“Saya Belajar Tentang Cinta dan Luka, Dari Rumah Sendiri”

Sejak kecil saya perhati satu perkara:

Ibu saya banyak diam. Ayah bercakap, ibu dengar.

Kadang suara ibu tergetar nak suarakan pandangan, tapi cepat-cepat ditelan balik.

Benda sama saya nampak dalam perkahwinan makcik-makcik saya.

Ramai yang makan hati, tapi senyum demi anak-anak.

Suami tak peduli emosi isteri. Mentua pula macam raja kata-katanya tak boleh ditegur.

Saya mula pelik. Sebab mereka semua dulu pun pernah jadi menantu.

Pernah mengadu mentua mereka dulu layan tak adil, suka banding-banding,

Tapi sekarang… mereka ulang benda yang sama pada menantu sendiri.

Saya pernah dengar nenek cakap depan mak saya :

“Kamu menantu terbaik mak, sabar dan rajin.”

Tapi belakang mak saya dia berbual dengan jiran atau sedara mara lain,

“Dia tu malas, suami pun jadi susah.”

Satu lagi mentua iaitu mak cik kejiranan saya suka “menegur” ikut sedap mulut.

Kononnya nasihat, padahal kata-katanya tajam menusuk hati pada menantu dia.

Paling boleh nampak waktu majlis, perayaan atau apa keraian yang mengakibatkan keluarga.

Kenapa jadi begini?

Kenapa bila dah jadi mertua, terus lupa luka lama?

Untuk makluman saya belum berkahwin, dengan apa yang saya lihat dan dengar membuatkan saya mengubah pandangan dan pemikiran soal perkahwinan.

“Hanya sekadar tinggal serumah dan membina keluarga baru dengan orang lain yang tidak namanya “KELUARGA”

Lagi satu isu besar: dipaksa tinggal sebumbung dengan mentua.

Ramai makcik saya dulu terpaksa duduk serumah lepas kahwin.

Kata suami / iaitu pakcik pakcik saya : “Jimat. Lagipun mak nak kamu temankan.”

JIMAT?? Dalam Islam, rumah yang selesa dan terpisah dari keluarga mertua adalah sebahagian daripada nafkah wajib seorang suami kepada isterinya.

Tapi yang makan hati, tetap si isteri.

Tak bebas. Tak ada ruang sendiri.

Nak bercakap, diperhati. Nak berehat, dikata pemalas.

Mentua mengawal, suami berdiam.

Saya terfikir, rumah itu kan nafkah wajib suami?

Bukan rumah keluarga.

Tak boleh ada dua Raja dan dua Permaisuri dalam satu istana.

Kalau nak jaga mentua sekali pun, buatlah rumah asing.

Dekat tak semestinya serumah.

Menantu perlu ruang. Privasi. Hormat itu bukan dalam jarak, tapi dalam adab.

Surah At-Talaq, Ayat 6 (Dalil utama nafkah tempat tinggal)

“Tempatkanlah mereka (isteri-isteri kamu) di mana kamu tinggal, mengikut kemampuan kamu; dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan hidup mereka. Dan jika mereka sedang hamil, berikanlah nafkah kepada mereka sehingga mereka melahirkan kandungannya…”

Penjelasan :

Ayat ini secara langsung mewajibkan suami menyediakan tempat tinggal yang sesuai, mengikut kemampuan, dan tidak menyusahkan isteri. Sekiranya tinggal bersama mentua membawa tekanan, konflik, atau rasa terpinggir — itu dikira melanggar perintah Allah ini.

Pandangan Lelaki Seperti Ini Dikategorikan :

1. Lalai dalam tanggungjawab sebagai suami

2. Tidak sensitif terhadap emosi & hak isteri.

3. Kurang matang dalam peranan sebagai ketua keluarga.

Dan suami pula…

Saya belajar satu perkara:

Emosi isteri itu amanah.

Isteri bukan robot. Penat, letih, sunyi semua tu bukan “biasa”, tapi perlu dilihat.

Kadang tak perlu mahal pun

Belikan air kegemaran dia masa balik kerja.

Tanya “awak okay ke?”

Peluk bila dia penat.

Bawa dia keluar, tengok dunia, walau dekat je.

Sebab bila isteri rasa dihargai, dia boleh hadap seribu ujian dengan senyum.

Saya tengok sekeliling, dan saya belajar begini:

Cinta dalam rumah tangga bukan sekadar akad.

Ia perlukan akhlak. Empati. Ruang. Dan sedar bahawa kita semua sedang belajar.

Kalau kita warisi budaya tanpa soal, kita akan ulang luka yang sama.

Tapi kalau kita warisi kesedaran, insyaAllah kita boleh ubah takdir anak-anak kita nanti.

– Izzah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Inilah hakikat rumah tangga. selidik dulu calon suami nak bawa kita duduk mana selepas kahwin.Tanya betul betul.

    Banyak dah terjadi kepada kwn kwn saya.. serumah dengan mertua dan ipar akhirnya makan hati..suami anak emak…

    Jangan asal kahwin Aje kena tapis..
    Semoga kita yang bujang lagi ni diberi bakal suami yang ada empati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *