Salam. Aku mila. Aku nak cerita ttg peristiwa yg aku alami semalam. Maaf kalau banyak typo sbb aku rasa xbape sihat skang.
Satu malam dgn Anaphylaxis. Huh canggih nama dia. Dia bukanlah room mate atau besfren aku pun, melainkan sejenis reaksi alahan yg aku xtau apa puncanya. Anaphylaxis ni kalau ada yg xtau, gejalanya ialah ruam merah+bintat geligata yg besar macam peta tu. Teruk sikit lagi, dia serang organ dalaman buat bp kita drop atau xleh bernafas atau diarea.
So kelmarin hari ahad, kul 5ptg ruam start naik kat pergelangan tangan aku. Aku sapu la ubat gatal then bertolak balik ke kampus. Sambil tu aku pikir2 mana datang elegi ni? Adakah sbb sfood atau main kucing? Sedangkan aku xde hal dgn kedua2 tu. Last aku kena geligata ni masa sek men dulu, pun aku xingat puncanya.
Sampai hostel aku mandi bersih2 memandangkan cuaca hujan dan baju tdung aku kuyup. Lepas mandi tu mencanak2 naik peta kat tangan. Tapi semuanya naik kat sendi2. Pergelangan tangan kaki, siku lutut, lher, sendi2 jari. Huh…meremang setiap kali aku pandang peta2 merah tu . Rasa macam nak pergi klinik tapi xkuasa plak nak redah hujan lagi skali. Sebagai alternatif aku serch kalau ada remedi untuk legakan reaksi alahan ni. Green tea!
Aku bukan nak memandai2 jadi doktor keyboard tau. Tapi memang tabiat aku akan cuba sdaya upaya selesaikan masalah sniri tanpa harap org. Lagipun aku sentiasa pastikan maklumat yg aku cari tu valid dari pihak yg diyakini. Main petik2 maklumat kat fb atau wsap ni mmg bukan pe’el aku la.
So aku pun gi bantai green tea dua uncang. Green tea asli tau, bukan green tea budak hipster yg kaler ijau tu. Seblum tido tu ruam dah panjat dagu. Hm…xpe sikit je ni. Aku pernah kene dulu. Nanti dia hilang sniri kan. Sambil tergaru2 aku memikir jadual esok yg full dgn kelas seawal pagi sampai la test belah malam.
Pukul 1pagi aku bangun gi toilet. Tengok2 bintat kat tangan smua dah bercantum, tangan aku jadi bengkak total. Gemuk dan merah. Bukan kemerah2an, memang merah cam kene salai. Part lain pun peta makin banyak. Kaki aku rasa merenyam2 dipanjat dek ruam tu. Ruam muka pun dah sampai dahi dan mungkin ke kulit kepala sebab kepala aku jadi gatal.
Ok…apa nak buat ni? Aku rasa ni quite serious. Atau, skurang2nya aku xpernah alami sampai tahap ni so kene alert. Dulu2 aku penghidap asma tegar. So risau benda ni effect my lung. Aku decide terus berjaga. Duk la sorg tengah malam tu sapu2 losyen supaya peta2 kesayangan aku rasa lebih selesa.
Sambil ‘menikmati’ corak2 kat kaki tu aku dgr wheezing. Oh, so familiar. Long time no see, dude. Lama dah xdngar bunyi ni sejak asma aku sembuh. Rasa chest tight. Aku start panik but i know i can’t. It’ll make the situation worse. Pukul 2pagi. Aku decide pergi spital je. Taknaklah tunggu lagi. Kalau aku collapse kang sape nak drive? Ni pun aku xbape konfidn sbab macam dh pning2. Tapi sebab nak kene bawak diri sniri aku gagahkan jugak la. Mgkin pening ni sbab berjaga malam.
Pendekkan citer sampai kat emergency, nurse yg saring kat luar letak aku prioriti. Mgkin sebab aku xtau apa punca elegi ni. Ntah. Jumpa doktor yg mata separuh kuyu tapi dia betul2 cuba attend aku sbaiknya. Kne ccuk 2das. Dan2 tu jugak hilang gatal merenyam kat kulit aku. Tapi tahapa slack urat aku bengkak, sampai terpaksa cucuk 3tempat. Nurse asyik minta maaf kat aku. No it’s ok nurse. Tima kasih sebab berjaga malam nak attend kami2 ni.
Masa ambik ubat kat farmasi, pharmacist tanya teruk sangat ke gatalnya? Aku cakap tak. Sbab dah kene cucuk, tak gatal la. Pharmacist tu senyum sinis. Aku tau apa yg dia fikir. Mesti dia anggap aku mngada je. Aku tau pada pandangan warga hospital, ED hanyalah untuk hal kecemasan mcm kemalangan dan sewaktu dgnnya. Aku tau aku xpatut dtg situ pun. Tapi tetangah malam tu mana nak cari klinik buka kak? Nak ke klinik 24 jam pulak kang poket aku yg tenat. Aku telan je la snyuman sinis pharmacist tu. Yg penting esok siangnya aku dapat jalani kehidupan cam biasa tanpa tangan bengkak dan gatal satu badan.
Then kul 3 pagi tadi kaki aku naik peta balik. Mungkin dia nak balas dendam smalam xhabis naik dah kene cucuk. Huhu. Tapi ruamnya xseteruk smalam. Mana part yg dah naik dia xnaik lagi. So aku sambung tdo dgn bahagianya. Biar je la dia nak habiskan keje dia.
But…pagi ni aku bangun rasa xsedap badan. Chest tight n diarea. Mgkin juga bp aku drop sbb rasa letih nak melepek je. Gosh. Dah la harini aku banyak urusan luar. Nak gi ED lagi ke? No. Selagi xmati aku xmo pijak dah tempat tu. Terbayang2 senyum sinis pharmacist tu. Aku benci dianggap mengada K. Tunggu la kejap lagi je klinik dah nak bukak. Dah nak siang pun. Aku gagahkan diri solat subuh. Kot nak mati pun biar la mati dah smayang kan. Jangan mati xsmayang.
So moral of the story. Mungkin xde apa moral sangat cuma aku nak pesan kat medical staff di luar sana, xyah la nak sinis2 sangat dgn patient korg. Mungkin ya ada patient yg mengada tapi jangan la pukul rata. Kebanyakan rakyat msia ni miskin, duit kami nak save bayar gst dan hutang negara… so sakit gatal tgh malam terpaksa la gi spital kerajaan jugak untuk berjimat. Kalau KK bukak tengah malam, sumpah aku gi KK je. Takde nak nyusahkan korg. Btw thanks doktor n nurse yg berdedikasi. Sian aku tengok korg tido tekup muka kat meja. Moga hendaknya Allah berkati rezeki atas penat lelah korg.
Ok la aku nak sambung rehat. Eh dah siang pun. Mgkin aku patut gi klinik skarang. Tima kasih admin kalau sudi publish luahan aku ni.
– Mila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit