Saya Dah Penat Mengemas

Assalamualaikum, saya Nana berusia 23 tahun. Macam yang semua tahu sekarang semua student tengah Open Distance Learning, ODL di rumah.

Saya agak tertekan sepanjang ODL di rumah sebab ayah saya seorang yang pengotor? Saya taktahu nak klasifikan ayah saya dalam pengotor atau tidak bertanggungjawab.

Btw ayah saya baru pencen 1 tahun. Ok meh dengar dulu cerita saya…

Ayah saya someone yang bila dia dah duduk di sesuatu tempat, dia tak masukkan kerusi balik ke tempat asalnya.

Bayangkan kalau meja makan tu ada 6 kerusi dah elok kita susun masuk dalam meja, tapi bila dia dah duduk tak reti nak masukkan balik.

Kalau 1 takpa lagi (walaupun saya geram) , ni sampai 2 3 kerusi dia bangun tinggalkan. Mesti ada yang comment nanti masukkan jela apa masalahnya?

Gais, kalau dah hari2 macamni siapa je tak marah? Bila dia dah siap makan pulak, dia letak je pinggan atas meja dan pergi cuci tangan.

Kadang2 dia basuh je tangan dia atas pinggan tu (tuang air dalam pinggan). Bila dia makan jajan2 atau kerepek, habis tumpah semua dekat lantai.

Btw ayah saya masih kuat lagi ya, takda parkinson. Dia nampak bersepah dia biarkan je, atas meja pun penuh berselerak. Bila saya cakap, ayah saya kata, “alah tak prasan, nanti kemas lah”.

Bukannya dia nak kutip balik, dah lah tak nak mengaku salah.

Pendek kata, ayah saya sejenis dia dah buat apa apa dia tak reti nak letak di tempat asal balik, tak reti nak tutup balik, dan tak reti nak kemas semula.

Kami ada 2 tandas di rumah, 1 tandas tu memang saya dan ibu je yang guna. Lagi 1 tandas ayah saya guna, pernah beberapa kali saya masuk saya tengok shampoo, segala peralatan mandi berselerak dekat rak dalam tandas.

Shampoo jatuh pun tak diangkat. Bila keluar toilet tak reti nak tutup lampu balik, hari2 macamni. Tapi bila kami yang terlupa tutup suis, eh teruk kami kena marah. Bila dia?

Takde siapa boleh marah dan dia takkan mengaku salah. Saya sangat2 tak faham kenapa ada orang macamni.

Saya jadi marah, ingat saya dan ibu ni bibik ke? Kami dah masak dah mengemas rumah. Takkan benda2 simple macamni dia nak harapkan kami yang buat.

Dulu waktu ayah bekerja pun dia macamni, tapi taklah keterlaluan sebab kebanyakan masa dia kat tempat kerja. Dan mungkin waktu tu saya masih sekolah dan belum kesah lagi benda2 macamni.

Bila saya semakin dewasa, saya jadi pantang bila orang buat sepah. Saya bukan apa, kadang2 saya jadi kecewa bila saya dah kemas kemudian bersepah balik.

Kadang2 saya terpaksa rela biarkan je sebab bila saya kemas ada je yang nak sepahkan balik sampai saya rasa nak menangis. Saya sangat2 stress, pernah beberapa kali saya mengemas sambil menangis.

Kalau budak kecik yang buat sepah saya boleh faham, saya tak kisah. Sampai satu tahap saya taknak keluar bilik sebab saya sakit mata tengok rumah tonggang langgang.

Bila kakak2 saya nak balik, baru ayah saya kelam kabut kemas rumah.

Dulu memang saya yang akan kemas dari ruang tamu sampai belakang, naik dengan tandas saya sental. Tapi sejak2 ni saya saja biarkan, baru dia tahu macam mana kelam kabut dia kemas.

Saya juga agak kecewa dengan sikap ayah saya, bila saya yang duduk rumah ni dia tak reti nak menolong apa2 macam saya bagitau tadi.

Tapi bila kakak2 dan suaminya balik, time tulah dia berlakon jadi bapa dan suami paling mithali. Baru lah reti nak angkat pinggan, buat kerja2, cakap baik2 dengan isteri. Sedangkan bila mereka tiada, perwatakan dia sangat berbeza.

Boleh tak kalau saya nak cakap ayah saya juga seorang yang hipokrit?

Tapi bab ni saya malas nak cerita lebih2. Cuma saya nak cakap yang saya sangat stress dengan suasana yang macamni. Saya minta maaf kalau saya cerita disini, saya cuma ingin meluahkan sahaja.

*Saya dan ibu dah banyak kali pesan pada ayah tapi tetap sama*

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *