Saya ain. Sekarang umur dah nak masuk 27 tahun. Saya bukan pelajar uia tapi suka jadi pembaca setia iium confession. Banyak iktibar dan mesej positif boleh kutip di sini. Hehehehe.. Kali ni saya pula yang confess cerita saya kat sini. Pape pun terima kasih admin siarkan cerita saya ni.
Kali ni nak cerita tentang diri saya. Yea betul tajuk kali ni ada kaitan dengan confess cik yaya sebelum ni. Pasal “Aku Pelat Huruf R”. Hohoho…
Saya ada baca komen2 pembaca. Memang ramai yang sama nasib dengan saya dan cik yaya. Pengalaman mereka semua memang ada manis dan pahit. Ada juga bagi tips2 dan cara macamana nak hilangkan pelat. Alhamdulillah, terima kasih. Tapi sebenarnya tak semudah itu. In sha allah, nanti saya amalkan yang belum saya cuba lagi. Doa2 kan saya ea. Selain itu, ada juga yang mengatakan pelat ni terjadi sebab kita tak latih lidah kita dari kecil untuk menyebut huruf sampai tak ada dah bunyi pelat da. Bukan tak latih tapi dah banyak kali saya latihkan lidah saya sampai ke sudah tak menjadi malah makin teruk pelatnya. Hahahaha… Ada juga yang kata tak ada kaitan pelat dengan lidah pendek ke apa sampai susah nak sebut huruf. Ok mai sini nak habak kat hang. Ni saya bagitahu apa masalah saya. Siap jumpa pakar lagi. Saya bagitau masalah saya. Saya sebenarnya kurang pendengaran. Dapat kad oku lagi. Tapi tu dulu masa sekolah. Sekarang dah tak ada dah kad oku ni sebab lupa nak pergi update tiap tahun. Yang ni ada kaitan la dengan pelat ni. Tapi tak tau la betul ke tak. Boleh pergi belasah doktor tu. Hohoho… Lidah saya memang pendek sangat2 sebab apa memang tak boleh nak jelir la. Sebab tu nak sebut pun susah. Hahaha.. Pernah tengok tak, ada orang pekak dan bisu. Doktor cakap telinga, mulut, hidung dan mata ada berkait rapat. Jadi doktor cakap saya bernasib baik sebab saya hanya “kurang”. Hanya kurang pendengaran dan pelat je la. Tapi tak tahu betul ke tak. Sekarang mata saya bermasalah rabun jauh. Jadi, kaca mata pun tebal la. Tapi ni kes suka tengok tv dekat2. Baca buku dalam gelap. Hahaha… Selamat hidung je normal tak ada timbul masalah. Huhuhu…
Ni terjadi masa saya kecil. Masa ni ibu bapa tak cam sangat kekurangan saya. Sampai la saya darjah 5, baru saya sedar yang saya ni pelat huruf. Itu pun cikgu bahasa melayu saya panggil suruh duduk depan baca dengannya. Bukan setakat R je tapi S, Q, C, Z, dan H. Enam huruf tau saya tak boleh sebut betul. Kali ni cikgu siap bagi dua rangkap ayat suruh baca. Tak ingat ayat apa tapi ada sebutan lori, yang pasti ada banyak “R” di belakang ayat. Kalau boleh selaju yang mungkin sebut ayat kasi bunyi tak ada pelat. Berterabur saya baca, tersembur air liur. Hahaha.. Cikgu suruh amalkan selalu siap tulis ayat dalam buku tulis saya bahagian belakang sekali. Tiap kali subjek cikgu, mesti saya ke depan untuk baca balik ayat tersebut. Redha je la masa tu.
Ok, itu masa sekolah rendah. Kali ni masa sekolah menenggah tingkatan 2 tak silap saya. Hahaha.. Kalau ingat balik pun, lucu pun ada. Yela, mana nak perasan diri tu pelat. Cikgu bahasa melayu panggil saya ke depan. Bagi saya cebisan kertas. Saya tengok ni pantun. Ada 4 rangkap tak ingat ayat apa. Beria la saya tanya la cikgu nak buat apa dengan pantun ni. Nota cinta untuk siapa. Cikgu pun suruh saya ambil kerusi tarik ke depan duduk dengan cikgu tersebut. Rupa2nya suruh saya baca macam yang di atas tu. Cikgu tergelak sebab saya baca sebutir haram tak faham apa yang saya sebut. Yela, baca laju2 main sebut je la ayat yang boleh sebut. Yang ada huruf tak boleh sebut, saya tinggalkan. Hahaha.. Tetap juga saya tak amalkan apa cikgu suruh. Bukan malas, tapi masa tu asyik main2 je. Yela budak sekolah. Tapi penilaian bahasa saya tetap “A” tau..
Masuk pula kolej, sampai sekarang saya masih ingat. Kelas saya ada buat pembentangan bahasa eng masa tu semester 2. Buat dalam bilik pensyarah eng. Masa tu ada pensyarah eng lain. Turn saya buat pembentangan, saya ada perasan kawan2 sekelas saya gelak bila saya bentangkan. Sampaikan pensyarah eng yang lain tegur suruh sebut betul2. Perasaan saya masa tu dah down giler2. Malu kot. Tapi madam dan kawan saya masa tu suruh teruskan je. Saya tak jadi bentang terus saya ucap” thank you”. Selepas habis kelas, madam panggil saya ke meja dia. Ajar saya sebutan yang betul. Ada juga bagi ayat 2 rangkap tapi kali ni dalam bahasa eng. Lagi susah kot nak sebut. Saya kata madam maaf memang saya tak boleh nak latih lidah tapi saya usahakn juga. Tiap kali waktu lapang saya mesti pergi bilik madam untuk belajar. Yela, 5 semester nak hadap depan orang ramai kena bentang sorang2. Lagi2 subjek saya ambil semua dalam bahasa eng. Kau rasa macamana. Malu memang malu bila kena ketawa ramai2 tapi syukur ada kawan tolong backup kan saya. Terima kasih sahabat sebab memahami. Alhamdulillah, dengan jaya nya saya dah grad.
Pasal kena ajuk sebutan pelat tu. Saya dah terbiasa dari sekolah rendah lagi. Bagi saya, masa tu tak terfikir saya pelat. Mereka suka saya sebut pelat sebab mereka cakap comel saya sebut. Nak kata buli tak ada pula. Sebab mereka memang tak kisah pun saya macam tu. Sampai sekolah menengah pun sama. Kalau tahun 90an ke bawah mesti ingat memori kena ejek nama bapak kan. Saya juga tergolong. Nama ayah saya disebut2. Sebab apa saya susah nak sebut nama ayah saya yang ada huruf C,H dan S. Sampai la ni, dorang ingat nama ayah saya. Nama saya mereka tak tahu. Hahaha… Tapi hati saya ni kental, tak terasa pun mereka ejek sebab masa tu saya lurus orangnya. Jadi, tak ambil kisah pun. Masa kolej pun sama, mereka dah matang. Dah tahu mana baik mana buruk jadi mereka tak ada nak mngejek bagai. Malah mengambil berat akan kekurangan saya.
Biasa yang suka ajuk cakap pelat ni orang sekeliling kita. Yang rapat dengan kita. Macam kawan2 kita. Tapi bagi saya mereka suka buli suruh sebut sebab suka. Kata comel. Memang mereka ajuk lagi buruk bunyinya. Kepada cik yaya, jangan tertekan. Kerana saya lagi teruk pelat nya berbanding anda. Kena faham, mereka tengah stress kot jadi mereka cari kita yang pelat untuk hiburkan hati mereka. Saya lagi suka tengok mereka gelak ketawa siap ajuk. Rasa gembira. Bagi saya itu biasa. Jangan makan hati sangat. Anggap la kita ni penghibur mereka. Memang kita akan terasa tapi cuba fikirkan ke arah positif. Mesti kita akan rasa ok boleh terima. Nanti lama2 mereka dah lupa terus. Bila esok lusa kita kawin dah tak ada dah nak buli kita. Kenangan tu bila ingat balik. Boleh cerita kat anak cucu nanti. Hohohoo… Gurau je. Jangan marah.
Pape pun, terima kasih cikgu2 dan madam kesayangan kerana mengajar saya tanpa penat lelah. Jasamu tetap ku kenang sampai bila2.
Maaflah kali ni confess terlebih panjang pula. Huhuhu..
– Ain (nama samaran)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit