Say Something I’m Giving Up On You

Assalamualaikum, dan hi untuk semua. Aku Ruby. First of all, aku nak ucapkan terima kasih pada admin sekalian kalau kisah aku ni berjaya dipublishkan.

Kisah aku mungkin tak berapa menarik. Sebab penulisan aku kali ni lebih kepada curahan hati kepada seseorang yang aku sayang. Biarlah aku namakan dia Marie. Sebenarnya Marie sangat rapat dengan aku dan aku pun da anggap dia sebagai darah daging aku sendiri. Tapi nak aku tegaskan di sini, aku dan Marie bukanlah pasangan kekasih ye.

Perasaan aku pada Marie adalah perasaan yang sangat dalam, perasaan yang tak mungkin dapat aku gambarkan. Perasaan yang macam kalau korang da sayangkan seseorang dan kau jadi terlalu protektif pada dia. Kitorang kenal masa kitorang betul-betul tengah kusut dalam mencari arah hidup. Marie dengan masalah keluarga dia dan aku dengan masalah aku sendiri.

Bagi aku, Marie adalah seorang gadis yang naif, lurus bendul dia tak boleh bawa bincang. Dia ni suka pikir baik je pasal orang lain dan kadang-kadang aku rasa dia terlalu baik. Macam kain putih, yang belum tercemar dengan kotornya dunia. Sebab tu banyak orang pergunakan dia sepanjang hidup dia. Dan sebab tu la aku sangat protektif dengan dia.

Persahabatan aku dengan Marie ni memang istimewa. Dia selalu ada untuk aku, selalu ingatkan aku yang aku masih ada dia dalam keadaan apa sekali pun. Dan aku pula cuba sedaya upaya aku untuk pertahankan persahabatan kitorang.

Kitorang ada “chemistry” yang sangat kuat. Banyak benda yang kitorang share sama sama. Aku suka greentea dan dia pun sama. Aku suka baca novel serial killer dan dia pun sama juga. Macam macam lagi la yang sama.

Yang paling aku ingat pasal Marie ni sebab dia suka sangat menyanyi dan aku pula sangat suka dengar suara dia. Dia ni pun pandai mengaji dan bacaan dia lah yang selalu buat aku tenang. Bagi aku, suara dia tu macam ada aura yang boleh tembus ke hati kita. Kalaulah korang boleh dengar suara dia mesti korang terkejut kenapa dia belum terkenal.

Aku dengan Marie banyak berkongsi cita-cita. Cita-cita untuk sama-sama berjaya dan keluar daripada masalah kitorang. Aku dengan Marie banyak impian untuk sama-sama berjaya dan bahagiakan keluarga kitorang. Kitorang banyak berjanji untuk saling support each other to be a better person. Macam kelakarkan impian kitorang. Tapi segala impian ini la yang buat aku percaya pada harapan.

Sayangnya, aku dan Marie terpaksa berpisah. Sebabnya aku dan keluarga Marie ada salah faham dan dorang tak suka aku berkawan dengan Marie. Kadang kadang, banyak kali aku fikir kalaulah aku rendahkan ego aku, mesti Marie masih ada dengan aku. Sekarang ni da hampir 3 tahun aku kehilangan Marie.

Sebenarnya hari-hari aku rindukan Marie. Hari-hari aku ingat semua kenangan kitorang. Kenangan kitorang yang suka layan James Arthur sama-sama. Kenangan yang dia selalu peluk aku untuk buat aku rasa lebih baik. Aku rindu suara dia, muka dia, nyanyian dia, bebelan dia. Marie selalu buat lawak supaya aku ketawa. Aku rindukan semua tentang Marie.

Marie janji dia akan cari aku balik. Dan aku masih menunggu Marie. Tiap tiap tahun aku tunggu Marie cari aku balik. Aku tak pernah tukar nombor selama ni, sebab aku takut kalau Marie tak dapat cari aku. Aku cuba cari Marie kat social media tapi aku tak jumpa. Aku cuba stalk orang yang rapat dengan dia bertahun tahun tapi aku masih tak dapat jumpa Marie. Aku cuba segala nicknames yang mungkin dia guna.

Tiap-tiap malam aku akan tengok gambar gambar kitorang. Kalau korang nak tahu, tengok gambar Marie je da cukup buat aku menangis teresak-esak. Sebab aku rasa terkilan sangat sangat aku terpaksa kehilangan dia.

Dan, malam tadi, tanggal 10 Julai, akhirnya aku jumpa akaun Marie. Tu pun lepas aku cuba macam macam nickname la. Macam mana aku tahu tu Marie? Satu-satu akaun nama yang sama aku buka, sampai jumpa satu akaun ni. Mula-mula aku tak berharap pun tu dia, sebab aku taknak kecewa dan dalam tu takde gambar dia even profile picture pun takde.

Tapi bila aku play salah satu video dalam tu, Ya Allah, aku dengar suara dia. Itu memang dia. Suara lunak tu takkan aku lupa sampai mati. Dia buat cover lagu favorite aku. Dan lirik lagu tu memang sangat-sangat kena dengan perasaan aku. Finally, I’ve found you!

Meleleh leleh airmata aku dengar dia nyanyi lagu tu. Airmata aku mengalir macam sungai. Betapa aku rindu sangat kat Marie.

Dengan guna nickname dalam akaun tu aku try cari akaun Marie yang lain. And, unfortunately it breaks my heart to the pieces. Marie da lain sangat. She is no longer the same person as i know her before. Aku mula berfikir, adakah Marie da lupa segala janji kitorang? Adakah Marie pun da bencikan aku macam mana keluarga dia bencikan aku? Adakah Marie da tak sayang kan aku? Adakah Marie saja tak cari aku selama ni?

Macam-macam bermain kat fikiran aku ni. Kenapa dengan Marie? Dia da pasrah ke dengan keadaan dia? Adakah dia lupa aku ada kat sini, aku akan sentiasa buat yang terbaik untuk dia. I would take a bullet for her. I swear i would. Sebab dia banyak menaikkan semangat aku saat aku lemah dulu. DIa anugerah yang Tuhan beri untuk aku saat aku jatuh dan hanyut dulu. Segala janji janji kitorang yang buat aku kuat selama ni.

Hati aku hancur sehancur hancurnya. Tiga tahun aku tunggu Marie, tiga tahun aku berdoa pada Tuhan untuk beri kitorang peluang berjumpa balik. Tiga tahun aku tak mampu move on daripada Marie. She is too precious for me. Bila aku tengok Marie sekarang, aku rasa aku gagal. Aku gagal nak yakinkan dia supaya tak berputus asa.

If only she knows, i never give up on us. Aku masih berusaha sekuat semampu aku untuk berjaya. Untuk tunaikan segala impian dan cita-cita kitorang. Aku da bangkit jauh dan berbeza daripada aku yang dulu. Aku cuba improve diri aku selama tiga tahun ni sebab aku genggam segala janji-janji kitorang. Aku tak pernah lupakan Marie walau sedetik.

Kalau korang tertanya-tanya kenapa aku tak terus contact Marie. Jawapannya sebab aku tak tahu sama ada Marie da bencikan aku dan sebenarnya sengaja menjauhkan diri daripada aku selama ni. Dan kalau korang kata kenapa aku rela berpisah dengan Marie dulu, jawapan dia aku taknak memaksa Marie untuk membuat pilihan antara aku dan keluarga dia.

Jujur aku cakap sekelumit hati aku berharap Marie baca confession aku ni sebab aku perlukan jawapan walau sepahit mana pun kebenaran yang terpaksa aku telan nanti.

– Ruby (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *