Puas saya fikir, patut ke saya tulis confession dekat sini. Pedih hati saya. Mungkin orang ramai akan kecam saya lepas baca ni.
Malam tadi, saya sempat berpillow talk dengan anak sulung saya yang berumur 9 tahun. Saya minta dia cerita apa yang dia ingat sepanjang dia bersekolah dah masuk darjah 3 ini.
Dan saya terkejut.
“Abang lupa nak cerita dekat ibu. Tapi ni dah lama. Dari abang darjah 2 dulu lagi. Cikgu F tampar abang dan kawan dekat surau.”
Saya terperanjat. Saya tak pernah tahu. Anak tak pernah cerita. Jadi saya tanya, kenapa Cikgu F tampar dia.
“Masa tu abang usik mikrofon dekat surau. Mula-mula kawan yang pegang. Lepas tu abang pegang, mic tu tiba-tiba berbunyi nyaring. Cikgu F datang dan dia terus tampar abang dan kawan.”
Allah. Luluh hati saya dengar anak cerita. Takde pun riak sedih diwajahnya melainkan dia cerita macam biasa je. Saya tanya lagi, kenapa abang tak pernah pun cerita pada ibu?
“Abang lupa, bu.. Lagipun dah lama. Abang tak nangis, kawan yang nangis. Sakitlah juga tapi abang tahan.”
Lalu saya cakap,
“Kenapa abang usik barang cikgu? Lain kali jangan usik, jangan pegang. Melainkan cikgu yang suruh. Kan dah kena tampar macam tu. Ibu tak suka dengarlah. Ibu sedih. Abang jangan buat lagi ye?”
Anak cuma angguk tanda paham.
Semalaman saya tak boleh tidur mengenangkan anak saya ditampar guru di sekolah dan saya langsung tak pernah tahu.
Boleh jadi anak takut nak beritahu pada saya. Kalaulah saya tahu masa tu, saya akan bersemuka dengan guru terbabit.
Besar sangat ke kesalahan anak saya sampai cikgu tampar muka dia?
Kalau sekalipun mic tu rosak, boleh inform pada saya dan saya mampu ganti. Saya akan ganti. Tapi, kenapa pilih menampar budak-budak?
Soalan saya dekat sini, perlukah cikgu TAMPAR? kenapa tampar muka anak orang instead of rotan di tapak tangan? Relevankah budak umur 8 tahun di tampar? Adakah guru dibenarkan menampar pelajar?
Saya tahu anak saya salah, usik harta sekolah tapi saya tak boleh terima anak saya ditampar.
Katalah apa sahaja, kecamlah saya sekalipun.. saya tetap pertikaikan bentuk hukuman menampar muka pelajar. Setahu saya, guru dilarang menampar murid.
Memang benda ni dah lepas. Dah lama pun berlaku. Anak pun dah lupakannya, tapi saya rasa terkilan.
Selama ni saya hormat guru.. saya berterima kasih kerana mendidik anak saya.. tapi entahlah. Kejadian ni betul-betul buat saya terkilan.
Saya tak nak tahu kisah orang lain masa kecil ditampar, diterajang oleh cikgu. Zaman dah berubah. Gunalah pendekatan lain untuk menghukum murid.
Kalaulah saya tahu dari awal, saya akan berdepan dengan guru tersebut. Saya kesal dengan apa yang dia buat.
Saya tanya anak, adakah sebab mereka usik mikrofon tu, mikrofon tu rosak? Anak jawab tidak, hanya keluarkan bunyi yang nyaring lepas tu ok.
Bukan saya tak move on tapi hal ni saya baru tahu. Kalau saya dah tahu lama, saya tak rasa sekesal ini.
Guru tolonglah jangan tampar muka anak orang. Hukum cara lain, tapi bukan dengan menampar muka budak kecil yang tak mampu nak balas balik dan terima je apa yang anda buat.
Saya sedih. Orang boleh kata apa je. Kecamlah nak kecam saya. Saya cuma meluahkan sahaja apa yang saya rasa.
Saya tahu kerja anda banyak berjasa pada masyarakat, tapi tu bukan alasan untuk anda tak boleh ditegur.
Nak ambil tindakan, benda dah lepas. Silap-silap Cikgu F pun dah tak ingat dia pernah tampar anak saya. Tak ada apa dah yang saya boleh buat.
Jadi ini saya nak tegur guru-guru. Nak hukum anak murid biarlah berpada-pada. Jangan kerana terlajak perbuatan, buruk akibatnya.
Nak kecam saya, takpe. Kecamlah. Saya tahu anak saya salah. Cikgu tak pernah salah.
Saya terkilan.
– Seorang Ibu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit