Hai semua. Terima kasih admin sebab approved cerita saya. Nama saya Ashley (bukan nama sebenar), umur 24 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya sering terbaca cerita mengenai rumah mak mertua yang kotor, keluarga mertua yang pengotor.
Oleh itu, saya tergerak hati nak tulis juga tentang perkara ni. Tapi saya tak berkahwin lagi, saya nak cerita pasal keluarga saya sendiri. Nampk mengaibkan, tapi saya sendiri tak tahan dengan hidup macam ni.
Rumah saya taktau lah seteruk mana seperti yang digambarkan dalam cerita-cerita yang saya baca sebelum ni, tapi bila saya baca cerita-cerita tu, saya rasa terkesan dalam diri saya. Saya terfikir,
“Macam mana keluarga saya bila terima menantu nanti?”
“Apa pandangan menantu terhadap keluarga saya bila nampak keadaan macam ni?”
Oh ya! Saya ada beberapa orang abang, semua masih bujang, tinggal bersama keluarga, dan saya yang bongsu. Saya seorang sahaja anak perempuan dalam adik-beradik, dan ini sangat menyukarkan saya untuk memastikan rumah sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Saya dari sekolah menengah tinggal asrama penuh, pastu masuk matrikulasi, dan terus sambung degree. Dan ya, saya banyak luangkan masa tinggal di luar kerana saya jarang balik rumah.
Saya tinggal asrama, sewa rumah/ bilik dan saya rasa sangat selesa. Tapi lepas saya dah bergraduasi (pada tahun 2019), saya dah balik ke rumah keluarga saya, dan bermulalah detik saya ‘terseksa’ untuk tinggal di rumah sendiri.
Saya tahu saya seperti membuka aib keluarga sendiri, tetapi lebih baik disini daripada saya bercerita langsung kepada rakan-rakan saya di luar sana.
Rumah keluarga saya takde lah besar sangat, tapi saya tak tahu kenapa saya rasa selalu kotor dan bersepah. Longgokkan kain tak berlipat kat ruang tamu, baju tuala sidai kat sofa, bantal kusyen kat mana-mana, buku kertas sepah atas meja.
Bukannya ada anak kecil pun. Saya serabut tengok semua tu. Bila pegi kat dapur pula, bekas tupperware sana-sini, ada rak pun tak bersusun.
Stove masak berminyak, tingkap dapur hitam (sebab kena wap minyak), plastik dari pasaraya sepah sana sini; sampai rak pinggan lepas basuh tu pun dah hitam-hitam. Ntah apa lagi, saya dah tak ingat apa semua yang bersepah kat rumah ni.
Awal-awal dulu balik kat rumah, saya rajin kemas. Tapi siapa saja sanggup kemas hari-hari. Mak dan ayah saya kerja kebun, hari-hari bangun pagi balik petang.
Saya pula pagi-pagi dah cuba kemas rumah, sapu mop lantai, cuci pinggan mangkuk yang saya jumpa kat mana-mana sudut ruang tamu, ruang dapur; basuh baju kotor, sidai baju; sental lantai tandas, bilik air; kemas apa-apa yang patut. Dah puas hati, baru saya duduk rehat.
Tapi bila petang nanti semua orang (mak ayah abang-abang) balik rumah, esoknya kembali macam asal, bersepah sana sini, kain tak terlipat, gelas pinggan kat mana-mana.
Saya jadi lelah tengok semua tu. Saya rasa macam jadi amah tak bergaji, orang gaji suruhan untuk kemas rumah.
Saya tau diorang semua penat kerja hari-hari, tapi kenapa sampai nak bagi sepah macam tu. Boleh saja kan, lepas makan basuh pinggan, lepas minum basuh gelas, kain bawa masuk bilik sendiri dan kemas.
Saya tau ni semua dari sikap diorang sendiri, sebab ada sekali haritu, saya sakit kaki terseliuh teruk dan saya demam juga. Jadi saya duduk terperap kat bilik sampai seminggu.
Lepas saja sihat tu, saya keluar dari bilik, rasa macam “Ya Allah, apa dah jadi dengan rumah ni.” Sedih saya tengok, nak nangis. Bersepah macam rumah yang dah lama terbiar. Macam baru lepas kenduri pun ada.
Pinggan mangkuk tak basuh tak susun, pisau-pisau, kulit buah apa semua atas meja tepi sinki; besen bekas basuh sayur buah semua tak bersusun, main letak saja atas lantai atas meja tepi-tepi rak semua. Sedih lah macam ni. Saya sampai taktau nak cakap apa.
Bulan Mei 2020, saya cuba apply sambung belajar (Master), sebab salah satu alasan dalam hati supaya saya boleh keluar dari rumah, sewa bilik dekat dengan kampus.
Tapi apakan daya, sebab PKP saya terpaksa belajar dari rumah, online class. Saya tambah bengang, sebab saya akan hadap isi rumah ni sampai bila-bila.
Ada sekali tu, sepupu saya datang rumah, dia duk perati saja rumah (padahal masa tu saya dah kemas dah semua). Pastu dia dah balik, esok-esoknya mak dia pula datang rumah, cakap kat mak saya.
Mak sepupu saya tu (makcik saya) cakap, “Ann (sepupu saya) datang kemarin kat sini, dia cakap kesian rumah mami (mak saya) dah cantik tapi isi rumah tak kemas, sawang dekat mana-mana, tingkap kotor. Nasib baik lantai bersih. ”
Saya yang dengar dari dalam rumah pun rasa malu dan sedih, sepupu saya sendiri yang cakap rumah saya kotor. Padahal saya dah bersihkan. Mungkin takde lah sebersih mana, sebab sawang-sawang tu pun saya tak dapat bersihkan lagi masa tu.
Tapi sepupu sendiri pun dah kata tak bersih, ini kan pula orang lain yang nak datang rumah. Saya rasa nak nangis saja selalu. Takde gunanya saya beriya nak kemas rumah, hias rumah, kalau orang rumah sendiri tak berubah.
Pernah sekali saya mengamuk, marah-marah sebab rumah bersepah. Saya marah mak ayah abang-abang saya, saya bebel diorg satu-satu pasal kebersihan rumah. Tapi takde perubahan pun, tak terkesan pun dalam hati diorang. Tambah saya rasa sedih.
Saya tak tahu, mungkin Allah tak bagi kami jodoh awal, tak jumpa pasangan cepat-cepat. Sebab Allah masih menjaga aib kami, Allah masih nak keluarga kami berubah. Atleast ubah sikap untuk jadi lebih pembersih, kemas, tersusun.
Kita sendiri menginginkan pasangan yang sempurna, dari segi paras rupa, sikap, sifat, keperibadian, akhlak, adab. Semua nak yang baik-baik. Tapi Allah nak kami bersedia dulu dari diri sendiri, ubah sikap ubah cara hidup.
Saya sentiasa terfikir pasal ni. Saya malu sekiranya ada orang baru yang nak masuk dalam keluarga saya, kena hadap benda-benda macam ni.
Saya sendiri malu nak bagi kawan/ pasangan saya sebelum-sebelum ni nak datang rumah kenal-kenal dengan keluarga, sebab keadaaan macam ni lah.
Saya harap, suatu hari nanti perlahan-lahan saya dapat ubah sikap keluarga saya, jadikan rumah keluarga saya lebih bersih dan selesa. Mohon doakan saya kawan-kawan semua. Terima kasih sebab membaca.
– Ashley (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit