Saya Menjadi Diri Orang Lain

Saya NH (bukan nama sebenar). Kisah saya macam ni. Saya sekarang tengah buntu.

Saya ada join satu group di fb yang rajin berkongsi mengenai isu semasa, cerita terbaru yang menarik dan sebagainya.

Kebanyakkan ahli dalam group tu background kehidupan yang hebat, education level pun bukan yang biasa-biasa dan ramai type C. Senang kata memang group tu ramai golongan t20 yang berfikiran atasan.

Saya juga tergolong dalam golongan itu kerana latar belakang keluarga suami yang hebat. Berbeza pula dengan latarbelakang saya, saya belajar biasa tapi saya seorang yang bijak kerana mudah tangkap benda jadi di sosial media.

Saya adalah stay at home mama, berbeza sama sekali dengan surirumah sepenuh masa kerana saya menghabiskan masa di gadget mencari maklumat terkini, info semasa jadi saya seorang yang very uptodate.

Dalam group tu, saya cipta diri saya yang baru mengunakan fb lain. Saya gelarkan nama saya sebagai cikgu AS (bukan nama sebenar)

Tujuan saya jadi orang lain, saya tak nak diri saya dikenali. Saya nak bebas menjadi diri sendiri ketika memberi komen dan pendapat.

Cikgu AS ni saya gambarkan adalah seorang wanita bekerjaya tinggi, cantik, mempunyai berat badan ideal, anak semua pandai dan cemerlang dalam pelajaran. Saya ambil ciri-ciri cikgu AS ni dari seorang rakan fb saya (tak pernah jumpa, baca dari status)

Watak cikgu AS ni saya campurkan sedikit dengan watak wanita cantik lain di sosial media, jadilah saya as the perfect AS. Gambar dp saya guna gambar orang lain yang bercuti di luar negara.

Dengan watak sebagai AS ni, saya menjadi popular dalam group itu. AS yang lantang bersuara, berani, wanita bekerjaya hebat, anak yang semua menjadi, personaliti menarik, suami yang tall, dark and handsome dan wanita yang ‘living life to the fullest’.

Malangnya, beberapa ahli dalam group itu telah tahu diri saya adalah watak rekaan. Realiti siapa saya yang sebenarnya pun mereka sudah kenalpasti.

Manusia dengki ni susahlah. Ada je benda yang mereka tak puas hati. Saya risau, suami saya dapat tahu. Suami saya berbeza dengan ciri-ciri lelaki saya gambarkan. Saya tak nak ada drama dengan dia nanti.

Saya mengaku memang saya menipu identiti tapi saya tak pernah sampai scam orang bab duit, hati dan perasaan. Watak AS tu hanyalah sebagai suka-suka sahaja. Saya cuma harap pujian je, tidak lebih dari itu dan ramai mengimpikan kehidupan sempurna.

Saya rasa terancam kerana privasi saya telah diceroboh. Saya rasa kehidupan saya sekarang asyik di intip. Saya tak nak kehidupan luaran saya diganggu. Selain itu, orang yang tahu siapa saya itu dengan berani menghina fizikal saya.

Apa masalah menjadi orang gemuk? Saya hanya menipu identiti di facabeook sahaja jadi tiada salah apa kerana sekelumit pun saya tidak meminta duit sesiapa langsung. Suami saya banyak duit jadi duit bukan keutamaan saya.

Dan bukan ada akta anti ‘bodyshaming’ ke? Saya rasa tertekan. Baru-baru ini saya jalan dekat taman klcc bersama anak, habis saya di hina dan mereka samakan badan saya dengan teletubbies.

Mereka juga sempat mengejek semasa saya makan di two sons bistro, cakap saya makan serupa tong sampah dbkl. Sumbat je semua selagi boleh.

Saya jadi agak tertekan dengan manusia kaki dengki ni. Sudah hampir dua minggu saya tidak aktif dalam group itu. Kawan di alam maya ada yang dm, mana saya?

Saya risau identiti saya didedahkan. Saya langsung tak ada buat salah. Saya tak nak lah mereka kacau kehidupan sebenar saya. Whatever happens on fb, must stay on fb.

Dan yang terbaru, tiba-tiba ahli dalam tu ajak buat gathering. Saya yakin ahli yang tahu siapa saya tu yang buat cadangan macam tu. Hm, apa patut saya buat.

Harap dapat memberi pendapat bernas. Saya tak salah kerana saya tak scam duit orang langsung. Manusia kaki dengki memang wujud. Tak boleh tengok orang gembira dengan cara sendiri.

– NH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *