Saya seorang isteri berkerjaya dan mempunyai seorang anak berusia 6 tahun. Saya dan suami sudah berumahtangga selama 8 tahun.
Saya bekerja di sektor kerajaan dan suami anggota beruniform. Saya bertugas dikawasan bandar yang mana memakan 1jam lebih untuk sampai ke tempat kerja.
Semasa saya mengandungkan anak pertama suami berulang alik untuk menemani saya tapi memandangkan tugas suami sebagai anggota beruniform jadi jadual kerjanya tidak menentu dan saya akan tinggal dirumah berseorangan.
Tapi saya tidak kisah semua itu kerana saya memahami tugas suami saya.
Selepas saya melahirkan anak kami, saya mengambil keputusan agar saya yang berulang alik bekerja memandangkan anak saya dijaga oleh ibu dan kakak saya dikampong sementara saya bekerja.
Begitulah rutin saya hari-hari selama 7 tahun. Penat lelah hanya Tuhan yang tahu.
Suami saya seorang yang baik tetapi dia selalu lupa akan tanggungjawabnya. Selama perkahwinan kami hanya saya yang menanggung semua keperluan rumah dan lain-lain. 90% barang keperluan rumah disediakan oleh saya.
Saya tidak memaksa suami untuk membeli keperluan tersebut kerana saya paham gaji beliau lebih kecil dari saya. Jadi saya dengan rela hati untuk membantu beliau dari segi barang keperluan rumah, keperluan anak saya dan lain-lain.
Walaupun dia dalam kesusahan seperti kereta rosak, minyak kereta dan lain-lain.. saya dengan rela hati membantu. Kerana saya kesian dengan suami saya dan tidak mahu menambah beban beliau.
Tapi saya silap, dengan semua bantuan dari saya membuatkan suami saya lupa akan tanggungjawabnya dan mengharapkan saya menanggung keperluan keluarga. Dia juga tidak mampu mengurus kewangannya dengan baik.
Dari awal perkahwinan, suami saya jenis yang suka bermain game dalam telefon bimbit beliau. Hinggakan dia lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam membantu saya di rumah.
Setiap kali saya pulang kerja, pasti dengan handphone ditangannya bermain game. Sampai satu tahap saya suruh dia berhenti bermain game tapi tidak diendahkan.
Sampai satu tahap, saya mengalami kemurungan kerana terlalu letih.
Suami setiap kali dibawa berbincang untuk memperbaiki masalah kami akan berakhir dengan pergaduhan dan dia akan memberi saya “silent treatment” berhari-hari lamanya. Sampai satu tahap kami tidor berasingan kerana sudah tidak sefahaman.
Hinggalah pada tahun 2020. Saya mengambil keputusan untuk bercerai kerana saya sudah tidak tahan dengan perangai suami saya.
Tapi dia berfikir saya tidak mengambil serius untuk bercerai dan beliau masih endah tak endah dengan keadaan kami. Ini membuatkan saya semakin stress.
Saya mengharapkan dengan meminta cerai beliau akan sedar dan berubah. Namun tidak sama sekali. Hinggalah saya meminta cerai kali kedua iaitu pada hujung tahun 2020. Yang mana kali ini saya nekad.
Beliau sedar saya tidak main-main. Hinggalah kami mengambil keputusan untuk tinggal berasingan.
Suami merayu dan berjanji untuk berubah. Tapi saya sudah tawar hati dan tidak mampu untuk meneruskan.
Hinggalah saya meminta cerai untuk kali ketiga suami masih tidak mahu melepaskan dan beliau memohon diberi peluang.
Saya pun memberi beliau peluang dan sekarang sudah setahun. Saya masih tidak mampu untuk menerima suami saya seperti dulu.
Hati saya sudah betul-betul tawar. Saya sudah tidak mampu lagi menjadi isteri yang baik untuknya.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit