Aku mendengar luahan nya lalu aku menangis..
Aku Puteri, berusia di penghujung 20 an. Masih belum bekerja tetap namun mempunyai ijazah dalam bidang profesional.
Di era pendemik ini, masih jauh perjalananku dan berbagai rintangan untuk aku teruskan mencari pekerjaan tetap. Mungkin ada pintu rezeki belum dibuka kerana… izinkan aku sambung berkenaan ini di bawah…
Berkenaan jodoh, kali pertama dan terakhir aku bercinta adalah ketika sekolah menengah. Namun aku kira itu sebagai cinta monyet yang memang hanya terhenti setelah sekolah menengah tamat. Kemudian aku melanjutkan pelajaran di universiti.
Melalui alam pekerjaan hampir 6 tahun, masih tiada yang aku kenali untuk berkahwin. Ada pertanyaan dari nenek, ayah dan ibu jika ada pilihan hati. Namun, memang tiada yang sedang memiliki hati ini.
Bukan aku tidak cuba mencari, hampir semua applikasi jodoh pernah aku cuba. Namun, dari permulaan hai, dah makan, terus menjurus kepada z1na kecil oleh si lelaki. Apabila ini terjadi, aku akan terus ‘block’ lelaki tersebut. Sesungguhnya aku takut terjerumus…
Namun beberapa bulan lepas ada lelaki berjaya membuka sedikit pintu hatiku. Dan permulaan bicaranya tidaklah seperti lelaki bernafsu lain. Aku selesa berborak dengannya.
Ada juga soalan aku duga darinya untuk lihat sejauh mana dia serious kearah ku. Dia bersungguh mahu aku jadi isterinya.
Bila kutanya berkenaan latar belakangnya, dia mengaku pernah hampir mahu berkawin sebelum ini namun terbatal kerana bakal isteri bersama dengan lelaki lain. Aku terkejut.
Kemudian dia jelaskan, wanita itu, memang seseorang yang ‘social’ namun oleh kerana wanita tersebut ikhlas dan berjanji akan meninggalkan perkara tak elok, oleh itu, dia menerima keadaan wanita itu seadanya.
Aku tanya lagi, jika dia juga pernah ‘bersama’ wanita tersebut, jawabnya tidak. Aku lega.
Hari hari seterusnya seperti biasa. Sehinggalah satu hari, dia mengaku keterlanjurannya dengan wanita itu dan 2 wanita sebelum wanita itu.
Aku terkedu..Sebab, sebelum ini lain yang dikatakan..Perkara ini terjadi 7 tahun lepas dan setelah hubungan putus dengan wanita terakhir 4 tahun lepas, dia mengaku tidak pernah bersama perempuan lain.
Dia juga mengaku telah lama meninggalkan solat. Juga berbeza dari pengakuan sebelum ini. Pengakuannya ikhlas hingga keluar air mata dari mata lelakinya..
Aku terkedu..
“Saya minta maaf”
Lalu aku pun menangis..
Sungguh, aku menangis kerana aku juga teringatkan sesuatu…
Percintaan monyet aku dulu membawa aku ke dalam z1na kecil.. Tidak perlu aku jelaskan di sini.
Betul, aku masih berjaya pertahankan kesucian hingga sekarang namun ada bibit bibit z1na telah berlaku dan aku masih sedang dalam peperangan dengan diri sendiri. Oleh kerana nafsu, aku sering menonton video tidak elok. Solat juga masih lompong di sana sini.
Apabila lelaki tersebut menyatakan bahawa dia kini menyesal dan berkata telah mendapat hidayah sejak berkenalan dengan aku, aku terkedu. Sebab aku rasa, tiada beza antara dosa dia dan aku. Aku tidak pernah bercerita padanya berkenaan keterlanjuran aku dahulu.
Namun, jujur aku katakan, sejak beberapa bulan berkenalan dengannya, aku tidak tinggal solat. Setiap kali habis solat fardhu, aku tidak tinggal baca Al-Quran, malah malam malam jumaatku kini aku penuhi dengan bacaan Yassin.
Kini, aku dan dia sedang berperang dengan perasaan masing masing. Dia, dengan penyesalan dan sikap ingin berubah, dan dia sudah berjanji akan belajar solat. Aku pula, masih terkenang akan dosa aku yang dulu, dan aku berasa malu dengan diri sendiri.
Dia kata, Allah bagi hidayah padanya melalui aku. Tetapi, entah mengapa aku rasa Allah beri dia kepadaku hidayah untuk meninggalkan semua itu..
Kini, Aku telah meninggalkan perkara tak elok itu. Kerana aku betul ingin berubah. Aku selalu idamkan lelaki yang sudi menerima aku seadanya. Namun, Allah beri dia, untuk juga menguji aku sama ada aku dapat terima dia seadanya..
Bercakap soal keluarga, aku yakin kisah keterl4njurannya tidak perlu dijelaskan. Jika betul aku dan dia berjodohan, aku harap rahsia ini tidak perlu dibocorkan. Kerana, keluarga kami sangat menitik beratkan soal agama dan batas pergaulan. Aku tidak mahu itu menjadi isu.
Aku harap pembaca boleh beri aku pendapat. Adakah hubungan ini perlu diteruskan? Bagaimana aku boleh tahu jika dia benar-benar ikhlas? Bagaimana jika suatu hari, perkara bukan-bukan berlaku pada kami jika nafsu menguasai?
Untuk berkahwin, kami berdua masih tiada pekerjaan tetap.
Aku harap tiada kecaman dari kalian kerana sesungguhnya aku telah berubah.. Aku telah bertaubat.. Sungguh Ya Allah.. Bantulah aku..
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit