Satu Group, Rupanya Berpuak

Assalamualaikum semua. Jam 2.43 pagi terdetik untuk menulis ni sebab ternampak “trend” jangan dulu lelah dan antaranya tentang kawan yang dah tak berkawan lagi.

Memang saya betul-betul terasa. Kalau dulu jika terlihat video macam ni mesti saya akan sedih dan menangis. Sekarang tidak lagi. Nak kata redha pun takdelah sangat. Lebih kepada dah penat.

Aku ada kawan nama Humairah dan kami satu group besar. Group ni nak dekat 10 perempuan dan semuanya terdiri dari budak sekolah aku dulu.

Memang diakui aku ni agak awkward bila dengan mereka. Walaupun aku ni kuat bercakap tapi aku tak 100% selesa sebab perangai aku yang pelik ni mereka kadang-kadang tak boleh terima.

Ada beberapa yang aku memang selesa tapi aku paling rapat dengan Humairah. Dialah tempat aku mengadu. Kami satu matriks juga jadi memang aku senang dengan dia.

Memang masa matriks kami renggang sekejap sebab aku terlalu pantas berkawan dan tertinggalkan dia tapi lama-lama kami kembali rapat.

Humairah sangat istimewa buat aku. Dia seorang yang masuk air juga tapi tak suka orang sentuh dia. Jadi nak peluk ke pegang tangan macam kawan2 lain memang tak lah.

Tapi dia pernah peluk aku sekali iaitu masa dia dapat keputusan 4flat masa matriks. Dia pun terkejut boleh terpeluk aku. Aku memang bangga dengan dia.

Masa berlalu dan kami dah masuk universiti. Dia sambung belajar di luar negara tapi sukar untuk dihubungi tapi setiap kali dapat call aku gembira sangat. Bertukar cerita suka dan duka.

Aku banyak kali cakap kat dia. Aku akan ada untuk dia di masa suka dan duka. Aku takkan ada masa suka je macam mereka dalam group tu.

Memang aku perasan group kami tu ada puak sendiri. Yang duduk berdekatan ada bond mereka sendiri. Mereka selalu nak dengar gosip dari aku tapi time aku sedih selalunya mereka tiada.

Aku banyak bercerita tentang mereka pada si Humairah. Aku selalu fikir kenapa lah buat group tu kalau akhirnya aku akan selalu tersisih.

Mungkin mereka kasihan kan aku? Mungkin aku punya mulut ni teruk? Boleh jadi sebab masa aku muda memang aku banyak terlepas cakap dan tak perasan.

Group tu rapat juga dengan satu group lelaki dekat sekolah jadi bila ajak berjumpa mesti ada lelaki.

Nampak macam best tapi kadang-kadang aku kurang selesa sebab memang mereka akan down kan aku. Namapun dah rapat laki perempuan mestilah ada yang couple situ sini kan.

Bila dah habis uni, seorang demi seorang berkahwin dan pasangan pertama adalah pasangan sama sekolah. Memang semangat budak sekolah aku hampir semua datang merayakan.

Lepas beberapa tahun, aku punya turn untuk berkahwin.

Memang sebelum kahwin selalunya akan ada “bachelorrete party” (tak reti eja) tapi masa turn aku mereka dah bagitahu mereka tak nak buat untuk aku. Memang aku terasa walaupun mereka kata dengan nada melawak.

Sebelum dan semasa aku punya majlis semua okay je. Sakan bergambar acah rapat. Rosak album kahwin. Tapi lepas majlis aku, aku perasan mereka mula jauh termasuk lah Humairah.

Aku pernah ajak Humairah untuk jadi pengapit aku tapi dia tak nak. Takpelah takkan nak paksa pula kan.

Tapi lepas aku kahwin sorang lagi perempuan dalam group dengan budak lelaki sama sekolah kahwin sebulan selepas aku dan humairah boleh pula jadi pengapit. Memang aku terasa.

Lagi terasa sesiapa yang kahwin lepas aku elok je ada bachelorette party. Lagi geram langsung tak ajak aku. Aku tahu pun dari kawan sekolah lain.

Betullah sangkaan aku memang dorang ada group lain. Group yang anti kahwin dengan orang luar. Group yang duduk dekat lah senang cerita.

Aku ni kahwin dengan budak bukan sekolah aku. Memang aku perasan mereka tak nak layan suami aku sebab bukan budak sekolah sama. Sedih sangat sebab Humairah pun termasuk dalam puak tu.

Sekarang pun dah 3 tahun aku kahwin dan aku dah dipalau selama 3 tahun oleh si Humairah tu.

Setahun aku meminta tanya jawapan. Kalau aku salah memang aku okay je tapi tulah siap block aku lagi. Lama-lama aku dah faham. 

Orang kata biarlah mungkin dia nak jaga mental dia. Habis mental aku ni senang je dia hancurkan. Aku jadi tertekan sebab dia.

Dia yang nasihat kan suami aku untuk bagi keizinan untuk berjumpa dengan dia walaupun dah kahwin tapi akhir sekali dia yang tinggal aku.

Dia yang kata “perempuan bila dah kahwin mesti lupa kawan” tapi dia dan puak dia yang lupakan aku.

Sakitnya sebab dialah tempat aku mengadu hampir 10 tahun pusing-pusing mesti aku akan pergi dekat dia.

Aku sangat sedih sebab dulu dia dan aku rapat tapi rupanya dia lebih rapat dengan puak yang lain. Rupanya akulah yang syok sendiri layan call Humairah bila susah di luar negara dulu. 

Di instagram aku mute semua sebab aku tahu banyak alasan mereka tak ajak aku bila berkumpul meskipun satu group.

Aku pun dah selamat left group lepas 3 tahun cuba nak jaga hati tapi mereka tak pernah jaga hati aku.

Mereka tu ramai nak banding kan aku seorang. Mereka pun dah jadi mak orang langsung tak fikir jika benda macam ni jadi dekat anak mereka.

Aku sangat kecewa dengan Humairah dan kawan-kawan lain. Tapi tiba masa untuk aku sedar kalau mereka ikhlas berkawan dengan kita mereka akan tunjukkan effort.

Hanya sebab aku duduk jauh (sama negeri, lain daerah dan beza 40 minit saja) aku tak di jemput tapi bila ada kawan yang duduk lebih jauh tapi duduk dalam puak sama boleh pula di jemput.

Semoga aku jumpa kawan yang lebih menghargai aku, aamiin.

– Orang luar group (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *