Sara Mata Sepet

Assalamualaikum saya Sara. Berdarah kacukan. Dilahir dan dibesar dgn adat melayu dan mengenali islam. Terima kasih admin jika disiarkan. Akhir-akhir ni banyak isu dan berita yg menimbulkan rasa tak senang duduk. Kata-kata yg menghiris hati dgn memain sentimen fizikal, bahasa dan agama.

Sedikit latar belakang. Ibu saya berkahwin dgn ayah saya yg melayu. Ibu berdarah cina tapi dibesarkan oleh keluarga melayu. Ibu tak boleh berbahasa cina apalagi mengenali agama dan budaya cina. Dia tidak pernah berjumpa ayah dan ibu kandung. Ibu kandungnya meninggal lepas lahirkan ibu saya dan ibu hanya bertemu ayah kandungnya selepas berkahwin dgn ayah. Itupun ayah saya yg bawa ibu berjumpa ayah kandungnya.

Ibu tak pernah merasakan ada pertalian dgn keluarga kandung. Selepas berkahwin. hidup ibu sebagai menantu keluarga melayu sangat menyedihkan. Ibu dihina dgn kata-kata kesat oleh nenek. “cina makan babi”walapun seumur hidup ibu tak pernah menyentuh daging itu. Ibu dihalau, diherdik. Atuk dan ayah saya tak mampu melindungi ibu daripada hinaan. Hidup ibu sentiasa berendam air mata. Ibu seolah membencikan darah yg mengalir di dalam badannya. Kami tidak dibenar mengaku berdarah kacukan. Ibu tak mahu kami dihina sebagaimana ibu dihina.

Ibu hantar kami semua adik beradik belajar agama islam. Kami kagum dgn ajaran islam yang menghormati ciptaan Allah. Islam tidak memandang warna kulit, latar belakang, bangsa dan keturunan. Allah hanya menilai ketakwaan hambaNya. Tetapi orang – orang yg bersikap seperti arwah nenek masih ramai. Membencikan seseorang hanya kerana latar belakangnya. Dan orang-orang ini beragama islam.

Saya beranggapan walaupun mereka beragama islam tetapi mereka tidak memahami agama mereka. Saya dilahir dan dibesar dalam budaya melayu islam. Tetapi diri saya hanya betul2 memilih islam sebagai agama saya semasa saya berumur 20 tahun. Sebelum ini, saya hanya ikut-ikutan dan masih belajar memahami. Saya belajar solat tetapi saya tak tau kenapa saya solat. Di mana Allah. Terlampau banyak soalan dalam kepala saya.

Ingat tak kidah bilal yg berkulit gelap dipandang hina oleh abu dzar. Kemudian abu dzar ditegur oleh rasulullah saw. Bilal yg dahulunya hamba. Kemudian duduk sebaris dgn para sahabat. Mulia bilal kerana memuliakan islam. Pada masa tu adalah sesuatu yg pelik bangsa dan keturunan hamba menjadi mulia dgn islam. Sehingga bangda hamba tidak ada beza dgn quraisy sebagai orang bangsawan pada masa itu.

Jika dilihat situasi hari ini. Walaupun negara kita telah merdeka lebih 60 tahun, tetapi jiwa, emosi, pemikiran kita masih dikongkong dgn penjajah. Islam sepatutnya telah memerdekakan perasaan kita, pemikiran kita daripada dikongkong oleh bangsa.

Bila orang islam telah menguasai parsi, saidina umar memanggil suraqah utk menggayakan baju raja parsi. Bagi mengotakan janji rasulullah saw kepada suraqah. Suraqah si arab padang pasir memakai baju kebesaran dan keagungan empayar raja parsi. Sesuatu yg tidak masuk akal. Kedudukan saidina umar waktu itu masih tidak membuat umar gelap mata atau mendabik dada. Kenapa? Kerana islam yg berada di hati saidina umar r.a.

Jadi mengapa rata-rata kita sombong, memandang hina, membenci orang keturunan, latarbelakang lain tanpa sebab. Jika dia buat salah. Ye kita mungkin ada sebab, tapi jika hanya kerana dia bermata sepet, atau dia berkulit gelap. Kenapa seorang yg mengaku islam boleh membencinya?

Nabi saw sendiri tidak memuliakan kaum quraisy. Panggilan “quraisy” dihentikan. Mesyuarat dan cakap2 perkumpulan quraisy dihentikan. Islam datang memecahkan tembok yg menjadi penghalang kepada umat-umat manusia. Kita menjadi adik beradik kerana kepercayaan kita kepada 2 baris kata sahaja. La ilaha illallah. Muhammad rasulullah.

Apa saja isu perkauman yg wujud hendaklah kita hadapi dgn baik. Jangan cetuskan provokasi dan hinaan. Kita ni bukan siapa2 pun. Walaupun saya ini kacukan, jiwa saya masih melayu islam kerana latar belakang saya. Itu tidak menyebabkan saya suka jika seseorang atau kumpulan boleh mengambil hak dan menindas orang atau kumpulan lain. Yg mana hak melayu islam tetap hak yg telah digariskan perundangan yg masih tetap perlu dihormati dan dipatuhi.

Itu juga tidak menyebabkan saya suka jika melayu islam boleh menghina orang lain. Level kita semua hanya lah berasal air mani. Jika air mani tu terbuang atas katil. Tak jadi pun kita manusia. Jika dimasukkan ke faraj perempuan. Tak mesti jadi jugak kita manusia. Kita jadi manusia kerana kehendak dan izin Allah. Kita ada hidung mancung ke hidung penyek ke. Hitam legam atau putih melepak. Tu semua kejadian yg Allah cipta. Jadi kenapa kita nak sombong? Kita semua hanyalah milik Allah.

Yang bermata sepet.

– Sara

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *