Saya Juga Ditipu Kerja

Hi semua. Aku ada terbaca kisah Hana pasal kene tipu masa interview. Boleh baca confession nya di (https://iiumc.com/pengalaman-kena-tipu-kerja-di-jobstreet/).

Aku pun ada pengalaman lebih kurang yang sama jugak tapi bukan jobstreet, melalui indeed. Masa tu aku masih lagi berkerja dan tengah mencari kerja baru sebab tempat lama aku ada masalah pasal pembayaran gaji.

Aku dah lama bekerja lebih kurang dalam 5 tahun. Selama aku mendapat interview tidak pernah sama sekali melalui pengalaman kene scam macam ni. Aku mendapat panggilan interview melalui email iaitu position sebagai Site supervisor.

Dan aku langsung takde pengalaman sebagai site supervisor dan aku heran kenapa dapat pass masa pemilihan interview sedangkan kerja tu tiada kaitan langsung dengan pengalaman kerja aku. Tapi mungkin silap aku jugak sebab terdesak nak tukar kerja dan aku hadir di tempat dan masa yang dijanjikan.

First aku masuk pejabat tu aku dah tengak ramai giler candidate yang interview untuk satu position. dah macam walk in interview. Candidate dalam 7 orang dan aku yang last sekali. Dan sesi interview dia akan panggil sorang- sorang. Aku tunggu dari pkul 9 pagi sampai 11 tengahari. Korang bayangkan sesi interview sorang tak sampai pun dalam masa setengah jam. Masa aku tengok ramai giler candidate aku dah rasa down.

Aku dah berbelah bagi sama ada nak teruskan atau keluar jer dari situ. Tapi bila mengingatkan sekarang keadaan aku darurat nak cari kerja so aku continue tunggu sampai turn aku. Masa aku tengah tunggu tu aku sempat lah intai enviroment kerja syarikat ni. Kebanyakan semua yang fresh graduate. Kenapa aku cakap macam tu sebab semua staff muda-muda.

So, masa turn aku tiba-tiba yang juru interview aku ada client nak jumpa so masa aku dah down dah. mula-mula diorang suruh aku tunggu sampai boss diorang free. Tiba-tiba ada mamat ni ambik alih. Aku syak assistant boss diorang kot. So masa interview dia tanya aku “ada tak pegalaman buat kerja ni?”. So macam biasa aku cakap “takde”. Dan dia tanya aku “habistu kalau takde kenapa apply?”. Aku cakap lah sekarang aku tengah cari kerja dan aku apply semua .

Kadang-kadang terlepas pandang dan aku tak sangka terpilih dapat interview.” Lepas tu dia check aku punya resume dan cakap tak sesuai dengan position ni. Aku macam WT* kalau tak sesuai kenapa panggil aku interview dan kenapa tak check reume aku awal. Dan lepas tu dia boleh cakap maaflah jawatan ni dah ditutup which mean dah ada orang dapat interview. Aku macam what apa ni. Aku tak kesah kalau tak dapat interview tapi masalah nya jangan lah bazir kan masa kami yang betul- tengah cari aku.

Lepas tu aku pun pulang lah dengan ber”huhuhu”. Bila fikir balik rasa nya kelakar jugak kot. Lepas dari dua minggu dari tarikh aku pegi interview aku ada tengok company tu up balik position yang sama. Tapi bila fikir balik mungkin ada hikmah apa yang terjadi ni. Sebab sekarang aku dapat offer dari company yang lagi besar dari company tu dan aku bersyukur sebab apa yang jadi dari haritu satu pengajaran bagi aku.

– Ms Hedgehog

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *