Salam malam Jumaat semua. Seronok baca cerita mistik ye. Jom saya nak kongsi cerita hantu hospital. Dah sedia? Tapi saya ni tak reti bercerita. So bertabahlah membaca..
Saya Nor. Cerita ni masa saya masih houseman di sebuah hospital di selangor. Sesungguhnya saya ni seorang yang tidak percaya bab-bab mistik. Org yg base medikal memang selalunya realistik. Dan faktor lain mugkin juga parents saya memang tak pernahla seingat saya pergi berubat ke ape ke hatta ambik air tawar sekalipun. So sorry memangla saya tak percaya.
Kalau saya nak gambarkan semasa dalam latihan atau houseman dalam tahun 2005 tu memang mencabarla. Kalau tengah2 malam tu nak dapat keputusan darah segera ke atau nak ambik bekalan darah kena lari atau jalan sorg2 ke makmal atau blood bank. Klu nak pergi ke mortuary ( rumah mayat) pun laluan yang sama. Pernah juga naik lif sampai ke level tertentu. Pintu lif terbuka diluarnya gelap tapi tiada siapa pun yang masuk. Tapi alhamdulillah tak pernahla kena “usik” time onkol sehinggalah pada satu malam tu. Masa tu tugas saya adalah membantu doktor senior membuat pembedahan..
Sesiapa yang pernah kerja di dewan bedah mesti tahu susun atur bilik sebelum ke dewan bedah. Selalunya staff akan masuk pintu tepi dewan bedah ( bukan pintu masuk depan dewan bedah tempat keluarga menunggu tu). So laluannya tentulah gelap yang amat. Bilik pertama yang akan dilalui adalah bilik persalinan ( kena tukar kasut khas utk pakai dlm dewan bedah sahaja & tukar baju selalunya yg staff hospital pakai yang biru tu). Keluar dari bilik persalinan adalah selalunya bilik pantry tempat staff rehat2 sekejap sambil menunggu kes sebelum ada pintu lain yang bersambung dengan lorong di dewan bedah yang menempatkan beberapa bilik pembedahan. Memang dibuat sebegitu untuk mengurangkan kuman dalam kawasan dewan pembedahan.
So…jam dah pukul 1.30 pagi. Masa tu saya tengah bantu bagi pembedahan apendiks. Separuh jalan sebelum habis kes, dr bius mendapat panggilan ada kes pembedahan kecemasan. Bermakna memangla tak boleh tidur malam tu sebab ada kes baru dalam waiting list. Kes tu adalah kes kemalangan melibatkan seorang ibu mengandung 8 bulan. Malangnya, baby telah disahkan meninggal dalam perut dan ibu pula ada pendarahan dalaman yang perlu dibedah segera. Tetapi pembedahan tu tidak dapat kami buat selagi bayi masih di dalam rahim. Jadi team kami terpaksala menunggu team perbidanan untuk melakukan bedah untuk mengeluarkan jasad baby untuk memudahkan team pembedahan…macam tulah kami bekerja tak mengira masa. Penat memangla penat…
Jadi sementara menunggu team pertama selesaikan pembedahan pertama. Saya pun carila port nak lelapkan mata sekejap ja pun jadilah. Tak tahu pulak lama manakah pula masa yg akan diambil team saya nanti. Cari punya cari, nampakla sofa panjang dlm bilik pantry tadi. Elok pulak ada selimut hospital yang tebal sehelai kat situ. Mesti ada org tido kat sini. Lampu pun sy padamkan. Saya pun apa lagi…
Dalam 5 minit saya cuba “curi” tidur yg berharga tu…tiba2 saya rasa tubuh saya ditindih dgn beban yang sangat. Mata saya memang terbuka..saya nampak keadaan suram dan gelap dalam pantry tu. Tiada apa pun pada mata saya yang menekan saya.Bahkan saya dapat bau air hujan yang mula turun tapi Ya Allah memang saya xmampu bangun. Saya cuba bersuara tapi tu pun tersekat di kerongkong. Last skali saya pun cuba baca ayat kursi dalam hati. Tau “power” tak menda tu? Di telinga saya ni saya dengar ribuan suara membacakan jugak setiap ayat kursi yang saya baca. Tapi…macam yang diberitahu para ustaz sememangnya, semua suara2 tu berhenti mengikuti bacaan saya apabila saya membaca ayat terakhir…dan saya akhirnya di”bebas”kan.
Ala…..kena tindih je…bukan apapun kan? Pengalaman orang lain mungkin lagi hebat…tunggu jap…ada sambungan dia…
Sedang saya meronta dan “benda” tu dah berhenti menindih, pintu yang menyambungkan bilik pantry dan lorong dewan pembedahan dibuka seseorang. Ya Allah…saya bersyukur sangat since ada staff yang masuk ke pantry. Dahla kita tengah takut baru kena tindih kan?Dalam suram dan kegelapan bilik pantry tu rupanya ada seorang staffnurse berbangsa India yang masuk. Kelihatan dia sedang mendakap sesuatu berbungkus kain hijau gelap ala kain drape ( Oh..kes yang saya tunggu untuk selesai tu pun berbangsa India). Saya memberanikan diri untuk bercakap untuk menghilangkan ketakutan. “Staffnurse..baby tadi dah out ke belum?” Dia pun menjawab dengan tenang. “Dah, baby dah out. Ni dia..Dr nak tengok?”. Saya tanya lagi nak bawak ke mana. Dia pun menjawab lagi. “Ni nak bawa ke mortuary”. Saya tak fikir panjang. Saya jawab saya tak mau tengok dan saya terus meluru ke pintu yang dibelakangi staffnurse tersebut. Alangkah leganya sebab saya berjaya keluar dari pantry tempat saya kena tindih tu. Alhamdulillah…
4 bulan berlalu….
Saya bukan lagi dijabatan yang sama. Tak tahula kenapa dgn bulan tu. Byk kedengaran cerita2 seram di tempat saya kerja. Even staff yang menjaga bilik emergency caesar terpaksa buat bacaan yassin sebab banyak gangguan. Nampak figure tanpa kepala berjalan kat koridorla. Tapi sy macam biasala x kena apapun except kena tindih 4 bulan lepas…hihihi..
Sesi bercerita hantu dgn akak2 stafnurse memang best. Masing2 pakat cerita pengalaman masing2. Sampaila turn saya. Bukakla cerita kena tindih yang tak seberapa tu…then akak stafnurse bahagian sakit puan tu bermuka pelik bila caya ceritakan part last cerita kena tindih tu….saya rasa klu pembaca sini yang pernah kerja labour room mungkin akan perasan….kan?….
Respon stafnurse saya “…Dr, klu ikut prosedur. Klu ada body terutama baby yang meninggal ke..kami akan bungkus seeloknya, letak dalam baby cot yang beroda tu then akan ada staff dari labour room akan ambil baby dari entrance depan. Body tu akan dibawa dlm baby cot tadi ke labour room di tingkat 1 untuk beberapa urusan barulah kami hantar ke mortuary. SO SIAPA YANG DR JUMPA TU SEBENARNYA?????……
Saya tergamam…pucat muka saya. Bak kata org Utara klu toreh setitik darah pun tadak…hanya selepas 4 bulan barula saya sedar yang saya jumpa tu adalah cik han yang merupa stafnurse. Bayangkan klu saya ringan mulut ckp nak tengok apa yang dia bawa dalam dakapan dia
Mintak staf spital jangan takut pulak nak shif malam kat OT ye. Amalkan ayat Kursi. Klu tanya sekarang saya percaya tak yang mistik tu. Sesungguhnya jawapan saya sekarang sudah berubah..
– Nor Aruysa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit