Satu Hari 2 Kali Bun*h Diri

Hai semua. Aku Amy bukan nama sebenar. Ini cerita dari pengalaman aku..

Aku memang ada depression, anxiety dan personality disorder bukan disahkan oleh google atau sosial media tapi doktor pakar ya hampir 5 tahun.

Pernah masuk wad mental beberapa kali. Masih mengambil ubat untuk hidup secara normal dan boleh bekerja macam biasa.

Okay habis perkenalan…

Ceritanya bermula suatu hari aku trigged dari call dengan kawan baik aku.. kawan baik aku yang aku namakan Nuurul tahu semua pasal sakit dan dia ada waktu aku susah dan sakit.

Ada isu yang buat kami berbalah dan benda tu sangat mendorong aku untuk bunuh diri.

Aku tak pasti pesakit lain tapi aku memang setiap masa ada rasa nak mati dan tunggu benda tu trigged je aku akan emosi dan terus rasa useless.

Dan aku memang ada suicide note, segala list penting macam nombor telefon, note untuk bank akaun, password sosial media semua yang aku dah tulis letak sebagai wallpaper handphone.

Sambung cerita atas, aku kata nak terjun tapi tak bagitau di mana, aku dah naik satu mall paling atas sekali, menangis meraung sorang sorang dalam kereta sambil menuju parking atas.

Aku dah duduk di tebi tebing memang selangkah aku memang jatuh, 30 minit aku menangis kat situ tapi aku selamat.

Aku selamat sebab ada sekor kucing lalu dan waktu tu aku tersedar terus, aku ingat yang kucing aku kat rumah nanti macamana at least aku kena lepaskan kalau aku buat macam nie.

Aku turun start kereta dan balik. Masa dalam kereta check hanphone berpuluh puluh misscall rupanya dari polis dan bomba cari aku.

Rupa rupanya Nurul kawan baik aku dah call katanya aku dalam keadaan emosi tak terkawal..

Tapi masalahnya dia bagitau tempat kejadian di rumah aku yang duduknya di tingkat satu kalau terjun pun seliuh je kot boleh dapat.

Pintu rumah dengan gril memang kena pecah dengan pihak bomba sebab aku faham memang melibatkan nyawa mereka terpaksa.

Jadi rumah aku jadi tumpuan sebab macam kena ambush tapi takde apa apa. Dan nasib pihak berkuasa berahsia dan kata mereka silap dapat laporan jadi aku tak malu dengan jiran jiran.

Aku pergi balai dan selesaikan di sana banyak kena siasat dan mereka sangat baik dan faham situasi aku dan minta maaf juga sebab terpaksa pecahkan rumah walaupun tersilap tempat.

Kes selesai dengan merayu pada polis jangan di bawa aku ke hospital sebab aku nak kerja.

Petang lepas kejadian aku pergi mall yang lain nak beli makanan dan sambil jalan nak masuk pintu mall aku tengok atas sebab aku teringat situasi aku tadi.

Terkejut gila bila aku nampak orang duduk sama macam aku tadi dekat atas sekali bangunan tu memang dia nak terjun.

Rupa parasnya lelaki dan macam student. Berlari aku ke bawah tempat dia nak terjun sambil menangis aku jerit kata jangan jangan.

Then, baru orang lain perasan dan sekelip mata dah penuh orang dengan pihak polis dan bomba.

Aku tak tahu dia siapa tak kenal pun.. tapi aku rasa sangat sangat perasaan tu, perasaan yang memang tak tahu lah nak cakap macamana.

Orang ramai ramai dah pelik sebab aku menangis sambil jerit jangan jangan, diorang ingat aku keluarga atau kawan dan ada juga ingat aku punca.

Penyudahnya polis uruskan kes nie yang sama uruskan kes aku tadi nampak aku.. dan aku yang trigged lagi sekali diorang sumbat masuk ambulance sambil di bebel macam mak mak.

Tapi yang aku nak bagitau situasi di bawah.. kalau adik tu dengar aku juga anggap macam tu juga lah..

Kalau aku kat atas masa kat mall tadi cuma kes aku takde siapa yang perasan.

Sebiji biji perkataan yang sangat menyakitkan dari orang di bawah..

Aku letak aku dalam situasi tu..

Ada yang bersorak suruh terjun kenapa lama sangat, ada yang kata bodoh takde otak, terlepas rumah sakit jiwa, tak cukup ilmu agama, tak habis belajar kitab, firstime bercinta awek tinggal, mak bapak tak nak,

Then ada cakap nak perhatian, cepatlah mati nak tengok, cepatlah terjun nak masuk kerja dah, ada yang jerit nasihat pasal api neraka dosa pahala, ada yang cakap pasal politik.

Hancurnya hati, dia perlukan bantuan sampai hati korang cakap macam tu.

Pihak bomba dapat selamatkan kes tu.. Dari pukul 6 petang sampai 10malam baru settle. Dua ambulance bergerak ke hospital, aku satu adik tu satu.

Dah jadi satu hal aku kena ward juga sebab polis kata aku kena diawasi lagi tak boleh lepas merata. Duduk lah aku kurung dalam ward psikik beberapa hari.

Aku tanya situasi adik tu pada doktor katanya makin baik, stress sebab study dan keluarga. Sama juga kena ward cuma dia kat sebelah tak boleh nak jumpa.

Sekian sahaja sesi meluah dari aku..

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *