Assalamualaikum. Sebelum kita mula membaca, jom kita selawat dulu ramai ramai.. Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad, wa’ala alihi wasohbihi wabarik wassalam. Alhamdulillah. Semua dah selawat.
Tapi, kenapa dengan tajuk tu? Hah, siapa yang ada depression ni? Haha. Well admin, thanks in advance kalau approve.
Timbul balik soal depression ni. Sebenarnya ini adalah balasan kepada anonymous yang mengaku dirinya depress tapi tak pernah buat checkup. Tak tau lah lelaki ke perempuan tapi saya nak panggil awak bro.
Bro, aku dulu sama macam kau. Aku mengaku aku depress sebab aku rasa mental aku problem teruk. Aku diagnos aku ada Moderate Depression. Dan bila dah besar aku diagnos aku sendiri ada Major Depression Disorder. Dari kecik weyh kehidupan aku tak seronok sampai aku selalu rasa nak bunuh diri. Kau cerita pasal sungai? Haha, aku ni.. sungai, bangunan, semua aku dah pergi dengan niat nak terjun. Tangan ni, entah berapa kali terhiris dan luka.
Dari kecik, belum sekolah pun lagi aku dah start stress. Benda tu berlarutan dari aku sekolah rendah sampai aku habis belajar. Aku cepat trigger dengan banyak benda. Orang tak nak kawan aku bro dalam tempoh yang sangattt lama sangat-sangat tanpa aku tahu sebab musababnya kenapa. Aku pendiam. So orang senang-senang je nak buat aku. Aku fobia beb.
Dan aku mengaku aku ada Social Anxiety Disorder sebab aku takut nak dekat dengan orang. Aku trauma dengan apa yang pernah berlaku sampai aku anggap semua manusia jahat. Bila aku mula nak positif aku kena buli pulak lepas tu. Lama bro. Mental aku terseksa bila aku tak ada family yang boleh aku bergantung harap sebab waktu tu aku jauh dari diorang semua. Dan aku jugak diagnos aku ada Bipolar Disorder.
Dekat mana aku diagnos? Google bro. Google. Doktor Google dah bagi test dekat aku. Dan aku rasa aku murung teruk. Aku tak lagi berminat nak buat benda-benda yang aku suka. Aku tak lagi suka nak bergaul dengan orang. Aku panas baran melampau tersangat. Kalau ada orang rapat dengan aku, aku sometimes akan cari gaduh dengan orang sebab aku tak tau nak cakap dekat diorang betapa aku takut nak jumpa orang. So cari gaduh, settle. Dorang benci aku, aku takde kawan. Hidup senang. Takde orang faham bro. Aku kena tanggung sendiri. Aku lagi selesa sorang-sorang. Tapi aku nak ada kawan. Bila ada kawan, aku nak sorang. Bila sorang aku nak kawan. Kau tau macam mana seksa nak tanggung perasaan tu?
Aku mengadu dekat orang, mintak tolong orang. Dorang suruh aku baca Quran, suruh aku solat. Aku faham benda tu wajib tapi dalam masa yang sama aku nak sokongan.. Aku cakap dekat diri aku sendiri yang aku makin depress. Lepas habis belajar, hilang bro benda tu. Dan aku cakap, aku adalah seorang survivor. Aku mula bagi nasihat dekat orang tentang keimanan. Apa yang patut kita buat untuk hilangkan rasa macamtu. Ehh, kena marah teruk beb. Orang trigger bila kita cerita bab iman semua ni.
Dan aku mula bingung. Aku mengaku yang aku adalah seorang survivor daripada depression yang teruk, tapi kenapa bila aku bagi nasihat, dan terangkan tips macam mana nak hilangkan kemurungan ni, semua orang marah aku? Dan masa tu aku mula sedar. Aku stress aje.
Depression ada lah sesuatu yang takkan hilang je bro tanpa kita dapatkan rawatan pakar dan ubat-ubatan. Aku sedar aku buat silap aku mengaku aku depress. Bro, kau stress je bro kau tak depress. Jangan mengaku depress kalau tak depress. Kau stress je bro. Kalau kau rasa mental kau problem, tak semestinya kau depress. Sila dapatkan rawatan pakar dan terima keputusan yang sahih tanpa diagnos diri sendiri.
Kita cuma stress. Walaupun simptomnya ada, kita tak semestinya depress. Hanya doktor je bro yang boleh bagi keputusan. Bukan diri sendiri. Bukan bukan bukan. Sila dapatkan rawatan.
Kau buat ujian dass online. Bawak pergi manaĀ² klinik kesihatan yang berdekatan dengan rumah anda. Bagi ujian dass tu dekat diorang. Mintak referral letter untuk jumpa doktor pakar. Sometimes ada hospital yang takkan refer kita terus ke pakar, dorang buat dekat KK je, kalau dorang tengok kita macam tak teruk sangat. And dorang akan bagi ubat, dont worry. Ada kes memang rujuk ke pakar terud, dan tolong jangan miss appointment dengan doktor kalau nak sihat.
Sekian saja dari beta yang korang pernah bash dulu. Saya mintak maaf. Semoga cepat sembuh :)
– Miss PJ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit