Saya Ke Yang Over?

Assalamualaikum w.b.t. semua. Pertama sekali terima kasih kepada admin page jika confession ini disiarkan.

Tujuan saya tulis confession ini adalah untuk meminta pandangan daripada pembaca semua. Harap dapat berikan nasihat, cadangan serta pandangan untuk saya perbaiki diri dan perkahwinan saya.

Sedikit sebanyak mengenai saya, saya baru saja berkahwin pada awal tahun ini dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Hubungan saya dan suami alhamdulillah baik-baik sahaja.

Cuma dari awal perkahwinan saya banyak kali tegur suami berkaitan batas pergaulan terutamanya dengan berlawanan jenis.

Sedikit pengenalan tentang suami saya, salah seorang parent dia berasal dari luar Malaysia, kira dia ni mix lah dan latar belakang keluarga dia memang dah terbiasa bergaul dengan pelbagai agama, bangsa,

Sebab kebanyakan family suami jenis yang kahwin campur dan dia bukan membesar dalam keluarga yang menerapkan pendidikan agama.

Apa yang saya nak kongsikan disini, saya ada sedikit isu berkaitan batas pergaulan yang dari awal perkahwinan sampai sekarang, saya rasa masih belum selesai masalah di antara saya dan suami.

Saya senaraikan kronologi yang berlaku dari awal perkahwinan:

1- Jam menunjukkan pukul 11 malam, kawan sekerja suami (perempuan & janda) telefon pada mulanya untuk berbual tentang masalah gaji.

Saya izinkan sebab saya kenal perempuan tu, sudah pernah jumpa beberapa kali dan saya tahu dia jenis yang baik je.

Kemudian sejam berlalu mereka still berbual dan suami saya memang on loudspeaker sebab nak bagi saya dengar sekali pasal masalah gaji tu.

Saya pun tak tahan mengantuk dan bagitau suami, saya tidur dulu dan terus masuk ke dalam bilik jam 12 pagi tu. Pukul 2 pagi, saya tersedar dan lihat suami masih tiada di sebelah.

Saya keluar bilik, tengok suami masih berbual di telefon dengan perempuan tadi dengan on loudspeaker.

Saya hanya mampu mengeluh, dari pukul 11 malam sampai 2 pagi dia berbual dengan perempuan tu, betul-betul tak jaga perasaan saya sebagai isteri.

Sekali lagi saya marah dan tegur pasal benda ni. Dia mengaku salah dan minta maaf.

2- Masa tu saya ada event dan perlu bekerja sampai lewat malam. Saya pulang jam 11.30 malam. Dan macam biasa, saya akan cek dulu telefon suami saya sebelum saya tidur.

Saya perasan dekat call log ada satu panggilan masuk pukul 10 malam dari kawan sekerja dia (perempuan, sudah berkahwin), durasi panggilan 42 minit. Dan ada 3 miss call dari mak mertua saya waktu yang sama.

Saya rasa tak best sebab mak mertua saya call 3 kali suami saya tak angkat sebab berbual dengan perempuan tu.

Esoknya, saya tanya dia secara elok, dan dia explain perempuan tu call pasal nak cerita gosip. Saya rasa sangat lah tak logik, kenapa suami saya yang dia call nak ajak gossip.

Tengah malam pulak tu, suami perempuan tu tak marah ke bini dia call suami orang tengah malam. Ayat saya tak boleh terima “lagipun perempuan tu dah berkahwin, tiada apa perlu risau”.

Saya tak puas hati, saya ceramah lah kat suami saya, dan akhirnya kami bergaduh.

Dia suruh saya tanya perempuan tu sendiri, sebab perempuan tu yang call bukan dia. Kira dia rasa dia tak salah dalam hal ini, so tiada ungkapan maaf lah dari suami saya.

Saya dah mesej perempuan tu tegur and dia pun faham, siap explain cakap masa call tu suami dia ada kat sebelah, wallahualam. Lepas saya tegur tu dah takde dia contact suami saya.

3- Penggunaan emoji dengan rakan berlawanan jenis. Suami saya jenis berkawan dengan semua orang, lelaki ke perempuan ke melayu ke india ke cina ke tak kisah.

Dia kalau berkawan style dia layan kawan lelaki ke perempuan ke sama. Dia chat tanya khabar, reply status.

Kalau dengan lelaki saya tak kisah, tapi kadang-kadang dengan perempuan dia buat benda sama jugak. Kalau dapat perempuan yang jenis perasan dan melayan tu habis lah.

Even dengan kawan kawan saya sendiri pun suami saya ada juga reply status dan komen, tanya khabar, tapi sebab kawan saya dah kenal suami saya jenis macam tu, diaorang okayy lah dah faham.

Saya risau perempuan yang tak kenal dia akan fikir suami saya gatal and dia akan perasan.

Saya tak nak ada isu benda-benda macam ni. Saya dah tegur dia banyak kali, tapi dia macam tak faham. Dia cakap dia berkawan je. Saya dah stress sebab benda ni dah banyak kali saya tegur bagitau.

4- Paling terbaru, saya baca group whatsapp dia dengan rakan sekerja ada dalam 20 orang dalam tu. 12 lelaki 8 perempuan lebih kurang macam tu. Dalam group tu ada lah dua tiga kali diaorang ada buat lawak lucah mostly lelaki,

Perempuan yang dalam tu pun ada few jugak yang melayan gelak-gelak lagi-lagi isteri orang, bila ada geng lelaki buat lawak unsur lucah. Saya tak faham dieorg ni tak jaga batas dalam perbualan, alasan bergurau.

Saya bekerja colleague saya semua lelaki, tetapi tak pernah pun dieorang melawak pelik-pelik. Saya pun takde nak react lebih-lebih kalau lawak tu ada unsur-unsur menjatuhkan maruah perempuan.

Saya tegur lagi sekali sebab saya rasa agak melampau bila geng lelaki termasuk suami saya buat lawak dengan salah seorang perempuan bujang dalam group tu. Dia cakap pasal perempuan tu nak tunggu jodoh negro baru nak kahwin, and suami saya reply.

Nanti duduk atas wheelchair (lebih kurang macam tu, saya tak berapa ingat ayat dia). Saya rasa agak melampau dan kesian dekat perempuan tu.

Perempuan tu reply emoji gelak-gelak dan bergurau akan report kat bini masing-masing macam tu la lebih kurang. Saya pun tegur suami saya cakap tak elok, macam sexual harrassment diaorg gurau dengan perempuan tu macam tu.

Suami saya cakap perempuan tu okayy je, dia kenal 3 minggu perempuan tu masa kursus sama-sama. Memang jenis okay je perangai dia.

Boleh buat gurau, kalau tak suami saya dengan geng-geng lelaki dalam group tu takkan gurau macam tu. Dia cakap saya je yang over, lebih-lebih, benda takde apa pun.

Jadi, kali ni saya dah rasa letih, sebab saya ulang benda sama banyak kali. (Ada lagi few kejadian pasal batas pergaulan ni, saya tak tulis dekat sini sebab nanti jadi terlalu panjang).

Saya selalu tertanya-tanya saya ke yang terlebih jealous, saya ke yang over react. Saya taktau nak rujuk siapa benda ni.

Pasal benda ni je, kami bergaduh teruk, sampai tengking-menengking, baling barang. Saya stress and perlukan pandangan untuk bantu saya selesaikan isu ni supaya tak melarat.

Saya dah hantar juga email ke pejabat agama untuk sesi kaunseling, sebab kami baru lagi berkahwin, jadi mungkin still lemah untuk communicate dengan baik antara satu sama lain. So sekarang tunggu tarikh saja, untuk sesi kaunseling online atau bersemuka.

Persoalan saya, saya ke yang over dalam hal ni? Normal ke dieorg bergaul macam kronologi yg saya senaraikan kat atas?

Sebab saya tengok dalam group whatsapp suami, yang ada lelaki dan perempuan, kadang-kadang yang isteri orang pun tak jaga batas, send gambar selfie dalam group.

Saya jadi pelik, benda ni normal ke. Saya ke yang lebih-lebih. Stress saya fikir hal ni. Kalau pembaca sekalian ada pendapat, pandangan atau nak berkongsi pengalaman boleh share ya. Nanti saya baca satu-satu. Terima kasih.

Sekian~

– Meenoi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *