Assalamualaikum readers. First of all terima kasih admin, sebab sudi approve confessions saya yang tak seberapa penting, tetapi bagi saya ianya sangat penting. Okay sedikit pengenalan diri, nama saya Ranaz (bukan nama sebenar) berumur 24 tahun dan kini berada di luar negara merantau jauh demi mencari rezeki.
Tujuan saya buat confession ini adalah untuk meminta pendapat korang, saya dari kecil kurang didikan agama and my whole family sangat kurang. Dulu masa kecil mak ada juga suruh masuk sekolah agama tapi di sebabkan banyak dengar kes kena marah kena teriak kena rotan pukul oleh ustaz jikalau salah, lalu diri ini jadi takut dan tak nak pegi at the end dah besar panjang mcm ni menyesal. Saya langsung tak tahu baca al-quran, iqra pun dulu masa darjah 2 saya belajar sampai iqra 2 je.
Masa sekolah menengah dulu ada juga search dekat youtube dekat google ayat2 suci al-quran surah2 sebab dekat sekolah menengah dulu kan ada solat sebelah petang, so hasil daripada tu sampai sekarang saya hanya hafal ayat 3 qul, alfatihah dan ayat kursi itu pun sebutan tak betul sangat. Sekarang ni pun tiap malam saya buka youtube search surah Al-waqiah Al-mulk Ar-Rahman saya ikut baca tapi saya baca yang rumi je boleh ke macam tu? Lahai sedih nya saya jahil sungguh dalam agama sendiri. Hmmm.
Lately saya terfikir dan terdetik yang saya nak berubah saya nak bertaubat saya nak tutup aurat saya nak solat. Alhamdulillah dah sebulan lebih saya bertudung. Saya nak solat tapi saya risau tentang bacaan2 ayat suci yang lain yg saya tak tau. Saya nak hafal I do research again and again boleh ke solat setakat hafal ayat2 suci al-quran tapi tak faham langsung apa yg kita baca tu?
Lagi satu masalah saya, saya nak solat tapi saya dekat negara yang majoriti bukan islam jadi susah saya nak cari telekung. Nak order online boleh tak korang drop dekat comment bagi suggestion mana nak order. Tak sabar rasa nya nak solat, nak jumpa yang maha Esa nak nangis minta ampun dengan semua dosa2 yang pernah saya lakukan selama ni Ya Allah permudahkan la segala urusan hamba mu yang kerdil ni Ya Allah.
Doakan saya sentiasa beristiqomah ye. Semoga kita semua diberkati dan sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t. , Aamiin…
– Ranaz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit