Saya Nak Bersabar Sampai Kahwin Tapi Dah Tak Sabar

Saya female, 25+ nak dekat 30 lah jugak, planning nak kahwin dah ada, jodohnya? Saya relationship dengan dia hampir setahun, lagi 2 bulan setahun. Dalam tempoh ni lah macam-macam saya hadap perangai dia.

Betul.. saya pun ada buat perangai, kadang merenget nak attention (normallah kan perempuan bila kurang attention?). Sebab masa saya bagi pada dia sangatlah banyak sampai saya overthinking yang dia tengah bahagi masa dengan perempuan lain.

Dia akan call hari-hari, before tidur dan sebelum pergi kerja. Itu sahaja, no ws, no contact kecuali this. Saya ni kuat overthinking, nak dikatakan hari-hari. Even bende yang impossible pun saya overthink. Sampai bila saya cerita pada kawan saya, dia pun naik rimas, so saya pun berpada-pada lah ovethinkingnya.

Selalu partner saya ni suka dan okay bila saya overthinking, kadang dia comfort me, kadang dia marah kalau tak bertempat, kadang dia usik saya balik. Saya mengaku ini redflag saya, tapi memang dari awal saya bagitahu dia, saya ni ada trust issue, ada attachment issue tapi dia cakap dia okay.

Saya pun ada bagitahu saya ni kalau dah sayang orang memang akan obsess yang tak sihat. Saya sedar bende tu. Dia kata dia suka dan okay. Dia lagi suka saya overthinking. Obsess yang sangat-sangat tau korang, yang tak sihat.

And mula-mula, saya tak okaylah, no morning wish, no contact, no ws seharian, tapi dia cakap dia call, pergi kerja, balik kerja and before tidur hari-hari.

Yes, hari-hari dia buat nak dekat setahun tak pernah missed call. Sebab masa mula-mula dulu boleh je ws hari-hari even call, morning wish, tapi tiba-tiba jadi busy sampai no ws only call. Sampai saya jadi awkward and pelik bila tiba-tiba dapat noti ws dari dia ye.

Tapi orang kata lelaki mula-mula je beria kan. So saya pun dah lali dan ikut jadual and routine dia macam tu. Tapi kadang bila saya perlukan dia, dia takkan available lah. Itu masalah dia. Tapi makin lama saya complaint, dia makin rimas dan serabut, saya faham so saya slow-slow dan cuba untuk ubah diri.

Dia ni pulak jenis yang sensitif. Sangat sensitive. Bila saya cerita dekat kawan saya, kawan saya label kan dia ni baran orangnya. Tapi bagi saya, maybe ada baran nya tapi mungkin tak sampai angkat tangan. Mungkin, setakat ni belum lagi. Kalau marah pun, kalau dia tersakitkan saya dia minta maaf. Tapi perangai dia yang buat saya tak tahan adalah pemarah ni lah.

Saya nak cakap dia ni perangai macam perempuan kot? Bila saya salah cakap sikit, more tu berguraulah sebenarnya tapi dia anggap serious, dia akan sentap dan marah saya. Bukan saya cakap kasar atau mencarut ye. Kadang sampai cancel date nak keluar sebab takde mood, sebab saya buat dia marah.

Lagi satu, dia ni sangat pentingkan kerja dia, bila ada masalah tempat kerja. Sebelum ni saya kena hadap dia jugak masa awal-awal kenal dia ada masalah tempat kerja for 3 months company dia tak bayar gaji, saya kena hadap perangai dia, marah dia, takde mood dia,

Setiap malam dia cakap pada saya bende yang sama, pasal commitment dia, masa depan dia, dia down, saya carikan dia kerja apa semua, saya sabar, betul sabar, dia taknak jumpa saya for months sebab takde duit tapi saya yang ajak dia jumpa saya bayar. Fuh memang sabar lah aku. Alhamdulillah survive lol.

Dan sekarang bende yang sama saya kena hadap lagi bila dia ada masalah tempat kerja, macam sekarang baru je berlaku, semua mood dia jadi tak okay.

Pada saya masalah tempat kerja dia tu okay je, cuma berkaitan dengan time management je, which dia rasa serabut sangat sebab effect plan dia nak keluar dengan kawan, jadual harian dia, semua kacau dia kata, tapi bagi saya, hadap jelah.

Pada saya simple je just time management lahai, tapi dia serabut sangat, saya pun taktahu kenapa. Tapi saya takdelah cakap macam tu, saya cuba nak distracted kan dia, communicate, sembang bende lain, tapi dia bila dah serabut dengan satu bende, dia tak boleh fikir bende lain.

Dia marah, dia layan saya macam sampah dan mengharapkan saya faham dia. Okay saya faham, saya bagi masa, saya bagitahu diri saya, dia memang macam ni, sabar.

Tapi saya tak tahan bila keadaan dia macam ni, semua bende saya buat dia marah, saya cuba sembang-sembang tapi tak dilayan, bila saya diam, saya salah sebab saya taknak bercakap dengan dia katanya, bila saya cakap macam tu pulak respond dia, macam nak taknak.

Saya pulak kecik hati lah dengan cara dia. Tapi bila saya kecik hati dia marah. Honestly bende ni kecik je “masalah tempat kerja dia tu”, tapi cara dia handle allahu, haih menguji kesabaran betul.

Even saya cakap lembut-lembut “saya cuba ni awak, nak sembang ni” eh kena marah. Pulak. Saya bagi masa, bila okay sikit, biasalah bila kita cakap-cakap lagi-lagi bende random saya ni kuat blur orangnya, saya ni jenis kalau tak faham saya akan tanya banyak kali, lagi-lagi bila dia cakap pasal technology or bende random.

Tapi dia jenis tak suka bila saya tanya dia banyak kali. Selalu lah kena marah dia cakap “apa yang tak faham nya?” “apa yang susah sangat nak faham bende simple!!” “boleh tak jangan buat I ulang banyak kali” dengar macam okay je kan ayat ni, tapi dia cakap dengan tengking saya.

Then dia ulang balik satu satu dengan nada yang tinggi dan cakap “FAHAM TAK HAIH” ada pernah dia cakap saya takde otak lah. First time dia kasar macam tu dengan saya. Tapi saya maafkanlah. Walaupun dia tak pernah minta maaf sebab katanya saya yang takde otak lol. Bnede kecik jangan lah cakap acam tu, just miscom je. Haih sabar lagi.

Tapi saya jadi makin tawar hati, dan detachment makin kuat. Saya nak sabar sampai kahwin sebab kami niat memang nak kahwin. Tapi, aduh banyak bende saya kecik hati pada dia tapi saya mengalah. Bukan pemarah je, banyak lagilah tapi berkaitan dengan pemarah ni lah.

Dia tengking marah saya pun saya minta maaf balik sebab serabut kan dia, stress kan dia, sampai saya rasa eh dia ni melampau, aku dah rendah kan ego aku, tapi ego dia makin membuak-buak pulak. Sampai saya rasa penat, dan saya pandang rendah cara dia handle masalah dia, sebagai seorang lelaki faham tak?

Saya pun kerja jugak, ada masalah tempat kerja tapi kerja-kerja lah. Bila habis waktu kerja, sampai situ je. Hormat, saya hormat dia tapi makin lama, hilang dah rasa ni, nak lari je angkat kaki tapi sayang. Seatakat ni saya masih sayang dan hormat dia lah.

Sampai saya fikir, lelaki ni kalau perangai macam ni perempuan mana je tahan patutlah ada ramai ex…ex di ada 9 hahaha. Dan sekarang saya faham kenapa perempuan-perempuan tu tinggalkan dia. Tapi tulah makin lama saya stay, saya rasa makin takde sefl-respect.

Betul saya pun ada kurang, kadang saya terlampau ikut emosi, lagi-lagi bila datang bulan, dan betul saya cuba sehabis baik control percakapan dan emosi saya, dan otak saya dan anxious attachment saya. Dan saya harap dia pun cuba control marah dia.

Nak cakap dia ni jahat takdelah, ada baiknya cuma cara dia, kadang saya rasa macam bela budak kecik yang suka tantrum? Dan selalu stress bila ada masalah, walaupun bagi saya bende kecik je boleh je hadap tapi cara dia halamak, dengan aku-aku stress sebab layanan dia bagi tu.

Tapi tulah bende ni yang saya tolerate setiap bulan dan setiap masa. Sampaikan saya fikir, saya lah orang yang boleh handle dia, orang cakap we get what we tolarate. So stop. Tapi bila saya fikir dia jugaklah orang yang boleh handle gila saya, buat saya fikir memang padan lah kami. Tapi tahap kesabaran saya dah tipis huhu.

Dan dah fikir ni ke lelaki yang aku nak hadap nanti bila dah kahwin, macam-macam dah start fikir, tak boleh nak sabar dah dapat layanan sampah macam ni. Ke korang ada nasihat nak handle lelaki macam ni?

– Penna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Awak dah sedar kan perangai dia. Sanggup ke tanggung dan hadap perangai mcm tu sepanjang perkahwinan ? Sayang je tak cukup. Pasal kerja dia tu akan berterusan sampai kawin nnti. Awak nak tunggu lagi dgn dah byk redflag? Tak kawin pyn tak ape klu lelaki mcm tu bukan membahgiakn tp serabut hati tak tenteram.

  2. Mende la hai.. Dua2 tak matang. Yg si lelaki isu tempat kerja pun tak reti cari jalan keluar. 2x jadi dan hadap pun mcm tu jgk. Cari la solution woi. Nnt kawen dah beranak pinak lagi banyak nak kena hadap tanggung. Tak kan nak buat perangai frust moody tak bertempat mcm ni. Alahaii. Rasa nak lastik je dahi tu.

    Kau pulakk yg perempuan… dah dia tak nak layan kau.. layan acuh tak acuh.. semedang buat perangai tak matang.. kau lantak kan je lah. Kau tak de hal lain ke nak buat? Layan korea.. Masak ke.. Baking ke.. Main game ke.. Gossip dgn BFF ke..gossip dgn mak ayah kau ke.. come on la.. dunia ni luas kot… Mende nak menempel je keja kau ~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *