Saya, Fibroid dan Rahim

Cerita ini berkisarkan kisah benar yang berlaku. Bermula pada bulan 6 sewaktu covid masih menggila, saya mengalami kitaran haid yang panjang iaitu kira-kira 2 minggu.

Saya sebagai perawat kesihatan percaya ini adalah tanda-tanda awal yang menandakan organ rahim saya tidak sihat.

Saya tidak menunggu lama dan terus mendapatkan rawatan awal dari pakar ob/gyn. Scan dibuat, hanya terdapat 2.5cm fibroid, tetapi ia dikhabarkan tidak menganggu kitaran haid saya. Mungkin hormone saya sedikit terganggu akibat covid melanda.

Saya dibekalkan dengan ubat provera dan dinasihatkan makan dalam tempoh 3 cycyle. Saya monitor setiap kali cycle dan catitkan didalam kalender, tetapi tiada tanda-tanda cycle haid saya akan kembali normal.

Setiap temujanji saya datang dengan patuh, setiap kali temujanji dose ubat akan berubah sehinggalah haid saya turun berketul-ketul dan menyebabkan haemoglobin saya turun mendadak.

Dr telah melakukan pelbagai rawatan termasuk hormon level, thyroid funtion test, hsg, fbc dan lain2. Ubat ubatan sering kali bertukar setiap kali datang temujanji.

Dalam tempoh itu saya tidak lagi dapat membezakan darah haid dan istihadah kerana kucar kacirnya kitaran haid saya.

Mengambil keputusan mazhab syafie saya meneruskan solat seperti biasa dan menyucikan diri setiap kali ingin solat. Bertapa susah dan sukarnya dalam keadaan begitu beberapa bulan hanya Allah sahaja yang tahu.

Pada bulan 10 tiada tanda2 haid akan berhenti, saya mengambil keputusan beralih kepada pakar yang lain untuk second opinion. Keputusan scan amat memeranjatkan saya, fibroid sudah membesar 8cm didalam dinding rahim.

Dr mencadangkan pembedahan buang rahim kerana tiada pilihan lain kerana fibroid berada didalam dinding rahim. Tiada lagi pilihan kedua bagi saya.

Saya mengambil masa bertenang, memikirkan baik buruk, tetapi dengan kuasa Allah saya tumpah darah dengan banyak, dan saya dikejarkan ke hospital.

Didalam keadaan lemah dan sakit, saya setuju melakukan procedure DD+C. Lakukan apa saja asalkan pendarahan dapat berhenti. Saya boleh mati akibat pendarahan tidak terkawal daripada fibroid itu sendiri.

Setelah sedar, barulah Dr menerangkan saya telah menjalani procedure cuci rahim seperti wanita2 keguguran. Biopsy dinding rahim diambil untuk diperiksa.

Rahim saya juga dimasukkan MIRENA satu alat pencegahan kehamilan yang juga alat untuk menipiskan dinding rahim/ mengawal pendarahan dan akhir sekali Dr telah menyuntik Zoladex.

Ubat untuk menghentikan hormon saya yang memberikan kesan menopuse sementara. Selagi tubuh badan saya masih mengeluarkan hormon, selagi itulah ovulasi akan berlaku,

Dan dinding rahim akan luruh sebagai haid dan selama itu saya akan mengalami pendarahan. Secara zahirnya saya telah diinduce menapouse.

Saya diberi cuti sakit selama 2 minggu. Walaupun saya perawat kesihatan saya juga berpantang seperti orang yang keguguran. Malangnya 5 hari selepas itu saya dikejarkan ke hospital akibat sakit kuat pada abdomen. Terasa sakit pada skala tertinggi dari semua skala kesakitan.

Dr juga terkejut dengan keadaan saya dan dikejarkan ke labour room serta merta. Disana saya diberi ubat tahan sakit dan ubat tidur. Apa yang saya dengar sayup2 hanya lah scan iud, readjust iud dan saya mula tidur.

Sesudah sedar, saya melihat Dr dihadapan saya… tersenyum pahit. Menerangkan sedikit sebanyak dan mencadangkan pembuangan rahim.

Rahim saya sudah rosak akibat adenomyosis. Beliau tidak memaksa saya. Cuma memberikan kata2 semangat agar saya kuat dan sabar.

Beliau memberikan jangka masa hanya 6 bulan, berikutan injection zoladex hanya untuk 6 bulan, selepas pada itu dia pasti saya akan kembali mengalami pendarahan.

Setelah kembali kerumah, pendarahan masih ada tetapi berkurangan tetapi diuji dengan kesakitan yang amat dasyat. Saya terpaksa mengambil opiods untuk melegakan kesakitan. Setiap kali sakit terasa ajal menghampiri saya.

Setelah beberapa kali mengalami episode pendarahan dan sakit tiada henti, saya setelah habis ikhtiar melakukan istikharah walaupun jawapannya saya telah tahu dari awal lagi.

Saya berdoa untuk diberikan kekuatan hati dalam memilih jalan yang tepat dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk melepaskan rahim saya pergi kerana ia telah menganggu fungsi tubuh badan, emosi dan mental saya.

Saya tidak mampu pertahankan sesuatu yang telah rosak. Sesungguhnya masanya telah tiba.. Saya dengan redha hati dan lapang dada menandatangani keputusan untuk buang rahim. Membuang puncak kewanitaan setiap wanita. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar.

Saya dimasukkan 3 beg darah bagi menggantikan darah yang hilang. Setelah 4 hari berada dihospital saya akhirnya dibenarkan pulang. Luka pembedahan seperti c-section sahaja.. bezanya saya tidak dapat melahirkan anak dan tidak akan haid lagi.

Inilah kisah saya bertarung dengan penyakit kebanyakkan wanita masa kini. Hanya beberapa bulan sakit, saya telah kehilangan rahim. Buat para remaja dan wanita diluar sana jika tubuh badan sakit, itu menandakan tubuh perlukan rawatan.

Manusia bukanlah robot untuk menahan kesakitan. Dapatkan rawatan seawal mungkin. Kami di KKM sentiasa mengalukan kedatangan anda. Jika mempunyai insuran perubatan dapatkan rawatan dan scan dimana2 hospital swasta seawal mungkin.

Period berpanjangan, darah yang turun berketul2, senggugut yang teruk bukanlah perkara normal pada tubuh badan wanita. Ia memberi tanda organ rahim anda sedang sakit. Jika perlu makan ubat, makanlah jangan takut buah pinggang akan rosak seperti yang dimomokkan.

Jika perlu di operate, teruslah kehospital, para Dr di Malaysia antara yang terbaik. Jika perlu beberapa pandangan tentang masalah kesihatan anda carilah orang yang arif pada ilmunya.

Saya antara hamba Allah yang diuji, biarpun mempunyai pengetahuan, kemudahan dalam bidang perubatan tetapi saya hanyalah hamba yang kerdil, setelah pelbagai usaha dan doa rahim saya diangkat seawal umur saya 35 tahun, masih belum berkahwin dan dipuncak kerjaya.

Tiada kesal, hati sudah redha dan kini saya kian sihat.

Perjalanan hidup yang singkat..

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *