Saudara Mara Nenek Yang Kerap Berminta Minta

Terima kasih kerana approve luahan saya. Saya sebenarnya dalam keadaan geram kerana runsing seri kali diganggu oleh keluarga nenek sebelah ibu.

Saya asalnya dari keluarga yang sangat daif, sedih kalau saya nak cerita.

Susah kami boleh masuk Bersama Mu lah ceritanya, pernah merasa rumah tiada beras berhari-hari.

Adik diberi ujian sakit kronik sehingga ibu berhenti bekerja. Ayah kerja kampung sahaja ada kalanya kami makan lempeng dan jemput2. Itu pun syukur dah.

Ibu ku kerap berniaga nasi lemak tampung2 kos belanja tetapi tak boleh selalu kerana adik sakit kronik yang teruk.

Pada ketika itu daif nya lah kehidupan. Tuan puan saya nak beli selipar pun ayah saya kena kerja lebih.

Kalau sekolah saya akan pakai apa ada, jaga betul2 pakaian dan kasut kerana sedar diri miskin.

Alhamdulillah ayah saya selagi boleh tak nak apply zakat dan bantuan kerana dia kata selagi bernyawa ada kederat kita kerja jangan berminta.

Dari kecil memang kami hidup apa ada sahaja. Mak saya dah biasa ke majlis pelajar cemerlang kami adik beradik dalam keadaan selipar buruk dan baju lusuh.

Kami agak dikenali kerana antara pelajar cemerlang yang miskin. Pada ketika kami susah, sedara mara tak membantu sangat pun terutama sebelah nenek.

Namun ada 3-4 insan saya kenang dan sehingga kini dan saya tak pernah berkira. Laju sahaja saya membantu mereka ketika ini.

Masa ketika kami susah, belah nenek memang memulau kami habis habisan. Kami pernah dihalau ketika beraya.

Anak2 mereka agak sosial sedikit dan bergaul bebas serta ada masalah akhlak sehingga mengandung luar nikah, dadah dan lain2.

Ibu pesan jangan ambil tahu sangat atau menghukum kerana mereka masih muda mentah.

Dan ibu bapa mereka tidak ambil serius masalah akhlak mereka. Kita doa yang baik baik sahaja.

Tetapi tetap saya kurang selesa, maka saya menghindari dari terus bergaul.

Pelbagai masalah mereka ni. Anak luar nikah, syabu, rempit. Ermmm entah lah kesian mak ayah mereka.

Long story short kami dihalau dan dipulaukan berkali kali oleh keluarga nenek.

Sehingga saya dah tawar hati nak ke rumah nenek. Nenek kerap cakap kami ni miskin sangat.

Setelah kejadian maka kami dah mula kurang rapat dengan keluarga nenek. Sesekali sahaja berjumpa dan berpura pura tiada apa yang berlaku

Apabila saya dan adik2 sudah habis belajar kami diterima ke universiti. Alhamdulillah semua tak pernah menganggur terus bekerja dan saya sudah ada perniagaan sendiri.

Syukur perniagaan saya membantu keluarga dan ibu saya untuk hidup selesa. Dan saya tak pernah kata tidak kepada lagi 4 insan sering membantu kami (adik beradik ibu).

Kami hidup dalam keadaan selesa, kami berzakat dan membayar cukai.

Jika rezeki lebih kami juga bersedekah kepada rumah anak anak yatim atau keluarga daif mana kami mampu dan ikhlas (tidaklah banyak mana sikit sikit sahaja mana yg mampu).

Oh ye, sepanjang tu kami tetap melawat nenek dan layan dengan baik sahaja. Saudara mara nenek yang mencemuh kami dah jarang datang ke rumah nenek.

Mungkin nenek dah ada masalah nyanyuk. Dengar dengar mereka pernah bergaduh kerana kes anak luar nikah (kami tak masuk campur kerana focus kehidupan sendiri).

Waktu ayah meninggal, saudara nenek tiada seorang pun datang dan membantu. Yang mengurus hanya saudara belah ayah tok sahaja.

Walaupun mereka tidak membantu dari segi wang kerap kali keluarga ayah tok hantar makanan dan sayuran/ tanaman/ buah dusun.

Keluarga belah ayah tok alhamdulillah kebanyakan sangat berjaya. Sehingga kini kami mempunyai hubungan baik.

Tiba tiba baru baru ini setelah 15 tahun tidak berjumpa. Satu per satu keluarga nenek add saya di facebook dan messaging. Dengan bersangka baik saya berikan no tel saya kepada mereka.

Sejak itu saya sering diganggu pinjam duit, kerap berminta minta, di cop lupakan saudara malah ada yang mendoakan tidak baik kerana tidak berikan duit.

Saya rimas sungguh rimas. Bukan saya kedekut. Kebajikan keluarga adik beradik memang saya jaga.

Malah saya tidak berkira dengan keluarga isteri saya. Haruskah saya block sahaja?

Adakah saya berdosa memutuskan silaturahim? Adakah saya berdosa tidak memberi mereka wang?

Saya takut Allah bolak balikkan hati dan kehidupan saya. Demi Allah saya buka kedekut cuma saya jadi kurang ikhlas dan rimas dengan mereka.

Ya Allah maafkan hamba mu ini ya Allah. Aku insan lemah.

Jangan salah faham saya tidak berdendam, saya tegur dan bergaul dengan cara baik. Cuma saya jadi rimas setiap bulan 5-6 orang asyik nak pinjam duit berminta sana sini buat cerita sedih.

Apabila saya nak belikan barang dapur bukan berikan mereka duit alasan lain pula diberinya. Mereka pula ramai tidak bekerja dan kerja berhenti kerja berhenti.

Saya ada juga bagi tips cara berniaga. Namun ada sahaja alasan nya.

Hurmmmm ntah lah. Bolehkah saya block?

Apa saya risau adalah dosa putuskan silaturahim itu sahaja. Ada sesiapa boleh menjawab?

– Hamba (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *