Saja nak share kisah hidup aku dgn hyperhydrosis ne. Panjang… So kalau malas tak yah baca, hahaha. Hyperhydrosis ne selalunya basah tapak tgn n tapak kaki. Dalam family yes aku n akk aku ade hyperhydrosis tp dia tak teruk sgt n lmbt kenanya n da ok after kawen.
Aku 1st time kena time aku darjah 4. Mula2 dulu sblm basah tapak tgn aku akn rasa mcm ade bnda mncucuk2 tgn macam jarum2. N after that baru basah. N still aku blh rasa sblm dia bsh. Then start lower form tak silap time tu da tak de rasa apa tiba2 je basah. Tak de sign. Sukati je nak basah siang ke malam ke. Time panas ke time sjuk ke dlm aircond ke. N tahap teruk smpai menitik2 air kat tpk tgn n kaki sampaikan aku jalan kat lantai pun basah lantai. Kalau tapak tgn basah teruk ade tahap airnya akn mleleh ke lgn. Mcm org bsuh tgn da bshnya.
Kawan2 ada yg pandang pelik. Ahahaa. Ada siap godek2 jari n tapak tangan siap lap2 then picit2 nak tgk mcm mana air blh keluar byk. Korang ingat aku span nak picit2??. Ahahaaa geli hati bila ingat balik. So far aku dah 25 tahun means da 15 tahun +- aku hadap benda ni. Zmn skolah dulu dr suggest operate sbb student insuran cover. Tp ade risiko nya n aku takut. So tak proceed smpai sudah. Aku bertahan je sampai laa ni.
Ya! benda ni byk bagi impak dalam hidup aku. Antaranya:
1) Hilang konfident nak salam org atau brpegangan tgn ala2 semangat atau ukhuwah dlm program2. Penat aku lap2 tp sat ja dia basah blk. Paling takut kalau ade org geli sbb tgn aku yg bsh. So selagi blh elak salam dgn org aku elak. Even depa kata aku sombong. Huhuhuu. Kadang time program aku tak bagi pgg tangan soh pgg baju je. Ahahaha
2) Zaman skola rendah. Amatlah menyiksakan sbb pakai pensel & pemadam. Tgn aku basah. Kertas buku. Kertas ujian smua akn basah. Soo aku selalunya akn koyak kertas n lipat tebal2 buat lapik baru dpt tulis. Tu pun kdg kertas tu lencun n still kertas buku or ujian basah. N paling seram kalau salah tulis. Berani nak padam??Koyak buku n paper etak am. Uhuhuu maka. Aku spnjg etak am smpy upsr smpy la u aku suka tulis jwpn smua kat kertas soalan siap2 baru tulis semula n tambah ayat kat kertas jwpn. Kena yakin sekali jwap tak leh ubah pikiran sbb tak de harapan nak padam. Ohh ya. Ini terjadi waktu spm jugak time buat graph. Time lukis2. Yg guna pensel. Serta hitamkan dlm kertas omr. Sekali ja mampu buat.
3) Sekolah menengah. Kwn2 aku pelik sbb aku balut kalkulator scntifik dgn pmbalut buku. Ahahaa. Sbb sblm nya 2 kalkulator aku rosak sbb masuk air. Dah tahap tak leh slmatkan dah. Mahai oii. Soo aku amik inisiatif balut je kalkulator baru tu n alhamdulillah dia survive. Ahahhaaa
4) Zaman u. Aku masa 1st yr ade engineering skill. Kena buat wiring. Aku takut je kalau aku melekat kna renjatan time buat wiring tu. Tp alhamdulillah. Walaupun wayar2 bsah tp aku lap2 dia elok2. Dia baik ja function. Fuhh.
5) Time praktikal aku service machine. Aku melekat kat machine weyhh. Tekejut aku kene renjat mcm tu. Ke dada sakit nya. 2tak ke 3tak aku kena. Nasib baik aku ok lagi. Huhuu
6) Dekat rumah. Dulu aku pnh jgk kna renjat time basuh baju guna mchine yg muka depan tu. Then aku repair kerera mainan ank buah pun kena jugak. Then aku pnh kene renjat ngan telefon pun. Battery telefon. Haihh tu pun blh kena
7) Hp aku byk terkorban sbb di masuki air. Tanpa aku sdr. Ahahha. Pasal tu aku akn beli fon murah2 je. Tp sejak ade smart phone ne makin pyh sbb screen kan. Kdg aku tak dpt bkk paswod. Kdg tak dpt nk slide2 dia. Kdg telepon ne terlebih pintar sukati je slide2 sendiri ikot suka. Hahaha sbb dia da tak betul asyik basah je skrin nya. Kalau taip tu typo sllu sbb dah lap tp screen p detect hruf lain.
8) Zaman praktikal. Service machine kat hosp2 buat ppm then tulis2 repot. Kna mchine yg kotor2 prlu pkai glove tp aku tak blh pky sbb tgn aku bsh. Skli pky glove sat je bbrpa saat kmudian air mgalir kat lengan dr tapak tgn time tgh2 service. Kau rasa?. So aku terpaksa lah tak pakai glove. Huwaa. Then ade msa tgn aku akn jd sgt lembut. Sng luka even kna hujung file je pun time dok bz buat report hosp. Then aku risau aku terdedah dgn pelbagai virus sbb aku service plbagai machine kan. Tanpa glove. Uhuhuu. Aku plg takut mchine2 yg bekaitan dgn drh. N brg2 kat lab hospital. Seriously.
9) Zaman kerja. Fuhhh syukur skrg aku dah kluar dr bidang service mentanence padahal tu yg sbnarnya jiwa aku minat. Tp allah tu lge tahu mana jln yg lebih baik utk aku. Sekarang aku keje bhgn software. Office. Aircond. Main mouse je so kurang sikit la risiko trdedah dgn mchine2 brbahaya. Tp nak di jadikan cerita. Mouse pun lencun oii. N aku da tukaq mouse baru. Hrap bertahan lah. Ahahaa. Menyebabkan design2 n keje2 aku lambat sikit. Sbb mouse mcm tak smooth sbb slalu d basahi air. Ahahaa. Soo aku trpaksa struggle supaya laju lagi. Ahahaa. Sadiss. Then aircond. Maigaddd sbb tapak tgn n tapak kki aku basah. Sejuk aircond tu rasa masuk smpy ke tulang. Mmg rasa mcm kat kutub utara tu haaa.
10) Masa dpn. Aku takut nak bersuami. Sbb aku tak konfident nk present diri aku. Byk sgt rasa kurang nya. Ade aku baca kata hyperhydrosis ne umpama kurang upaya yg tak nampak. Huhuhuu. N aku tak konfiden nak tgn di sentuh or what so ever. Even dgn kwn prmpuan pun aku ade masa low confident. Aku tak kan sntuh klu aku tak btul2 rapat dgn diorang. Sbb aku tkut diorang geli. Soo yg rapat dgn aku. Yg mmahami aku. Yg trima aku. Yg tu yg aku selesa nak brtepuk tampar bagai.
Itu je la sedikit kisah aku dgn hyperhydrosis ni. Ade ramai tak luar sana yg senasib dgn aku???
Siapa sama kita geng!
– Cik Bee
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit