Assalamualaikum dah salam sejahtera kepada semua readers. Semoga dalam keadaan yang baik dan teruskan #stayathome agar Malaysia bebas dari covid19, in syaa Allah, aamiin.
Okay muqaddimah pengenalan, aku seorang gadis berumur pertengahan 20an dan aku adalah antara insan2 yang istimewa kerana dianugerahkan seorang kembar.
Penulisan aku ini adalah untuk bercerita tentang pengalaman kami sebagai kembar yang ada pahit manisnya. Harap readers semua terhibur membaca. Oh terima kasih pada admin andai tersiar cerita aku ini.
Okay, bila sebut je pasal kembar benda pertama yang orang akan tertanya2 apa beza kami? Ini adalah soalan wajib orang akan tanya pada kami mahupun pada ahli keluarga. Sebabnya kami adalah kembar seiras.
Sekali pandang memang nampak sebijik sama tetapi sebenarnya kami mempunyai beberapa features muka dan badan yang berbeza. Kalau diamati dengan baik, korang akan nampak beza kami.
Aku nak kongsi dengan korang soalan2 yang pernah kami dapat sepanjang hidup kami. Aku gelar kembar aku Adik, sebab dia anak bongsu dari 5 beradik. Sungguh pun kami hanya beza 15minit, tapi sindrom anak bongsu tu lebih menjurus kepada dia berbanding aku.
Okay aku listkan soalan2 yang kami terima selama ni.
1. Kenapa sorang gemuk, sorang kurus sikit?
Haa macam aku kata, kami seiras tapi ada sedikit features yang berbeza. Ni soalan yang aku paling pantang dengar. Adik aku muka dia bulat manakala aku pulak bujur so dia kelihatan sedikit tembam dari aku.
Berat kami lebih kurang je sebenarnya tapi orang sibuk duk persoalkan bende macam tu. Kecik hati Adik aku, dia hanya tersenyum tunduk kebawah. Aku dah menyirap, aku pun jawab la “Mane ade, sama je cuma muka dia bulat sebab tu nampak tembam sikit” sambil ketawa fake.
Mata dia pun sepet sikit berbanding dengan aku. Persis muka mak sebab mak ada keturunan siam so kami sedikit sebanyak ada mendapat features mak tapi adik aku lah yang paling iras dengan mak.
2. Kalau sorang kene pukul, sorang lagi rasa tak sakit?
Ni ape bende punya soalan la? Nak je aku jawab, cuba kalau aku lempang pipi kiri kau, agak2 yang kanan sakit tak?
Haih, soalan tu buat aku kadang2 rasa diaorang ni bertanya tanpa berfikir. Kalau kau yang satu badan, satu otak pun tak boleh rasa sakit tempat lain2, inikan pulak kami yang dua manusia berbeza. Aduh, emosi jap aku. Kalau lah boleh lempang orang, memang aku bagi dah se das.
3. Pernah share boyfriend?
What? Like seriously? Dalam banyak2 bende yang kami kongsi, manusia bukan salah satu nya. Ni soal hati, even Islam pun mengaharam kan perkongsian suami antara adik beradik, inikan kami yang kembar.
Takkan la tergamak kami nak buat macam tu. Mintak simpang! Walaupun kami pernah terjatuh hati pada insan yang sama, cepat2 kami suarakan.
Pernah jugak lelaki yang sama suarakan dia sukakan kami berdua, sampai sekarang kami trauma. Dan disebabkan insiden tulah kami takde pasangan lagi, and adik aku developed satu fobia.
Dia kata “Aku tak boleh nak percayakan lelaki kalau dia kata dia suka aku, sebab aku takut, nanti dia sukakan kau pulak”.
Memang terkesan dalam apa yang pernah berlaku tu, aku hanya mampu pujuk dia untuk berdoa, semoga Allah berikan kami jodoh yang terima kami seada nya. Okay tu kalau aku cerita, memang panjang so aku skip. Next,
4. Kahwin nanti, carikan suami kembar jugak tau. Lepastu dapat anak kembar.
Ni bukan soalan tapi lebih kepada request yang aku sampai sekarang tak paham kenapa orang nak kami kawin kembar jugak. Bukan taknak tapi rezeki tu kan lain2, kalau dah jodoh maybe jumpa tapi kalau bukan aku harap dia tak cakap yang bukan2.
Orang macam ni tak ramai tapi ada, so simple je aku jawab “kalau dieorg nak dekat kami ni” hahaha and setakat ni kami takde lagi jumpa sepasang kembar lelaki, hanya sepasang kembar perempuan atau pun lelaki dan perempuan.
5. Kenapa sorang cerdik, sorang kurang?
Dengar macam mustahilkan? Tapi dah beberapa kali aku dengar soalan ni. Kami seiras tapi tak bermakna kami kongsi keupayaan yang sama. Pada aku, Adik aku lebih cerdik so bila aku dapat results yang biasa2, akulah yang mendapat soalan tu.
Pedih tapi aku hadapkan je dengan senyuman dan jawab rezeki masing2. Dari sekolah lagi memang Adik aku lebih pandai orangnya dan aku sedikit pun tak cemburu malah bangga sebab dia adik aku.
Dia dulu target student (calon cemerlang SPM) aku pulak tidak. Biasa2 je, bende ni aku tak kisah tapi parents aku yang kisah. Mereka tak marahkan aku atau banding2kan kami, tapi marah cikgu sebab buat kami berpisah.
Yela budak target duduk kelas lain, belajar pun cara lain, adik aku tak suka sebenarnya sebab kami budak kelas tengah so perangai sama je masuk air dengan budak kelas belakang. Lain dengan budak kelas depan ni, terlalu skema. Ayah pernah tanya cikgu, kenapa asingkan anak saya?
Mereka kan kembar, kenapa nak dibeza-bezakan? Ayah tak setuju dengan apa yang cikgu buat sebab takut benda macam ni menganggu emosi kami. Tapi aku kata dekat ayah sambil tersenyum “Takpe lah ayah, kakak tak kisah pun sebab nanti apa adik belajar, boleh ajar dekat kakak”.
Mendengar jawapan aku, ayah bertenang dan biarkan apa yang cikgu rancang. Aku tak salahkan sesiapa, seorang ayah hanya risaukan tentang anak2 nya dan seorang cikgu pula mencuba apa yang mampu untuk membantu pelajar.
Even masa belajar dulu pun ada sorang lecturer pernah berkata begitu pada kami. Kami satu course, satu kelas, satu semua nya lah senang kata.
So ada satu subject ni kami ambik dan masa dapat result midterm, macam biasa adik aku lebih tnggi markah dia daripada aku. Dengan selamba je lecturer tu bagitahu aku “Oh, apparently your sister is smarter than you” tepat pada muka aku masa dia cakap, satu kelas dengar. Sadis, tersentap aku dengar.
Bukan nya aku mintak tapi dah rezeki nak buat macam mana. Disebab kan orang2 yang macam nilah buatkan kami rasa takut, self-conscious, and ada low self-esteem. Kami tak pernah dengki antara satu sama lain tapi orang yang sibuk memperdajatkan kami. Sedih.
Banyak sangat cerita kalau aku nak kongsikan satu persatu, banyak ragam manusia yang kami jumpa dan macam2 dah kami lalaui. Ini sajalah yang aku kongsikan dulu. Andai ada rezeki, aku cerita lagi.
Mempunyai kembar pada aku adalah satu nikmat sebab aku tidak keseorangan. Sentiasa ada peneman untuk berbicara mahupun bergaduh tapi lumrah manusia, mereka akan sentiasa mencari mana kurang kami dan mana lebih kami.
Sekarang dah besar, kami dah pandai menyusun jawapan dan memilih untuk mengabaikan apa yang boleh buatkan kami terasa hati.
Aku dan Adik adalah alumni IIUM, and sepanjang kami belajar banyak juga peristiwa kami lalui. Panjang sangat dah ni kalau aku cerita so maybe lain kali.
Sedikit pesanan untuk korang, kalau jumpa kembar, jangan beza-bezakan kami sangat ye. Kami seiras tapi berjiwa berbeza. Apa yang aku suka, adik tak tuka and vice versa.
Okay takat sini sajalah, terima kasih sudi membaca. Ringan rasa hati dapat luahkan. Sekian.
– Kakak kembar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit