Santau vs Tuberculosis

Pertama sekali terima kasih kepada admin kalau confession aku ini disiarkan.

Apa yang aku nak kongsikan ini berlaku pada keluarga aku sendiri. Aku pasti semua tahu apa itu santau kan? Ya,sejenis ilmu hitam . Dan Tuberkulosis adalah penyakit batuk kering(Tibi).
Ini cerita pasal Opah aku. Opah seorang yang baik , sayang akan anak cucu dia dan aku belajar solat dan baca al-quran dari dia .(Bukan itu sahaja, belajar Bahasa Arab,English masa sekolah rendah dulu pun dari dia). 10 tahun lepas aku pindah ke Selatan dan Opah duduk di Utara. Aku pun jarang la balik ke Utara. Balik pun setahun sekali .

2 tahun lepas, ayah bawa Opah tinggal bersama . Opah selalu batuk waktu malam . Ayah ingat , mungkin malam sejuk. Itu sebab batuk. Tapi,batuk itu berlarutan selama sebulan . Ayah bawa pergi klinik. Selepas beberapa minggu, Opah tetap batuk . Ayah mengambil keputusan untuk buat check up yang mendalam(Bagi kahak,XRay). Semasa menunggu keputusan klinik, Ayah bawa Opah berubat tradisional . Di satu kampung . Berubat dengan seorang Nenek. Dan Opah dikatakan kena santau . Opah pun ada cerita , masa dia minum satu kedai ,cawan tetiba pecah . Nenek tu ada buatkan air penawar dan tepung yang dicampur dengan air (macam buat cucur,bulat bulat) . Balik dari itu, kami pun buat lah apa yang Nenek tu suruh buat. Tepung tu digolek kan bahagian badan . Nak tahu apa yang terdapat dalam tepung tu? Hama hitam kecil kecil dan macam bulu kucing warna putih . Batuk Opah kurang sikit . Tapi , tetap batuk juga .

Selepas seminggu,kawan Ayah ada cadangkan untuk bawa Opah berubat di satu masjid tertua di kawasan sini . Ayah pun bawa Opah pergi situ .Dan orang yang mengubati Opah pun kata, Opah kena santau. Peparu Opah ada sarang.(Aku pun tak pasti,sarang macam mana.Mungkin benda benda santau ). Malam tu , dalam pukul 12 malam kawasan rumah di kacau bunyi something . Ayah kata bunyi pelesit . Aku tak pasti bunyi macam mana,sebab dah tidur mati masa tu . Ayah tengok keadaan Opah dalam bilik waktu tu,Opah ok . Tidur dengan nyenyak tanpa batuk . Ayah kata mungkin “benda” tu nak masuk rumah tak boleh . Sebab orang yang berubat Opah tu dah “pagar rumah” .

Minggu seterusnya,keputusan Opah daripada klinik keluar . Dan Opah disah menghidap penyakit Tuberkulosis (Tibi) . Waktu tu ,satu keluarga terkejut . Bukan sebab apa,penyakit ni sangat bahaya ,boleh menjangkit melalui udara bersin,batuk. Ini antara gejala tibi yang doctor kata,Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih,Kahak berdarah, Hilang selera makan. Dan Xray peparu Opah juga tak normal .Tapi, Opah hanya batuk melebihi dua minggu sahaja . Selera makan dan kahak ok je. Aku satu keluarga redha. Dan kami sekeluarga perlu buat check up juga,takut takut dijangkiti . Alhamdulillah,keluarga Aku seorang pun tidak dijangkiti.

Opah perlu menjalani rawatan ,iaitu setiap hari kena makan ubat di klinik selama 6 bulan . Dua minggu permulaan menjalani rawatan, Opah tak ada selera makan dan minum . Opah tak berupaya untuk bangun. Ayah mengambil keputusan untuk bawa ke hospital .Dan Opah di tahan wad selama sebulan . Opah perlu minum susu melalui tiub. Ubat Tibi tetap diteruskan . Selepas dua bulan , Opah meninggalkan kami sekeluarga . Sampai hari ini memori penceritaan Opah terpahat dalam ingatan Aku . Ini ringkasan sahaja .Tapi, Aku dan keluarga melalui penceritaan suka duka yang panjang bersama . Kehidupan bertukar serta merta .Sampai kan ada saudara mara yang menjauhi daripada keluarga aku ,takut menjangkit (That’s normal maybe) .

Aku saja kongsikan cerita ini . Sebab dalam hati aku tetap mengatakan Opah meninggal sebab kena santau .Bukan penyakit Tibi .(Walaupun,Aku tak pasti Kenapa dan Siapa yang santau Opah ) .Ya lah,Opah batuk depan aku,bersin depan aku .Tapi tiada jangkitan.Aku akur dengan keputusan hospital ,Walaupun lebih percaya keputusan perubatan tradisional . Korang kalau ada batuk lama lama tu,buat lah check up. Dan kalau rasa batuk tu lain macam,cubalah berubat Islam/Tradisional sebelum terlambat.

Akhir sekali,aku harap orang yang main santau ni kembali ke pangkal jalan lah. Kalau tak puas hati jangan lah menyantau orang . Jumpa dan terus terang .Manusia tak lari dari kesilapan.

– Cucu Opah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit