Saya nak tanya, saya tengah buang masa ke mengharapkan lelaki yang tengah struggle untuk halalkan saya?
Dia ni nak katakan struggle takdelah sangat cuma dari segi career masih tak firm. Kerja dia sekarang gaji banyak, tapi takde masa, kerja shift 12 hours. Selalu merungut penat.
Kadang saya selalu tersalah cakap lagi-lagi after dia balik kerja, apa lagi dia mengamuk lah. Pada saya mungkin dia penat sangat kot. Dan sekarang tengah mencari kerja lain yang lagi firm. Maksudnya title permanent, bukan kerja shift, and gaji yang okay.
Tapi masa dia dah takde sangat dah, kami jarang jumpa, hanya sebulan sekali. Saya okay je tak kisah pun. Tapi saya selalu complain pada dia masa. Masa dia hanya guna untuk kerja, tidur dan game.
Saya cuba faham, dia kerja shift, kadang siang kadang malam, and 12 hours a day, ye penat. Dia balik cuma tidur sahaja, then bangun pergi kerja. Kadang seminggu cuti 2 atau 3 hari sahaja, depends.
Dia selalu cakap dia penat takde masa dan rasa macam takde life, cuti hanya tidur and nak rasa macam hidup dia spend time main game. Saya tak kisah, saya okay je dia main game asal tak cari perempuan lain.
Tapi tak tahu lah, lelaki kan suka membohong, saya paling tak suka orang tipu even sekecil bende pun, saya tahu bila dia tipu sebab bila saya tanya banyak cerita dia tak tally.
Walaupun hanya tipu bende kecil tapi bila dia rasa tak bersalah untuk tipu and naturally tipu tu, buat saya rasa banyak lagi bende dia tipu saya yang saya tak tahu.
Bila saya cakap “Paling penting dalam relationship jangan tipu and ada rahsia even sekecil bende” then dia marah, maybe timing tak kena kot time saya cakap tu. Entahlah.
Masa saya dengan dia jangan cakap memang jarang paling-paling pun one time call in a day itu je, no contact or message at all, just a call in a day. Saya nampak effort dia makin kurang tapi saya cuba positif dia penat and busy kerja.
Masa first kenal dia kerja lain, so dulu ada lah masanya. Dia memang workholic, even after kerja or out of office hours pun dia masih fikir pasal kerja and update pasal kerja. Gaji banyak so dia tak berkira pasal duit pun, cuma memang jarang keluar sebab dia takde masa.
Kalau keluar pun saya jadi sebersalah sebab keluar after dia kerja shift 10/12 hours memang penat, saya pun boleh nampak dari gaya dan reaksi dia.
Tapi entahlah kalau nak ikut penat dia je memang tak jumpa lah and entah kemana lah kami. Bab duit tak berkira dia belanja je saya nak apa tapi thru online, sebab yelah jarang bersua muka takde masa.
Saya sekarang banyak mengalah dan redha. Ouh plan kahwin sepatutnya lagi setahun. Tapi bila tengok gaya dia, saya tanya kena marah, katanya dia tak suka kena push. Bukan push saya tanya untuk dapatkan kepastian yang hubungan ni end dia ke mana, bukannya muda lagi.
Kami berdua memang dah masing-masing patut fikir pasal kahwin dah. Masa awal tu dia memang janji bagi dia 2 tahun sahaja, tapi setahun sudah berlalu, bila saya tanya pasal plan kahwin kena marah, hmm. Saya pun tak tahu.
Saya ada cakap, if tak nak saya dah its okay lepaskan saya, saya taknak buang masa pada orang yang salah. Lagi tunggu lagi buang masa. Tapi dia salahkan saya katanya dia sayang saya tapi saya tak faham dia.
Sejujur nya makin lama saya tak nampak dah kami berakhir di alam perkahwinan, tapi bila saya cakap macam tu dia terus yakin kan saya dan cakap “akan kahwin, saya akan make sure” tapi no effort.
Bila saya tanya pasal simpanan dan persiapan dia kata in progress. Saya tak nak tanya banyak, nanti salah saya sebab push dia, saya malas nak gaduh. Tapi betul saya rasa dia pun macam dah tak kisah pasal life saya. Tak kisah langsung.
Saya match energy, if dia tak contact saya pun takkan contact, if dia dry, saya pun akan dry. Sakit and sedih tapi taknak beria, makin sakit. Saya kalau boleh nak melekat je yela sayang kan mana boleh tak contact tapi takpelah kita follow je cara dia.
Tapi makin lama, saya rasa buang masa sangat. Saya tak rasa dia betul-betul nak kan saya pun. Tapi dia memang jenis macam tu, even dari segi semua perkara.
Dulu mak saya selalu pesan kalau nak kan something usaha sungguh-sungguh. Itulah yang selalu kita fikir tapi dia bukan macam tu. Dia macam kalau ada, ada, kalau takde, takpe. Bukan pasal pasangan je tapi dari segi semua perkara, kerja, barang, education, career like semua bende.
In his life takde “kalau nak kena bersungguh-sungguh” I dont see pemikiran dia macam tu. Nak kata non-chalant tak, saya tak rasa macam ni. Dia more to pasrah, redha to takdir, without usaha yang sungguh-sungguh. Faham?
Kita biasa akan redha dan pasrah after dah buat macam-macam and usaha. Tapi dia tak. Belum apa-apa dah redha, or “tengoklah macam mana” Hm saya pun tak tahu lah.
Patut ke saya tunggu dan bagi peluang lagi or blah je…
– Yuni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit