangi’. Kalau pelangi tu terbentuk di hadapan aku, patut ke aku gapai pelangi tu?
Patut ke aku tinggalkan suami aku yang macam ni? And go to that someone better? Adakah aku dah berlaku curang? Did kifarah get to my turn?
Confessor are really in dilemma.
Sekian itu sahaja untuk hari ini..
Terima Kasih…
– Gadis Permata (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit