Saya tahu nama saya kini kotor di kalangan rakan sekerja.
Saya dilabel janda penyondol.
Semua pandang saya dengan jijik macam saya perampas hidup orang.
Tapi mereka tak tahu cerita sebenar.
Saya janda, ya. Tiada anak. Tapi saya bukan penyangak cinta.
Saya cuma jatuh cinta dengan seorang lelaki yang buat saya rasa dilindungi.
Dia masih suami orang. Lafaz cerai belum dibuat. Tapi hubungan mereka dah lama dingin.
Dia sendiri cerita, rumah tangga mereka hanya tinggal nama. Isteri toksik, banyak tekanan, tiada lagi rasa suami isteri.
Saya tak suruh dia bercerai. Tapi dia sendiri yang buat keputusan untuk halalkan hubungan kami.
Dia muda. Elok rupa. Wangi.
Pegawai audit kesayangan pihak atasan. Berisi tapi penuh karisma. Cara dia bercakap, cara dia bawa diri buat saya rasa dihargai, buat saya rasa perempuan semula.
Mereka cakap saya perampas, tapi mereka tak tahu saya muncul ketika dia dah ditinggal secara emosi.
Tapi cabaran saya bukan dari isterinya saja.
Bekas kekasih dia pun masih ganggu.
Kononnya ikhlas bantu dari segi kewangan dulu. Tapi bila tahu dia pilih saya, dia naik marah. Dia tuntut hutang, keluar surat, gali kisah silam saya, fitnah saya.
Paling menyakitkan dia panggil saya ‘mak cik’ sebab umur saya lebih tua.
Saya menangis depan lelaki tu.
Tapi dia genggam tangan saya, lap air mata saya, peluk saya dan bisik:
“Saya pilih awak. Jangan takut. Saya dengan awak.”
Dalam pelukan dia, saya rasa kuat semula.
Tapi saya tak dapat sorok satu perkara saya benci kucing.
Seekor kucing betina yang dulu bekas GF dia hadiahkan, masih tinggal dengan dia. Saya tak selesa. Saya geli.
Sekarang, bekas GF dia tuntut kucing tu balik tapi langsung tak bagi duit untuk kirim balik ke Sarawak.
Saya yang kena tanggung rasa terganggu, dia pula nak tunjuk hak.
Dan ya… saya tahu kewangan lelaki saya sangat tenat sekarang.
Loan peribadi dia kena tolak. Dia dihalau dari rumah sewa.
Dan tuntutan bakal ex-wife (bila lafaz dibuat nanti) pasti akan jadi beban tambahan.
Dalam diam, saya ada satu permintaan.
Saya tak mahu anak-anak dia tinggal dengan dia bila cerai rasmi berlaku nanti.
Saya tak berani cakap terang-terangan, sebab saya tahu dia akan marah. Tapi saya hanya mahu hidup berdua dengannya.
Tanpa gangguan. Tanpa komitmen yang tak kami rancang.
Saya mahu semua perhatian dia untuk saya saja.
Saya mahu kami bebas, dan hidup ikut aturan kami sendiri.
Saya tahu orang luar nampak saya macam perosak. Tapi Tuhan tahu niat saya.
Dan yang paling buat saya kuat ibu lelaki itu sangat baik dan menerima saya.
Saya pernah ikut mereka hantar mak dia ke lapangan terbang waktu nak pergi haji. Dia peluk saya dan senyum.
Bagi saya, itu satu isyarat bahawa saya masih ada tempat dalam hidup ini walau semua orang mencemuh.
Saya bukan sempurna. Tapi saya jujur.
Kalau itu harga yang perlu saya bayar untuk cinta saya rela.
– SJ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
haram kak peluk2
kucing tu kt rmh dia biala, ko bukan serumah dgn dia pun.
ko dh masuk rmh dia ke kak? dosa kak
anak dia tu smpai mati tanggungjwb dia kak.
kepala hotak ko bejambul la kak
Peluk2 tp belum sah
Redflag Dua Dua
Ap hak awak nk pisahkan bapa dgn anak? Belum apa2 da tunjuk prangai mak tiri jahat
hahahhahahahaha.. yg last tu marah bbenor
ni rage bait ni hehehe
Oi mak cik. Tak sedar diri ke? Kifarah la untuk awak. Kucing pun nak benci. Dasar janda penyondol.
tapi setahu saya, lelaki kalau curang memang dia akan kata dia dengan isteri dia dah lama ada masalah dekat rumah. tinggal tunggu masa je untuk cerai. hmmm ayat biasa tu
Betulll saya sokong 110%
Ramai lelaki yg condemn bini bila ada masalah…mungkin betul…mungkin tidak…anak tue tanggungjawab dia sampai mati…mak dia mungkin betul…tapi bini dia je tau peel suami dia sebab hidup bersama…jgn selfish utk hidup berdua…bersedia lah nak tanggung hutang bakal suami nanti…kalau nak betul2 clean..carik lelaki lain..kalau nak susah bersama..hidup lah dengan dia
Cam gamp.. haihhh nk carut tp kena sabo..
Wake up Makcik. He is still someone husband. They are still married, no matter what lies you choose to believe. You may think you have won, but in reality, you are just a mistress. No matter how much attention you beg for, you will always be just a mistress. A shame. A sin. And in the eyes of God, society and the law, you are nothing more than a homewrecker. You carry no title, no honor and no pride. That is nothing to be proud of. You are just distraction, a sin and nothing more.
you go girl! mcmni la kita nk tgk. sondol selagi boleh, anak2 dia ko buang . baru boleh bahagia
Sama je kan jalan cerita laki curang konon memang ada masalah dengan bini sekarang. Yang si janda ni pun simpati la konon and terpaling dipilih, gatal.
Tolong la makcik, dah tua2 ni nak hidup tenang2 je, ni kau sibuk nak hidup dengan laki yang nak jatuh miskin yang nak pergunakan kau. Dah la masalah keliling, masalah bini, masalah ex gf. masalah kuceng, masalah anak, pelik betul pilih jalan hidup pun. Dapat hati dia sekali masalah buat apa. Bertaubatlah
mcm chatgpt je.. betul ke tak cerita ni
Kucing tak bersalah.
Isteri tak bersalah.
Anak-anak tak bersalah.
Mak dia pun tak bersalah.
Awak ni J dah biasa hidup tanpa tanggungjawab, habis semua anak-anak dia awak nak ‘hilangkan’ dari hidup dia. Pergilah cari D yang sekufu, bukan dia.
Hahahaha. Dasar penyondol tua tak sedar diri. Entah dia nak ko sebab duit ko je la. Hahahaha. Terus kahwin eh. Tak sabar nak tengok ko bela biawak hidup
Terdesak level dewa. Haha!! Sampai jd b0d0 x dpt fikir mana betul mana tidak. Selfish tahap n3r4k4 sbb xnk anak² dia hidup dgn dia. Oi betina, sedar la eh. Sblm terlambat.
Confession mak janda yang bodoh and tak sedar diri. Sedarlah, lelaki tu bermasalah. Kau nak masuk perangkap dia, silakan.
Belum apa2 dh tunjuk perangai penyondol, bukan setakat kucing, dengan anak anak pun kau nak pisahkan dengan dia…
Tunggu lah kifarah untuk kau nnti, takkan selamanya kau boleh berkepit dgn dia.
Cinta itu buta. Konon. Lani wangi lagi la xkwen lg. Laki tu dhla hutang byk. Sggup ko terima.. Dgn anak ramai lg. Yg pasti ko xleh pisahkan dia dgn anak2 dia. Haram oi. Klau ko sygkan laki tu ko nk ke dia masuk neraka sbb jd bapak yg x bertanggungjawab? Sebenarnya ko ada sifat selfish. Nth ko perasan ke x. Dia kata dia ada mslh dgn wife dia sblm ko ada. Tp tula mulut kaki yg curang. Sebenarnya masa ko start ada tu dia curang dgn bini dia. Pastu ex dia plk ada. Ko rasa ko bahagia ke dgn ex dia mencelah lg? Ke laki tu gatal?xmustahil lps kwen dgn ko dia pasang yg baru plk. Nnt ko mkn hati. Jd mcm kwn aku. Dulu ambk yg org pnya lani dia tgh derita sbb laki tu ada ppuan lain. Gud luck! 😁
hmm…entah la kak. Tapi yg pastinya di medan kehakiman yg terakhir, segala-galanya akan dipersoal, ditimbang dan dihakimi. Akak dah ready ke nk jawab semua tindakan akak.
sis…maaf cakap lah…mmg dh pupus ke laki bujang kat malaysia ni?yg bujang terlajak melambak…mmg malas nak mencari ke?atau sis ade masalah kurang keyakinan diri nak bercakap ngn laki2 bujang…then sis nak bapa nye…anak sis xnak…kenapa buta perut sgt?dan lagi…dah tau member tu ade problem ngn wife dia yg sis sebok2 jadi tukang kaunseling xbertauliah kenapa?saya pon xsalah kan officemate sis cakap sis penyondol…just suck it up je lah…mmg betul sis penyondol…jgn jatuhkan maruah perempuan lah sis…lagi lak sis janda…mintak maaf lah kalo ayat saya ni kasar sbb bapa saya pon waktu muda2 mcm ni gak…ade gf lain…dia buruk2 kan mak saya cakap mak saya xsayang dia bagai…padahal.dia sendiri menggatal…last2 bapa saya tinggalkan pompuan tu cm tu je…alhamdulilah mak bapa saya dah okay…saya takut sis ni dijadikan “bus stop” je ngn laki tu…pikir2 kan lah ye
Nasihat saya tinggal kan je jantan tu.. nampak sangat dia nk amik kesempatan, tu pun awak x nampak ke? Apoo lupa kan sajalah angan2 indah awak nk hidup berdua dgn dia je. Xkan jadi kenyataan.
Confession mak janda yang bodoh and tak sedar diri. Sedarlah, lelaki tu bermasalah. Kau nak masuk perangkap dia, silakan.
ni bukan cinta itu buta kak ini cinta itu but0 kak , buat buat la mengucap kak sedar yang dia nak pergunakan akak je plus jangan suka hati nak putuskan hubungan anak dengan bapa ya kak , jahanam namanya tu
Sama spt kisah sy cuma org ke3 tu pula pegawai audit.. Ex pun ckp dingin dgn isteri n kwgn ex pun tenat.. Hahaha.. Aih.. Sama btul la kisah ni.. Hehheh
Hati2 la..zmn skrg ramai laki nk menumpamg harta perempuan..xkn nak bela biawak hidup..
Lg2 laki mulut manis.. bahaya..
Dh peluk, genggam tgn.. Ni bkn lelaki baik.. Kalau dia lelaki baik, dia tak cerita keburukan bini dia.. Dia tak peluk ko.. Dia tak genggam tgn ko.. Lagi 1 masalah, ko nk jantan tu, tp ko tak nak anak2 dia.. Apa jenis pompuan la.. Selfish.. Lg 1, jangan tanggung biawak hidup.. Nanti ko menyesal seumur hidup.. Nanti kalau gaduh, ko akan ungkit
jaga lah aklhak ko tu sebagai janda, nampak cam tk jaga batas, lelaki ni ko kena faham, sebeblum dapat camtu la, caring, lovely, pandai main dgn kata2, bila dh dapat nanti, ko tau la camna, utk isteri dai, semua buruk, ni sekadar nk dapatkan perhatian dan simpati ko jer, jgn sampai terkena lagi….
Aku tak nk mengata kat hg sbb aku ada ank pompuan.tp satu ja aku nk ckp.bekas lubang org hg selera lg.dah tau masalah berkepuk nk hadap lg.entah² nti hg pun di jandakan.dh ada bini,gf ada lg tuh..hg nk jd spare part ka.ikut hg laaa..tp ingat.apa yg hg buat kat org.besok lusa hg akan rasa blik mcm mn..tepuk dada tanya iman.maaf noh
Apoo kak. X kawen lg memang la semua wangi. Yg busuk sorok2 lagi. Nanti dah kawen, setan dah tak bersorak kat tepi mcm time ko peluk2 tu, semua dah x sedap kak. Time tu jugak timbul satu2 masalah.
Kalau nak hidup berdua je, apa kata cari yg bujang kak. Bukan duda ada anak. Bapak selfish kau ni. Terpaling nak bahagia, tapi merampas kebahagiaan wanita dan anak2 org lain.
Nampak mcm kisah cinta awk tak kan kemana sebab…kena tempuh isterinya dulu kemudian ex dia.
Dah tu kalau jd cerai..anak2 mesti setengah duduk dgn lelaki tu.Sanggup ke?Kata tak…lps tu jd konflik lain.
Lelaki ni smua sama..sebab nak raih perhatian wanita lain dia akn cerita buruk psl isterinya.Banyak dh pengalaman dgr kisah kwn2..rupanya dia syg je lg dgn isterinya tu.Kena scam je…
Berundurlah puan sebelum terlewat usah di ikut hawa nafsu yg tgh bergejolak tu kelak binasa kemudian hari…carilah org lain yg tiada ikatan…tkde anak…
Lelaki zmn skrg haprak.Wanita yg banyak jd mangsa
Satu je lah nak cakap, yes kau janda jijik dan bodoh
I know who you are, and yup, ramai je reader dalam ni yang kenal kau
Sebab tu aku cakap kau bodoh, mendedahkan identiti sendiri
Reason kenapa kau bodoh dan jijik
1. Laki tu laki orang yang sedang berskandal dengan orang lain
2. Dia dah puas kikis duit betina tu, kau next target. Kau boleh pulak okay ea, bf kau tu berskandal ramai2. Lepas tu you are the chosen one among the sampah.
3, tak takut ke std hiv entah berapa ramai dia celup
4. Kau nak ke hidup dgn orang yg kaki hutang.
5. Talak jatuh kat tangan laki. Kalau bini dia ada masalah, dah lama dah dia ceraikan bini dia. Cerita dia, baru sekarang nak cerai. Reason? Sebab kau lah punca. Bini dia masih bersabar mengharapk an dia kembali ke pangkal jalan, bertahan demi anak2. Tapi kau janda durjana jijik, nak runtuhkan rumah tangga orang
Kau nak dia untuk kau sahaja
Kau suruh dia cerai, skandal dgn kau sorang je
Kalau boleh anak dia pun kau taknak.
6. Kau memang bodoh lah nak hidup dgn laki ada masalah kewangan, seorang pegawai audit kena tolak loan, kau boleh bayang tak betapa banyak hutang dia. Lepas tolak semua loan yg ada tinggal berapa sen je untuk survive next gaji.
Last sekali selamat pengantin baru in advance. Korang memang sesuai.
Seronok tak hidup sekarang, dulu disanjung kononnya pegawai mantap sekarang dihina dan dicaci. Tak boleh nak kesian, kau punca anak2 hilang “rumah” .
Lelaki provider yang perempuan kejar kan walaupun suami orang. Yang bujang” yang ikhlas ni hampa takmau , duk buat juai mahai last” sampai jadi andartu .