Saya Buntu, Macam Mana Nak Keluar Dari Rumahtangga

Salam semua. Tahun ni tahun kelapan aku kahwin. Anniversary kitorang dalam sebulan lagi. Sebelum kahwin aku ada sorang anak luar nikah dengan suami aku ni. Jadi sebab ni lah aku berkahwin dengan dia.

Dulu suami aku penagih. Lima tahun aku kahwin dengan dia memang sengsara. Selalu gaduh sampai sama sama pukul satu sama lain. Dia pukul aku teruk teruk ya. Dia pernah simbah air panas dekat aku. Terajang muka aku.

Tapi aku tahan je sebab aku malu la cerai cerai ni dulu. Kolot kan aku? Tapi benda tu semua aku ingat dan aku pendam dalam hati aku sebab dia tak pernah minta maaf betul betul minta maaf dengan aku.

Alhamdulillah tiga tahun lepas, suami aku berhenti menagih. Dia memang dah sepenuhnya tak ambik benda tu. Dan dia pun sangat menyesal dulu dia menagih.

Okay baiklah, dari dulu sampai sekarang aku kerap rasa diabaikan sebab suami aku memang banyak sangat benda dia biar aku buat semuanya sendiri.

Bila nak berbincang pulak, suami aku ni jenis kalau ada masalah yang kami perlu bincang, dia takkan bincang. Dia akan tidur. Dia akan buat lawak. Akhirnya perbincangan tak jadi. Dan aku makan hati lagi.

Suami aku hanya pandai bekerja dan dia pandai makan dan dia pandai layan youtube sama sama dengan anak. Nak ajar anak kerja sekolah? Nak kemas rumah? Basuh pinggan? Bawak kereta pergi carwash? Pergi dobi? Pergi mimpi lah itu semua dia tak buat ya.

Baru baru ni kami baru pergi mahkamah selesaikan kes talak. Kami pernah gaduh besar masa dia masih menagih dulu. Dan masa gaduh tu dia talakkan aku.

Aku pun masa tu pukul dia dengan hanger dan tumbuk tumbuk dia memang patut la kena talak. Marah sangat aku masa tu sebab dia bawak balik kawan kawan menagih kat rumah. Dua hari lepas kena talak, dia rujuk aku. Bodohkan aku masa tu? Tapi dulu aku memang malu nak cerai.

Beberapa bulan setelah talak yang pertama, kami gaduh lagi. Aku tak ingat punca nya, tapi aku ada simbah air sejuk kat dia masa tu. Lepas tu dia talakkan aku. Tiga kali lafaz. Dan dia sebut dengan talak tiga.

Lepas tu dia terus pura pura tidur atau memang tidur atau dia pengsan aku pun tak tahu sebab aku terkejut sangat masa tu dan aku meraung2 lah macam orang gila.

Setelah seharian lebih dia tidur, dia bangun. Aku ajak dia berbincang dan dia kata tak ingat apa apa. Dengan kejahilan agama masa tu, aku anggap jela tu talak yang kedua.

Entah hukum agama mana aku pakai, kami buat rujuk sendiri. Nak pergi mahkamah masa tu? Laki aku tak nak ya sebab dia kan menagih. Takut dia ke dalam terus.

Tapi sejak dari haritu, gaduh teruk macam mana pun dia tak pernah lafaz cerai ke apa ke walaupun aku kurang ajar macam mana pun.

Kan aku cakap tiga tahun lepas dia berhenti menagih kan? Perangai dia sama je menagih ke tak. Suka marah aku, muka sentiasa nak baran. Suka abaikan aku.

Dari lapan tahun aku kahwin dengan dia, aku rasa yang aku dah pro jadi pemuas nafsu dia je. Isteri solehah di atas katil sahaja.

Kami lebih kurang macam kawan cuma bila dia nak bersama tu je aku rasa aku nampak suami aku. Kalau tak bersama, kitorang lebih kepada housemate.

Depan orang kami seperti pasangan bahagia je. Sebab suami aku paling baik ya depan orang. Paling lembut. Paling sopan la.

Aku sebenarnya dah lama sangat tawar hati dengan dia. Tahun ni dari awal tahun aku rasa nak bebas dari dia.

Haritu dia ada tuduh aku bukak aib dia kat orang lain. Walhal aku tak pernah buat benda tu. Jadi lagi lah aku tawar hati bila dia tuduh aku. Jadi bila dah tersangat tawar hati tu. Aku nak bebas dari dia.

Kami dah selesai kes talak yang pertama kat mahkamah. Mahkamah dah sahkan memang ada jatuh talak tu. Sekarang ni aku tengah buntu untuk kes talak kedua. Aku nak failkan tapi aku tak ingat tarikh dia lafaz cerai kat aku. Bulan berapa pun aku tak ingat.

Bila kejadian tu sangat menyakitkan. Kita nak lupakan sampai tak ingat apa dah. Aku anggap ni kifarah aku sebab ambik mudah benda ni dulu.

Sekarang bila aku nak sangat clarify benda ni. Aku dah tak ingat apa. Aku tanya suami aku. Dia lagi la cakap dia tak ingat apa apa. Bahkan lafaz cerai tu pun dia kata tak ingat. Dia buat macam aku pulak berhalusinasi masa tu.

Dia siap dah bersedia ya nak bersumpah dalam mahkamah yang dia tak ingat apa apa masa tu. Tapi aku tak ingat tarikh kan jadi susah nak failkan kes.

Sekarang ni dah sebulan aku betul betul tidur asing dengan dia. Dia pun tak pernah pujuk aku tidur sebilik dengan dia. Jadi lama lama sudah terbiasa dah dengan keadaan macam ni.

Dan bila dah terbiasa macam ni aku makin nekad nak berpisah supaya aku tak mengharap apa apa dari dia. Yelah, kadang dia tak tanya pun aku dah makan ke belum. Kecewa sikit lah bila seharian tak makan tapi dia tak tanya apa pun kan.

Kalau ikutkan, aku boleh je buat permohononan cerai kiranya macam lafaz cerai kedua la. Tapi aku taknak tipu diri sendiri, aku taknak tipu mahkamah. Aku nak benda ni settle dulu.

Dulu masa aku baru di talakkan tu, aku ada post kat group krt guna nama samaran. Kalau ada yang terbaca or teringat tarikh boleh ke bagi tahu aku.

Masa dekat2 dengan tarikh lafaz tu, anak aku ada pergi klinik tau. Aku boleh ke pergi klinik tu nak tengok rekod aku ke sana eh? Aku sebenarnya dah buntu nak buat apa. Aku dah takde rasa apa dalam rumahtangga macam ni.

Aku cuma nak luahkan je. Sebab aku serabut sangat dengan benda ni semua. Kalau nak kecam aku sebab ambik mudah hal cerai tu, aku terima.

– Brokoli putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. kita selalu pandang hina non muslim x kawen tapi tinggal sekali dan beranak pinak. Sejujurnya, org islam pun mostly kawen to enjoy lifetime free sex. Unlike non muslim, kita juara tunggang agama untuk layan nafsu serakah. Undang2 shariah Malaysia pulak jaga kebajikan suami, takde bukti takde lah isu. Isteri sekadar pemuas nafsu dan hamba rumah tangga. Masih muliakah perkahwinan?

  2. Lebih baik awk pergi mngadu ke pejabat agama mengenai perkara ini betul2, sebab ia melibatkn talak, terutama talak 3 tu.. yg sya tahu, talak ni, w/pon dilafaz secara sedar atau pon tidak, secara gurauan atau apalagi scara serius, tetap jatuh.. n klau lps tu awk ‘bersama’, dikira haram dan klau rujuk pon kna juga maklum dgn pejabat agama.. klaw benar lah awk nk kluar dari r/tangga ini, mngkin kna tuntut ‘fasakh’, mngkin sebab tiada nafkah, atau pon prbuatan nya memukul dsb & juga sbb sejarah dia mngambil dadah dlu.. klau bole bwa bincang, cuba la sama2 stuju utk cerai, xlah bergaduh2 plak di mhkamah nt.. tentang tarikh tu mngkin boleh ‘recall’ dr kad klinik tu atau nyatakn x ingat tarikh yg tepat, mngkin ingat bln atau tahunnya.. slepas slesai nt, mulakn hidup baru dgn bertaubat, blajar agama dan mendekati Allah swt.. hidup ini bukannya lama mne pon, suatu hari nt kita akan mati juga.. dan apa yg penting ialah pengakhiran kita, sekiranya Allah menerima taubat kita, insha Allah dosa2 kita yg lalu juga diampunkn.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *