“Saya Akan Berusaha Untuk Tidak Menyusahkan & Menggunakan Perkhidmatan Kesihatan.”

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga para pembaca sentiasa dalam lindungan Tuhan dan diberi kesihatan yang baik.

Saya merupakan ibu kepada dua orang anak berusia 2 tahun dan 4 tahun. Kami tinggal di selatan tanahair.

Suami saya bekerja di luar negara. (Tak ada pilihan lain. Zaman sekarang tak boleh nak memilih kerja). Memang ada kerja di Malaysia. Tapi faham faham sahaja lah, gaji yang ditawarkan tak mampu nak “cover” komitmen bulanan kami.

Kehidupan kami anak beranak normal sahaja disebabkan saya sudah biasa uruskan keluarga sendirian.

Tiba lah masa kami disahkan positive c0v1d 19. Kami melakukan PCR di hospital swasta. Anak saya yang berumur 2 tahun memang dah demam 5 hari sebelumnya. Tapi saya sangkakan ianya viral fever biasa.

Anak sulung yang berumur 4 tahun sihat walafiat Alhamdullilah syukur pada Allah. Saya pula, baru mula gejala semasa disahkan c0v1d 19. Sakit tekak. Selama 5 hari anak saya demam, saya hanya rawat dirumah.

Pada mulanya, hanya pcm sahaja diberikan (mengikut dos). Tapi suhu tak turun. Saya lakukan sponging.

Keesokannya, saya membeli ibuprofen. Dan berikan pada anak mengikut dos. Alhamdullilah. Suhu anak kembali normal selepas diberikan ubat tetapi naik kembali selepas 8/9 jam.

Saya menghubungi talian khas bagi membantu kes kecemasan c0v1d. Saya beritahu tentang keadaan anak. Saya ditegur kenapa tunggu sampai 5 hari?

Saya hanya beritahu yang saya sangkakan hanya viral fever biasa. Memandangkan kami memang tak keluar ke mall, psaraya besar dan sebagainya.

Keesokkanya, saya dapat temujanji ke CAC. Saya dengan anak anak ke CAC. Sampai ke CAC, saya diberitahu untuk datang esoknya balik kerana no dah habis. Walaupun temu janji saya dah ada pada hari itu dan waktu tersebut.

Saya cakap baiklah. Saya balik. Esok saya datang balik tanpa temujanji, dan bergerak pagi pagi. Alhamdullilah dapat no juga. (Kalau tahu, tak payah buat temujanji, datang saja terus) HAHA.

Selesai urusan di CAC, kami balik kuarantin dirumah bertiga.

Pada hari ke -6, suhu anak makin stabil. Cuma pada hari ke 6 tu batuk anak saya semakin teruk. Spo2 anak saya ok. Alhamdullilah.

Cumanya saya tak tahu keadaan paru paru ank saya bagaimana. Adakah jangkitan masih di tahap upper respiratory atau sudah mula masuk ke paru paru.

Untuk rawatan anak saya, saya berikan 2.5ml prospan 3x sehari, serta Cough en linctus 2.5ml 3x sehari.

Disebabkan rasa risau, saya ke hospital berdekatan. Tak la dekat sangat. Dalam 30km. Tapi untuk double cek keadaan anak so saya pergi juga.

Sampai sahaja saya di hospital tersebut (salah sebuah hospital kerajaan di selatan tanah air), saya ke khemah khas untuk assessment pesakit c0v1d.

Saya datang, dukung anak dan sebelah tangan pimpin anak sulung. Dr bertanya,

D : “Puan kenapa ya datang?. Puan positive c0v1d ke?”

Saya: “Ya kami positive. Simptom batuk anak saya makin teruk dari hari ke hari”

D: “Puan, benda cek spo2 tu murah saja puan”

Saya: “Dr, oximter, thermometer, blood pressure machine, semua saya ada kat rumah. Infact, saya beli semua peralatan tu MDA approval lagi.”

D: “Bacaan spo2 berapa?”

Saya: “97,98 macamtu”

D: “Jadi oklah tu”

Saya : “Dr, orang yang baru developed pneumonia, spo2 pun masih tahap normal. Takkan saya nak tunggu spo2 ank saya drop baru saya nk mulakan rawatan?

Saya bukan pakar paeds selak baju ank saya dah boleh tahu ada jangkitan kat paru paru atau tak.

Saya bukan doktor yang ada sthetoscope untuk dengar keadaan paru paru anak saya. Even saya ada pun, saya tak ada pengalaman nak assess keadaan tersebut.

Sebab tu saya datang just untuk dapatkan pengesahan dan nasihat dr doktor tentang rawatan yang saya boleh huat dirumah.

Jika dah mula ada jangkitan, saya dah boleh rawat guna ubat yang lain. Macam ventolin atau on nebulizer kat rumah.

Even ubat batuk pun ada banyak jenis bergantung pada keadaan pesakit tersebut bukan semua sama. Asal batuk saja bagi bena. Mana boleh. Lain ubat lain function.”

Actually belum habis saya bebel, dr tu dah naik atas dengan muka tak puas hati (walau dia pakai full PPE, nampak la mimik muka tu), dan yang dengar bebelan saya sampai habis adalah Dr HO rasanya.

Dr HO : “Puan, memang kita tak buat puan checkup paru paru macam puan cakapkan tu. Kita just check spo2 dengan demam sahaja”

Saya : Im sorry doctor, tapi kalau setakat cek spo2 dan suhu, saya percaya semua boleh buat kat rumah. Dr jangan cakap dengan saya, nak tahu lung ok ke tak, check guna oximeter.

Pneumonia dah teruk baru spo2 drop. Saya ni nak buat rawatan awal untuk ank saya. Jadi, saya nak rujuk medical person siapa?

Kalau saya tak positive c0v1d, saya dah pergi hospital swasta untuk dapatkan rawatan dan assessment.

Disebabkan saya positive c0v1d, dan ada SOP yang saya kena patuhi, saya ada limited resources untuk saya dapatkan nasihat dan bantuan.

Dan saya datang memang hanya untuk dapatkan nasihat bukan nak ubat free sebagainya.

Then, dr yang cari sthetoscope tu suruh naik atas, dia cek paru paru anak saya tapi macam nak tak nak. Saya pun redha jela.

Then dia cakap semua ok, saya pun ucap terima kasih banyak banyak. Saya minta maaf menyusahkan doktor doktor untuk assess keadaan anak saya. Saya cakap dengan anak anak “say thank you to doctors”.

Saya beli stethoscope saya sendiri. Saya belajar dengar bunyi paru paru yang normal dan tidak normal dari Youtube.

Saya beli mesin nebulizer untuk kegunaan anak saya sendiri dirumah. Saya mula rawatan nebulizer di samping ubatan lain untuk redakan simptom anak saya.

Nak buat macamana, kadang kadang kita kena usaha sendiri.

Dengan berbekalkan pengalaman anak selalu keluar masuk ward sebelum ini. (Anak saya memang kerap sakit dulu terutama pneumonia) dan ada juga sebab viral fever,

Dan juga nasihat dari pharmacist dan doktor pakar paeds (dr yang rawat anak saya sebelum sebelum ni dan tiap kali warded) untuk saya mulakan rawatan sendiri di rumah.

Jangan tanya kenapa tak tanya saja dr paeds tersebut. Tak payah lah pergi hospital kerajaan tu minta dr assess. Dr tersebut bekerja di hospital swasta. Hospital swasta tersebut tidak menerima pesakit c0v1d.

Dan, untuk mulakan rawatan untuk seorang pesakit, adalah WAJIB, doktor untuk cek keadaab tersebut physically. Bukan hanya sekadar bergantung simptom sahaja.

Kita bercakap tentang rawatan yang efektif. Bukan hanya main agak agak sahaja.

Sebab tu jika anak saya mula sakit (kalau bukan c0v1d), saya undergo tak ray, undergo blood testing, physical assessment untuk doktor plan rawatan yang terbaik bagi mereka.

Saya adalah bekas pelajar dari sekolah asrama penuh. Keputusan SPM saya juga agak cemerlang.

Dan saya menyesal saya tak ambil jurusan medical sebaliknya saya ambil jurusan engineering. Kalau saya jadi doktor, tak ada lah nasib saya macamni kan.

Saya rasa doktor tu pandang rendah saja pada orang yang bukan medical student. Seolah olah, orang yang jadi doktor adalah orang yang paling pandai, yang tak jadi doktor adalah orang yang b0doh dan tak berpelajaran.

Hati saya sedih bila usaha seorang ibu untuk memberikan rawatan yang terbaik untuk anak sendiri dipandang enteng.

Semasa perjalanan pulang drive, saya terbayang kalau lah ada ibu yang risau seperti saya cuma mungkin kurang mempunyai ilmu tentang rawatan penyakit malah keewangan yang agak terhad, macamanalah nasib. Hati saya meruntun!!

Jujur saya katakan, rawatan dirumah yang saya lakukan hampir memakan belanja 700.00. Jika mereka bukan orang yang berkemampuan, macamanalah…

Anak saya memang menunjukkan minat dalam perkara perkara medical. Dia suka tengok kartun doktor doktor, suka main doktor doktor, even dia dah mula kenal vitamin untuk apa, dan bila dia sakit, atau adik sakit, apa perlu buat(yang tak melibatkan ubat).

Saya akan didik anak saya untuk respect orang tak kira masa atau siapa pun mereka. Encourage each other. Pekerjaan seorang doktor adalah pekerjaan yang mulia, jangan lah dirosakkan dengan nilai negative diri kita sendiri.

Buat pembaca budiman, saya mohon, jika ada perasaan hendak memaki doktor tersebut, janganlah dizahirkan diruangan komen.

Saya amat berterima kasih jika ruangan komen penuh dengan kata kata positive dan doa yang baik untuk saya dan anak anak tempuh ujian ini bersama.

Dan jika ada info yang berguna seperti mana mana fasiliti swasta yang menerima untuk assess pesakit c0v1d terutama di selatan tanah air, mohon tuan puan sertakan di ruangan komen dibawah.

Saya pun mula mencari jika ada fasiliti swasta yang menawarkan khidmat tersebut.

Walaupun saya merupakan tax payer tiap tahun tanpa gagal, tak apa lah, saya cuba sehabis baik supaya tak menyusahkan kaiktangan kesihatan kerjaaan tak menggunakan khidmat fasiliti kesihatan kerajaan.

Saya doakan pembaca semua dilindungi Allah setiap masa dan diberikan kesihatan yang baik dan dimewahkan rezeki.

– Ibu yang risaukan anaknya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *