Saya Ketagih

Salam warga netizen. Hari ni saya nak berkongsi pendapat dan permasalahan yang kebanyakan kita semua alami. At one point of our life, pasti kita semua ketagih sesuatu, betul tak?

Contohnya, ada orang ketagih merokok, ketagih main game, ketagih shopping tupperware, ketagih ‘ehem-ehem’ dan banyak lagi contoh ketagihan lain.

Tapi sebelum saya cerita apa yang saya ketagih, saya cuba nak selami punca/ kenapa kita cenderung untuk ketagihan sesuatu dan mungkin cuba beri some ‘free advice’ untuk atasi masalah ketagihan ini.

Disclaimer: Saya bukan doktor pakar atau professional ye. Saya cuma seorang makcik yang sudah makan garam kehidupan dan merasa terpanggil nak tulis artikel ni. Saya berharap awak-awak semua yang ada masalah yang sama, bacalah dengan hati terbuka ye.

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang buat confession ‘panas’ tentang masalah ketagihan ‘bermain’ dan ada juga yang memberi komen balas mengecam orang yang ada ketagihan sebegini.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak sebab saya sebenarnya memahami kenapa orang-orang itu ketagih untuk melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang beragama Islam.

Lebih mengejutkan, confession ini datang daripada orang yang bertudung, yang sekolah agama dan pasti ramai yang ‘cannot brain’ dan tertanya-tanya mengapa tidak rasa bersalah melakukannya.

Pernahkah awak dengar perkataan ini – GUILTY PLEASURE? Inilah antara sebab utama mengapa kita suka lakukan benda yang kita ketagih.

Saya bagi perumpamaan ye, seorang makcik yang ada masalah obesiti baru je nak mula mengamalkan diet makanan low carb sebab dia nak turunkan brat badan dalam 10 kilo or else kene haruk dengan fitness coach.

Makcik ni dah join program diet yang agak mahal bayarannya, tetiba buang tebiat pulak teringin nak minum air stabak.

Perasaan teringin nak minum stabak kembali menggamit memori dan emosi sebab iklan asyik lalu lalang kt socmed. Lagi bertambah parah, tetiba Stabak buka cawangan sebelah rumah je. Hari2 terpaksa lalu depan kedai. Argh.

Tambah lagi kecederaan minggu ni pulak minggu yang sangat stressful dengan kerja berlambak dan asyik kene marah dengan bos. Jauh di sudut hati makcik gemuk ini, alangkah bestnye dapat minum sekali je pastu kita taubat nasuha ye.

Ayat-ayat pujuk diri sendiri. Ok jom beli saiz venti satu. Bila dah dapat air Stabak perasa kegemaran makcik green tea frap with choc chip n hazelnut syrup plus whipped cream add on caramel sauce.

The first sip rasa Ohlala.. heaven is the place on earth. Sejuk, manis, lemak berkrim nikmatnya di tekak dan di hati yang gundah gulana ni.

Tapi dalam nak habiskan air tu, hatinya ada rasa bersalah terhadap diri sendiri sebab dah langgar rules paling penting yang coach bagi (NO. 1 RULE – NO SUGAR!)

Pastu sambil nak habiskan air tu ada gak rasa risau kot ada mata orang lain yang join program diet tu ternampak makcik melepak kat stabak minum air potong kaki n mkn sepotong kek cinta kolesterol ni. Toleh sana toleh sini, ok line clear.

Selamat kali ni. Minggu depan, iklan stabak lalu lalang lagi cakap ada promotion buy 1 free 1. Aduh, terbeli lagi. Ok, janji ye next week jangan beli lagi ye makcik mok. U can do it! Caiyok………..

Janji dicapati sebab next week keluar perasa baru lagi meletop pulak. Aduhai. Kalau macam ni, coach akan tau la makcik langgar diet sebab tu tak turun berat badan.

Confirm kene marah dengan coach, pastu dah la bayar mahal upah coach. Ruginya. Hampes. Inilah kisah ketagihanku terhadap benda manis. Ok fine. At least makcik tak berdosa besar minum benda manis kan cuma mudarat la untuk kesihatan? Huhuhu.

This is what guilty pleasure feels like. Kita tahu benda itu tak elok untuk diri kita tapi kita tetap langgar juga.

Eh, korang paham tak apa yang saya cuba sampaikan ni? Ok cuba tukar guilty pleasure feeling ni kepada senario orang yang ketagih berz*** dan buat macam dosa-dosa besar lain. THE STRUGGLE IS REAL guys. Bukan semudah itu nak buang tabiat-tabiat buruk ni.

Ok, sekarang bayangkan pula netizen yang dok kecam orang-orang ni. Kalau awak adalah sejenis orang yang pernah mengalami masalah yang sama dan berjaya atasinya, please PM them and give some personal advice and moral support.

Untuk yang lain2 yang cakap dalam nada macam bagus tu, cakap memang senang tapi jika awak tidak pernah terjebak dalam kancah ketagihan, awak tak mungkin tak dapat memahami sepenuhnya apa yang mereka lalui.

Tolong jangan berkasar mengecam bagai. Saya faham niat asalnya hanya untuk menegur tapi jangan la meletakkan diri ini dalam posisi seolah2 kita lebih bagus.

Dunia ini berputar macam roda. Saya ada kawan-kawan yang kategori nakal masa muda dulu ramai sudah bertaubat dan jauh lebih alim dari saya sekarang. Lebih baik doakan yang baik-baik je untuk mereka. Stop judging other people ye wahai netizen sekalian.

Sekarang, camne nak atasi masalah ketagihan?

First step, kita kene mengaku masalah ketagihan kita.

Maksud saya mengaku dengan perasaan malu ye bukan dengan perasaan bangga. Saya mengaku yang saya ketagih ………(sila masukkan jawapan anda sendiri)

Exercise ni hanya sekadar untuk tujuan muhasabah diri dan tak perlu diwar-warkan kepada orang ramai.

Jika awak selesa nak mengaku, boleh mengaku pada orang yang dipercayai. Jika tiada orang yang awak percaya, cukuplah antara awak dan Tuhan je yang tahu. Mengadu pada Allah sebagaimana awak mengadu pada orang yang awak percaya.

Second step, berdoalah secara spesifik pada Allah untuk berubah.

Kebanyakan kita berdoa secara ringkas atau sambil lewa tidak bersungguh-sungguh. Berdoalah sehingga menitis air mata dengan penuh pengharapan.

Third step, please get professional help.

Jumpalah doktor, therapist, kaunselor, ustaz, ustazah, pharmacist bergantung pada jenis masalah ketagihan itu. Doa seiring dengan ikhtiar. Walaupun terpaksa menghabiskan duit, masa dan tenaga dan jika tidak berkesan, jangan cepat berputus asa.

Bak kata pepatah, NO GUTS NO GLORY.

Kalau selepas sesi terapi/ kaunseling/ khidmat nasihat professional pun masih tak berjaya kurangkan/ hentikan ketagihan, kita cuba method lain, open up to any alternatif treatment asalkan jangan salah di sisi agama dan undang-undang sudah.

Fourth step, jika boleh tukarlah persekitaran awak.

Kalau circle of friends awak masih tak berubah dengan habit lama, it is time to leave them and find new ones.

Kalau perlu tukar tempat kerja atau tempat tinggal, usahakanlah tapi bergantung pada keadaan masing-masing. Carilah hobi baru yang berfaedah gerenti akan dapat kawan baru.

Fifth step, jika awak berjaya atasi masalah ketagihan awak, kongsilah cerita awak dengan orang-orang yang masih berjuang ni.

Di saat-saat mereka merasa putus asa, mungkin awak boleh jadi sumber inspirasi untuk mereka.

Ok makcik done bebel pasal masalah ketagihan ini. Harap dapat membantu sedikit sebanyak.

Sejujurnya makcik pon still struggling gak dengan ketagihan benda manis tapi yang penting kita semua jangan putus asa ye. WE ARE IN THIS TOGETHER AND WE CAN DO IT. Peace yall. Wassalam.

– Makcik Fish (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *