Hi nama aku Ayra (bukan nama sebenar), berusia 23 tahun. Aku gadis yang berasal dari keluarga yang biasa sahaja.
Genap 8 bulan aku menganggur ketika waktu PKP, tapi Alhamdulillah tak berapa lama Allah memberiku rezeki, aku dapat tawaran kerja sebagai Admin Production di sebuah kilang. Kilang yang dipenuhi dengan pekerja lelaki, hanya 3 orang perempuan sahaja termasuk aku.
Kerja aku sebagai Admin Production tidaklah sukar, hanya perlu membuat filling dan mencatat kehadiran staff Production. Kerja aku banyak berurusan dengan Supervisor production dan Leader Production.
Agak kelakar tapi benar terjadi padaku, di mana aku menjadi tarikan para lelaki di situ. Aku tak lah cantik sudah lah berbadan chubby, pendek dan gadis yang biasa sahaja tapi tidak aku sangka ada yang ingin berkenalan denganku.
Tapi aku takut, takut dijadikan “Target Market” mereka sahaja. Kadang setiap pagi, meja aku akan ada sahaja makanan yang diberi oleh mereka.
Mereka layan aku sangat baik, ya mereka memang baik tapi bagiku aku belum bersedia lagi untuk mempunyai apa2 hubungan.
Agak kekok bagiku pada mulanya, jujur.. aku tak pernah bercinta. Bagi aku, bercinta hanya membuang masa. Lebih baik jika aku fokus pada belajar dan kerjayaku…
Sehingga laa suatu hari tu, Supervisor Production memberitahuku akan ada seorang leader production yang baru habis Quarantine akan masuk esok, tidak la aku excited cuma membuatku tertanya tanya siapakah dia?
Keesokkan harinya, aku berkenalan dengannya, Kimda (bukan nama sebenar) pemalu orangnya, berbadan kecil ketinggian lebih kurang denganku.
Seorang lelaki yang bersederhana tapi suka berlanja dan bersedekah pada kawan2 nya, kadang suka membuat lawak dengan rakan kerjanya, kadang dia tegas, tegas seperti LEADER, ya amat sesuai lah jawatannya dengan perwatakannya.
Dalam fikiranku “ermm bukan taste aku”.
Lagi lagi dia muda dariku. Tidak pernah terlintas untuk aku bercinta atau berkenalan dengan lelaki bawah umurku.
Tapi ada pada dirinya yang membuatku tertarik. Bulu matanya yang panjang dan lentik mengalahkan orang perempuan. Seakan akan terpukau melihat matanya. Bak kata orang “dari mata turun ke hati”
Dia lelaki yang baik, tapi agak sukar untuk aku berbual dengannya yang suka mengelak bila bertemu aku atau lebih spesifik, “Perempuan”.
Aku cuba senyum kepadanya tanda untuk berkenalan tapi dia hanya membalas,
“Kenapa?” sambil berlalu pergi.
Ya Allah….. malunya aku time tu hanya Tuhan je tahu.
Apa sombong sangat lelaki ni.. jerit aku dalam hati sambil aku tekup muka aku yang merah disebabkan malu, tanpa aku sedar seorang lelaki berdiri belakangku,
Aku toleh untuk melihat siapa, ya sosok tubuh itu adalah Kimda, dia memandangku lalu membongkokkan badannya separas kepala aku dan bersuara “helmet awak jangan letak bawah, lantai ni kotor. Awak ada loker?”
Badan aku time tu kaku seperti tak boleh nak bergerak, mulut seakan akan terkunci hanya mampu menggelengkan kepala, dia membalas “tak apa, letak atas laci ni. Tak elok benda atas kepala letak kat kaki” sambil senyum dan berlalu pergi.
Sempat aku membalas “Terima Kasih” Dia menoleh padaku dan kembali senyum, “Comel” tanpa aku sedari ianya keluar dari mulutku. Benarlah pesan Orang Tua, ‘Jangan Benci Sangat Nanti Sayang’. Hati ku seolah olah nak tahu lebih mengenai dia.
Kami sering beselisih apabila aku mahu ke surau untuk solat zohor. Pernah sekali aku mendengar suaranya ketika dia menjadi imam untuk kawan kawannya. Tersenyum aku disebalik tirai langsir surau.
Hari demi hari, kami semakin rapat disebabkan urusan kerjaku perlu berhubung dengannya. Banyak dia bantu aku dalam urusan kerja sehingga aku menggelarkan dia bestie aku. Hanya kerana dia sahaja kawan aku pada waktu itu.
Perkenalan kami sebagai kawan agak sengkat, kerana Kimda kembali Quarantine disebabkan Covid19. Kami hanya berhubung melalui whatsapp sahaja.
Dia memberitahu padaku “nanti saya habis quarantine saya berlanja awak makan ya.” tapi dengan baik aku menolak, aku tak nak menyusahkan dia. Tapi dengan hanya satu ayat ini membuatku terpaku,
“Awak, awak tak ada menyusahkan saya. Saya percaya dalam rezeki saya ada rezeki orang lain.”
Tidak aku sangka hanya dengan ayat itu aku mula menaruh hati padanya.. Ala, perempuan hatinya lembut. Cepat cair.
Seakan akan dia tahu aku mencari lelaki yang ada mindset dalam rezeki kita sebenarnya kita berkongsi rezeki dengan orang lain. Seakan akan doaku untuk berjumpa lelaki seperti dia dimakbulkan.
Aku sering dengar kata kata itu keluar dari bibir mama aku, tapi tidak kali ni. Kali ini dari seorang lelaki yang aku mula menaruh hati.
Setiap hari kami membalas chat di whatsapp, sehingga aku dinaikkan jawatan sebagai HR Assistant dan berpindah ke office atas, barulah Quarantine nya habis, tetap kami jarang bersua muka apa tah lagi bercakap.
Hanya berlandaskan WhatsApp sahaja tempat kami berhubung. Semuanya baik, sehingga la kami jarang membalas chat. Aku takut untuk memulakan perbualan kami, takut dianggap terlalu beria.
Hampir 3 hari aku menunggu chat dari dia, sehinggalah satu malam dia menghantar gambar yang dia masih ditempat kerja. Meminta izin untuk menggunakan PC aku. Aku membenarkan.
“Terima kasih” itu sahaja yang dia balas. Aku memberanikan diri bertanya padanya, kenapa dia kebelakangan ni dia mula mengelak berjumpa dengan aku dan tidak chat aku.
Dia membalas , “saya takut..”
Takut? takut dengan aku ke? aku mula tak duduk diam..
*Ting* Masuk lagi chat darinya.
“Saya takut, takut tersuka awak lebih dari kawan. Saya dengar awak reject salah sorang pekerja yang meluah dengan awak. Jadi saya takut, saya pun akan jadi macam tu.
Saya suka awak Ayra. Tapi saya takut perasaan saya ni akan rosakkan hubungan kita sebagai kawan. Saya tak nak, jadi biarlah saya pendam sendiri.”
Terus aku menekup mulut, badanku masih terkaku seperti keras terkunci. Tiba tiba aku merasa sejuk sangat, perutku seperti ada rama2 berterbangan.
Macam ini ke perasaan cinta? Cinta yang selama ini aku anggap membuang masa? Patut ke aku terima dia? Patut ke aku meluah juga?
Fikiran aku waktu itu sangat keliru. Ya, aku suka dia. Tapi aku masih takut, aku takut tersalah pilih. Ini adalah kali pertama bagi aku.
Lama aku membiarkannya tanpa jawapan, sehinggalah aku memberanikan diri setelah fikir masak2.
IYA AKU TERIMA DIA.
Kini sudah hampir 1 tahun lebih kami bercinta, dan insyaAllah tahun depan kami akan ke next step. Kepada pembaca yang lain doakan kami ya..
Alhamdulillah, selama aku kenal dia, dia adalah lelaki yang baik. Sangat baik. Lelaki yang tak pernah berkira dengan aku dari segi duit mahu pun apa. Dia lah lelaki terhebatku. Ada pada susah senang aku.
Kini kami tidak bekerja di tempat yang sama, aku berhenti dan mula mengejar kerjaya impian aku. Dan dia masih layan aku dengan layanan yang sama.
Untuk awak, lelaki terhebat saya.. Dihari yang indah, di hari penting ini, Hari Jadi awak saya nak berterima kasih kerana masih ada dengan saya pada saat ini.
Terima kasih kerana sentiasa mempercayai dalam rezeki awak ada rezeki saya dah tak pernah kedekut bab duit dengan saya. Terima kasih kerana sentiasa ada diwaktu saya susah dan senang.
Awak, saya akan temani setiap langkah dan proses hidup awak sampai awak berjaya, percayalah. Saya doakan awak murah rezeki yang melimpah ruah yang tidak pernah putus dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Kekalkan sikap awak sehingga kita kahwin dan sehingga kita tua ya. Tunjuklah pada mereka yang lain bahawa masih wujud lelaki yang baik. Ingat janji kita, kita tua sama2 okiee. Happy Birthday Kesayangan saya <3
– Ayra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit