Santau Halang Kahwin

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Aku Emma, berumur 32 tahun. Maaf, aku ni jenis tak pandai confess panjang-panjang. Last aku menulis essay pun masa aku form 5. Harap korang faham apa yang aku nak ceritakan ini.

Straight to the point, aku ni teringin sangat nak tamatkan zaman bujang aku, tengok kawan-kawan semua dah kawin ada anak, hati aku akan berdetik, bila lah aku akan ada family seperti mereka.

Untuk pengetahuan korang, aku ni lebih 10 orang lelaki aku kenal dalam hidup, tapi semua tak jadi. Semuanya akan berlalu pergi, ada yang diam seribu bahasa, ada yang tetiba cakap,

“Maaf saya tak boleh nak teruskan hubungan kita.. bla… bla..” . Sampai aku terfikir, mereka ni dah kenapa, ada orang ugut bunuh ke kalau kawan dengan aku??

Hinggalah aku teringat balik ada seorang lelaki ni, Teringat hari terakhir berjumps sebelum kami berpisah.

“U ni cantik sangat, ramai orang sukakan u sebenarnya. Tapi i rasa u ni lain macam, u pernah pergi berubat tak? I tiadalah pandai sangat, tapi i dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan u”.

Walaupun dah hampir 5 tahun, aku masih ingat ayat itu. Walapun selepas dia aku berkawan dengan lelaki lelaki lain, tapi ayat itu aku ingat sampai bila. Dengan ayat itulah titik permulaan aku pergi berubat.

Empat tahun lepas, pertama kali aku jejak darulsayaifa, melangkah saja masuk, aku rasa pening dan nak muntah. Itulah, perasaan pertama aku. Sewaktu aku menanti giliran aku, aku dengar ustaz berubat pesakit sebelum aku, tekak aku rasa tak sedap nak muntah.

Mulanya aku ingat makanan yang aku makan sebelum aku pergi berubat itu yang membuatkan aku rasa nak muntah. Tiba giliran aku, ustaz bacakan Ayat Al-Quran, waktu tu aku memang muntah. Betul2 muntah.

Ustaz kata aku mungkin termakan benda kotor, kata ustaz, “jangan hanya ingat benda kotor yang saya katakan tu ada orang yang bagi awak makan, boleh jadi awak termakan makanan di kedai yang menggunakan pelaris, badan awak lemah dan awak senang terkena”.

So aku beranggapan aku ni terkena dari kedai yang ada pelaris. Masa ni aku pergi berubat setiap minggu, rasanya lebih 5 kali.

Dan ustaz juga pernah datang kerumah aku untuk block katanya. Waktu dekat rumah tu lagi dahsayaat aku muntah. Separuh plastik sampah warna biru tu muntah aku. Lepas dari tu badan aku jadi lemah.

Lama kemudian aku dah tak pergi darulsayaifa lagi sebab kawan yang temankan aku berubat dah kawin. Aku malas nak ajak kawan lain, sebab tak nak mereka tahu. Dalam masa yang sama aku kenal lelaki lain, aku register baituljannah, baitulmuslim.

Honestly ramai yang nak berkenalan dengan aku, tapi adalah 2,3 orang yang aku jumpa dekat luar, 1st time jumpa mereka mesti akan request untuk jumpa 2nd time. Tapi bila masuk yang ketiga keempat, hilang.

Ada juga yang aku sempat bercinta setahun. Waktu tu aku betul-betul rasa nak menangis sebab mampu bertahan sampai setahun. Tapi end up kami break up juga, puncanya dari aku.

Aku jadi nak marah, aku maki hamun ex-bf aku. Sampai akhirnya dia mengalah tinggalkan aku. Masa tu mak aku tepuk dahi, bila tahu aku maki hamun sebab benda yang kecil.

Selepas dari itu, mak aku rasa aku ni lain macam, mulalah detik mak aku ajak aku berubat di kampung. So, pergilah aku dengan mak aku jumpa seorang ustazah yang pandai berubat.

Ustazah ni dia tak ada lah 24jam kerja dia berubat. Dia pun tak ada lah famous sangat. Orang kampung sendiri pun ada yang tak tahu dia boleh berubat.

Masa dia tengok aku, dia cakap, “sayangnya, awak ni cantik, ramai orang suka, tapi terhalang” mak aku tanya lagi, apa yang terhalang tu.

So, dia mengadap aku dengan membaca surah alquran yang jelas ditelinga aku. Sebenarnya aku risau juga, kalau keluar ayat selain alquran aku memang keluar dari situ.

Tapi Alhamdulillah semuanya ayat alquran. Lepas tu dia sakit kepala dan nak muntah. Ustazah tu cakap, “Siapa ni yang garang sangat, awak ada ke berkawan dengan orang yang garang. Takut saya tengok dia ni.”

Dari situ aku dapat tangkap, seorang sahaja mamat psayacho yang aku pernah kenal, yang pernah pukul aku. Dia tanya aku lagi, siapa nama budak tu, aku bagitahu namanya.

Ustazah tu cakap, “dia ada bagi awak makan ni, tapi bila saya nak tengok macam mana dia bagi awak makan, dia marah saya. Tak bagi saya tengok” “awak ada keluar makan dengan dia ke?”

Aku cakap ya, memang aku kerap keluar makan dengan dia dulu. Ustazah tu tengok lagi, “dia memang tujukan untuk awak ni, kalau saya tengok, dia ni macam rebut awak dari orang lain. Dia buat supaya dia dapat awak”. Masa tu aku dah terkelu.

Ya, ustazah tu cakap betul. Cerita ni 8 tahun Lepas, mula-mula aku jejak kaki ke company aku yang sebelum ni.

Sebelum aku join company tu aku sudah ada bf. Aku dah kenal lelaki ni, family dia. Semua aku dah kenal. Mak dia pun selalu jemput aku ajak makan sama. Family dia baik sangat dengan aku.

So, kami decided nak bertunang. Lelaki ni adalah lelaki kedua dalam hidup aku selepas cinta monyet aku zaman sekolah. Hidup kami ok, dialah yang hantar aku pergi interview, dialah yang ulang alik jenguk aku waktu aku kena denggi.

Rumah dia pun dekat dengan rumah abang aku, dulu selepas habis belajar aku tinggal dengan abang aku sekejap, jadi kerani di ofis aku, sambil jaga anak dia.

Ok back to story, kami decide nak bertunang, tapi perasaan aku masa tu berkecamuk, yelah aku baru habis study, macam tak ready lagi nak berkahwin.

Lelaki tu pulak dah 3 series waktu tu, mestilah dia nak cepat-cepat kahwin. Tapi aku akur saja nak bertunang. Waktu yang sama aku dapat offer di company tersebut. Mahu tak happy, aku dapat kerja di company yang besar dan dalam bidang yang sama seperti aku belajar dulu.

Waktu tu aku di attached di satu branch di KL area. Dah aku pun terpaksa cari rumah sewa berdekatan dengan tempat kerja aku. Memandangkan jawatan aku adalah baru bagi company tersebut waktu itu, jadi kami selalu ada meeting di hq.

Di branch, tiada siapa yang boleh ajar aku dengan details sebab jawatan tu baru dan mereka juga tidak familiar. Jadi waktu meeting di HQ, setiap wakil branch akan datang. Tapi malangnya di KL hanya ada 4 orang sahaja senior, dan dalam region aku, seorang sahaja yang ada.

Jadi aku banyak refer kepadanya. Seorang lelaki yang garang. Awal perkenalan kami dia nampak baik, aku pula waktu tu dalam proses nak bertunang.

Sebabkan aku selalu refer kepada dia, dia pun masih single, kami jadi kawan baik. Secara tak langsung aku bercerita kepadanya yang aku akan bertunang tak lama lagi.

Tapi hati aku macam tak yakin. Ye aku tak ready nk bertunang sebab aku masih muda dan lagi satu ex bf aku tu sebenarnya dia tak suka sangat aku bertudung.

Tbh, masa aku mula kawan dengan dia aku ni agak sexy sikit, baju aku ketat, tudung entah kemana. Biasalah budak baru nak kenal dunia.

Jadi keadaan jadi rumit bila aku join company tu dan bos aku seorang yang alim. Ada etika pemakaian, setiap jumaat adakan bacaan yassin. Aku berubah ikut budaya kerja.

Slowly aku pakai tudung, baju kurung sentiasa bila ke ofis. Bila keluar dengan dia pun, aku pakai tudung dan blouse yang longgar.

Dia cakap dia rimas tengok aku macam tu. dia suka cara aku yang lama. Tapi mak dia suka aku yang baru yang dah bertudung. Sebabkan tu aku makin rimas dengan ex aku.

Jadi aku bercerita semua perihal ex aku kepada dia. Ye dia cucuk jarum, dengan ayat agama yang dia tuturkan aku jadi lebih dekat dengan dia.

Pertunangan aku dah hampir, mak ex aku dah belikan aku cincin, dah book homestay di kampung aku. Tunggu tarikh nak melamar je.

Waktu tu aku lari, aku menyorok, aku tak nak kawin. So, lelaki ni mainkan peranan. Di suruh aku block no ex aku, jangan jumpa, jangan turun kalau ex aku datang rumah.

Keluar hnya boleh dengan dia je, takut aku terserempak dengan ex aku. Dia juga tolong reply mesej ex aku, bagitahu jangan cari aku lagi.

Aku ni dah tak kerja disitu, dah pindah negeri lain. Sampailah ex aku mengalah. Mesej dia yang terakhir “I know u’re dating someone else now. U chose that man over me, wish u happy!”

Bodohkan aku, kalau tak dah lama aku ada family. Mungkin aku dah happy sekarang. Ok, hidup aku 3 bulan saja baik dengan lelaki tu. Caring, cakap sopan. Lama-lama dia dah pandai naik tangan.

Kalau meeting ada kawan-kawan laki tegur aku, balik nanti dia akan tengking aku, tampar aku, katanya aku tak pandai jaga diri.

Pernah bergaduh dengan dia sebabkan masa kami tengah borak-borak sambil jalan, tetiba ada lelaki belakang kami. Aku senyap, aku ni jenis tak suka borak kalau ada orang sekeliling aku, contohnya dalam lift. Aku akan pilih diam, malulah nak borak dalam lift atau sebelah2 ada orang.

So, dia anggap aku nak tarik perhatian laki dekat belakang kami. Mulalah mood dia berubah, dalam kereta saja dia pukul aku.

Dia cakap aku ni perempuan murah, tak pandai jaga diri. Pernah tolak aku keluar dari kereta waktu kereta tengah berjalan, pernah tolak aku dari escalator.

Pernah sepak aku dekat parking shopping mall, sampaikan ada guard yang follow kami dari jauh. So, dia nampak guard tu follow kami dia tarik aku balik.

Otw Balik rumah, muka aku lebam, kepala aku benjol. Pernah cekik aku sampai aku tak boleh bernafas. Alasan dia memang bodoh, aku tak pandai jaga diri.

Contohnya aku masuk toilet, tetiba selepas aku ada maknyah masuk toilet perempuan. Aku jugak yang kena pukul, sedangkan masa tu, aku tengah membuang, mana lah aku nampak siapa yang masuk selepas aku.

Cerita dalam meeting jangan cakap, aku boleh cakap dengan perempuan sahaja. Even bos aku tanya pun aku kena jawab point sahaja. Tak boleh jawab panjang2.

Alasan dia “Si tua tu pun ko nak tarik perhatian kan, perempuan apa lah ko ni, tak tahu jaga maruah langsung” aku pun jadi pening. Dalam telefon aku semua nama lelaki dia padam.

Baik kawan, even no Abang aku, cousin aku pun dia padam. Tapi bodoh tak bodoh aku, walaupun kena pukul sampai tak boleh jalan, aku masih tetap menanti dia call, rindu.

Housemate aku siap rayu menangis2, tolonglah putuskan hubungan korang. Kami ni nak kata bercinta tak jugak, sebab tak pernah pun cakap serious pasal hubungan kami. Aku sendiri pun tak tahu status apa.

Balik rumah housemate aku yang jadi mangsa aku tolong sapukan ubat, lap lebam. Tapi esoknya aku jumpa dia balik.

Bodoh gila hidup aku time tu. Memang aku ingat, apa yang dia suruh makan, aku kena makan. Even benda tu tak sedap. Kalau tak makan, tangan dia mulalah nak hinggap ke muka aku. Serious benda ni aku tak tipu.

Lebih kurang 4 bulan aku tahan kena pukul dengan dia, akhirnya aku bersayaukur sebab dia kembali ke ex gf dia masa study dulu. Tapi ex dia pun pernah cerita dekat aku yang dia pun sama kena pukul, kena tendang. Kereta dia waktu study dulu memang lelaki tu saja yang pakai.

Dia boleh ambil kereta tu bila nak balik kampung sahaja. Sewaktu di kolej, kereta tu dengan dia. Alasan dia pun sama, dia tuduh ex dia tak pandai jaga diri.

Waktu tu aku menangis teruk bila dpt tahu yang dia get back dengan ex gf dia. Bodohkan aku? Lepas dari kejadian tu, hidup aku sampai sekarang, tiada lelaki yang bertahan dengan aku, ada yang sebulan 2 kenal terus pergi tinggalkan aku.

Aku pun dah tak kerja company tu lagi walaupun aku sangat-sangat suka environment dekat situ, kawan-kawan yang baik. Bos yang baik. Sekarang aku di company yang lain, tapi masih dalam line yang sama.

Cerita aku berubat bukan dengan ustazah tersebut sahaja. Selepas itu aku pun pernah berubat dengan ustaz yang lain juga. Tapi ceritanya sama. Ada orang santau kamu, memang yang hantar ni niat dia tak nak bagi kamu kahwin. Benda tu ada dekat rahim kamu.

Aku berharap, tak lama nanti semuanya akan pulih. Sekarang sejak mco, baru beberapa kali berubat. Selebihnya aku hanya amalkan zikir dan ayat ruqyah.

Kalau kalian nak kecam zaman silam aku, dipersilakan. Aku tahu aku salah. Tapi tolong doakan aku supaya santau itu hilang dari dalam diri aku.

– Emma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam, saya sedih dengar cerita saudari.. Saya rasa macam dok cerita pasal saya.. Saya ‘terkena’ dgn sorang pompuan.. Sampai hari ni saya tak kawin2, umur pun dah 39 tahun.. jumpa perawat, dia cakap sama.. ‘sihir santau pemisah’… Keadaan saya skrg lagi teruk, sbb mulut dan hidung jadi berbau busuk sampai sukar saya nak komunikasi dgn orang.. Tuhan sahaja yang Tahu apa yang saya tempuh.. Paling dasyat, saya tak boleh duduk kat rumah, pasti sakit kalau balik rumah.. Saya hidup merempat di pondok orang.. Orang Siam pulak tu.. Saya dah tak tahu mcm mna nak buat.. nak kerja saya sakit, sedangkan hidup kita ni, hari2 perlu pakai duit.. Betapa seksa kehidupan saya.. Tapi saya bersyukur kerana Allah masih berikan nafas untuk hidup.. Sebelum ni dah hampir mati.. Itulah akibat dari ‘sihir’ yang membuat merana kehidupan saya sampai sekarang.. Apa pun tak tahu nak buat.. Saya berserah dan pasrah pada Allah.. Saya cuma berharap pompuan yang buat tu berTaubat kepada Allah.. Moga2 dosa terampuni kerana saya tak nak simpan dendam pada siapa2.. Skrg, saya dibenci oleh semua sahabat tanpa saya buat salah apa2 pun pada mereka, nak pergi berubat pun memerlukan wang ringgit.. mana saya nak cari dengan keadaan kesihatan saya yang makin teruk.. Kalau ada hamba Allah yang sudi membantu dan merawat alangkah baiknya…. Saya seakan2 patah semangat dalam semua hal.. Keluarga pun dah tak ambil berat.. Hidup terumbang ambing.. tak tahu la lepas ni apa lagi yang akan saya tempuh.. Doakan saya semoga Allah berikan kesembuhan.. Sekian.. Perkongsian saya ni bertujuan agar semua berhati2 dalam memilih kawan dan pasangan, bila dah jadi, dah tak guna dah.. Beringatlah sebelum terkena, cegah itu lebih baik dari merawat… Salam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *